Assalamualaikum. Jumaat. Hari kedua di tahun baru - 2015.
Hari ini hari orientasi sekolah Alya SK Taman Bukit Subang. Walaupun hati ni macam dilema lagi sebab insist nak hantar ke sekolah integrasi tapi bila dah amik pro dan kontra, okaylah kita cubalah dulu sekolah kebangsaan. Ada sekolah integrasi yang baru dibuka di Denai Alam tapi bila diambil kira pendapat dan pandangan parents lain, I agreed nak hantar Alya ke SK. takpelah, I as a mother memang nak yang terbaik untuk Alya tapi bila ada pandangan yang membina I akan pertimbangkan juga.
Pendaftaran seawal 8 pagi. Murid2 tahun 1 seramai 300 orang lebih kurang. ada 8 kelas. ada exam - Bahasa Melayu/English/Maths untuk menentukan kelas. even orang kata darjah 1 ni takde apa so tak kisahlah masuk kelas mana ehhh I kisahhhhh tau. hehe stress Alya gamaknya sebab mak asik tanya boleh jawab soalan tak? dia cakap;
"senang je mama, Alya boleh buat" amboiii ko kalo dapat kelas corot siap kooooo hahaahhaha :)
tak sabar nak tunggu minggu depan nak tau Alya masuk kelas mana. skang dia dalam kelas GIGIH. Gigih maknya gi tanya cekgu - GIGIH ni kelas corot ke? hahahahaa suspen hokkay kelas G. kalo ABCDEFGH maknanya G tu corotttttt. rupanya terbalik plak. kat SK TBS ni kelas GIGIH ni kelas no 2. Kelas A yang dikira corot. oh my terbalik pulak. ok skang mak cool sket. tapi being mak-mak ni memang suspen nak tau anak kelas mana. darjah 1 ke darjah 10 ke mak tetap nak anak mak masuk kelas 1 or 2 tau *sambil jentik telinga Alya yang buat tak dengar*
hahaha :))
apa pun, mama doakan Alya berjaya menempuh alam persekolahan. dah big girl anak mama nih :)
mama loves you sayang!
***sedih juga sebab papa takde hari ni nak hantar puteri berlian kami ke sekolah. takpelah, semoga papa selamat kembali ke sini semula nanti.
1 comment:
Dahsyat penangan pendidikan di Malaya !!!!
Sampai ada exam exam pelbagai !!! Amat berbeza sekali di sini ... di sini, sampai Gred 4 tiada kerja rumah, tiada periksa dan tiada no no di berikan ...
Pendidikan di sini amat berbeza dengan apa yg kita lalui ...
Muga Malaysia satu hari nanti menjadikan pendidikan sebagai alam menerokai ilmu seperti di negara maju ... itu impian saya .
Post a Comment