Friday, October 28, 2011

Abang pulang dari Korea ..

Salam .. macam biskut je kan? kejap ada kejap takde huhu.

laptop dah okay tapi akak agak busy kebelakangan nih, macam-macam perkara nak dibuat terutamanya bila encek somi tiada di sisi. beliau ke Korea mengikut trip co. selama seminggu. so, sepanjang pemergian beliau akak sebok melayan kerenah Alya. cuti sabtu ahad balik ke kampong sebab takut dia rasa bosan kat rumah and bertanya papanya. alhamdulillah Alya okay and tak menangis atau bertanya berulangkali tentang papa maybe sebab dah biasa berdua ngan mama jer kot huhu.

malam tadi hubby selamat sampai ke Malaysia. syahdunya tak jumpa laki seminggu. baru ler terasa sunyi takde kawan nak bergaduh huahuahua rindu pon rindu uwaaaa .. skang kat Korea musim auntum, sejuk angin bayu katanya sebab tak lama lagi winter, salji youuu .. makanan halal susah nak cari and mahal. tukaran pon mahal jugak. hehe daku gelak jer dengar cerita hubby maklom sakit hati tak dapat ikot hahaa tapi dalam pada tu daku sebenarnya tak kisah pon sebab Korea belum masuk list untuk dikunjungi. tatau la kenapa ramai yang suka ke sana maybe terpengaruh dengan drama Korea kot. for info Hani tak mengikuti drama Korea maklom time bekerja bila ditayangkan so takdelah keinginan nak ke sana. sungguh. Bandung/Vietnam/London yesssss .. insyallah .. hihi .. lain orang lain perjalanannya kann??

adalah sedikit souvenir hubby belikan untuk Hani dan Alya. mekasih bang .. luv u ..

***nanti kalo sempat Hani snap picas .. owhh kemalasan betol ..

Tuesday, October 18, 2011

Bandung; supir ..

Salam .. dimulakan dengan pagi yang sejuk, syahdu malas nak gi keje haha. tarik selimut lagi best kan? apa ko ingat kompeni mak pak sesuka hati nak keje nak cuti nak mc haha.

dah bekpes ke puan2 semua? ke bekpes depan pc sambil blogwalking?? ahaha ni hani selalu buat. hari ni bekpes sandwich, rezeki ada kakak sebelah ni bagi. alhamdulillah. sedap. syukur.

oh ya, sejak kebelakangan ni banyak juga soalan, email berkenaan trip ke Bandung. terima kasih ye kepada kawan2 yang sudi bertanya, sudi membelek blog Hani. ikutkan tips Hani tu simple je tak cover banyak tempat tapi bagi yang 1st time ke sana, mungkin boleh jadikan panduan kan? insyallah Hani akan ke sana lagi next year. tix murah rm138 untuk 3 beranak. murah kann??

okay berbalik kepada soalan yang lazim ditanya, berkenaan supir. di sini Hani jelaskan sekali lagi, Hani amik supir yang kawan rekemenkan, Pak Ayi. memang murah dan bagus. cuma Pak Ayi ni pendiam, so pepandai kita jer yang bagi schedule kat dia nak ke mana. bagus gak diam kang bising terlampau peramah, susah gak kita hahaa. okay, Pak Ayi ni Hani cuma bayar sebanyak 350 ribu rupiah = rm122.50 (masa ni convert kepada rm350 - 1 juta rupiah bahagi la bape orang). oleh kerana kami cuma bertiga jadi kami pilih Avanza. memang selesa. nak letak barang pon masih banyak ruang. 350 ribu rupiah ni service dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. so anda boleh susun schedule sebaik mungkin.

okay, jumpa lagi. nak sambung bekpes. huhu.

Monday, October 17, 2011

Mari mendeko ..

Yeaa .. meja kecik ni dari Ikea, rm17.90 kalo tak silap. comel kan? penah beli meja kecik hampir serupa dari tesco rm39.90 tapi dapat rm19.90, kecik sket dari meja Ikea ni and warna hitam.

meja Ikea ni pula empat segi tepat, sesuai kalo nak letak deco ke jadik side table ke. ni hani plan nak letak lam bilik Alya tapi belom berkesempatan nak deco. sementara tu letak kat living dulu. sesuai gak!

mari mendeco .. asal boleh .. letak candles pon comelss ..



berbaloi la rm17.90 ngan kecomelannya kan?? jom gi IKEA ..

Friday, October 14, 2011

Menambah koleksi Tupperware ..

Salam .. ada 2-3 entry tak lepas2 nak upload. server ofis slow giler. nak guna broadband pon tak guna sebab tak lepas. so berjaman la nak upload satu gambo jer ni. entry lelain tunggu turn nak kuar hahaha.

ni nak tepek belian Tupperware secara loose atau lambak haha. yang biru and peach tu satu set ada 4 warna tapi share beli ngan kawan so 2 biji seorang baru rm25++, jimat tak? hehee skang ada promosi and tambahan 20% untuk member ye. sungguh murah kann?? yang warna purple macam ada corak2 tu cuma 14 hengget sebijik. beli secara loose. cantik warna purple ni, sayang tak banyak stok. tunggu next sale la kalo ada lagi nak menambah. biasalah bagi yang mengumpul ni, dapat 1 pon jadik ler kan. ada duit, boleh beli lagi.

selamat mencuci mata ngan latest collection akak huhu ..

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Kegilaan baru daku ..

Ye betul. selepas Tupperware, akak ada satu kesukaan baru. bukan setakat suka, suka giler youu .. kegilaan baru. sampaikan mata tak terpejam lena dok mikir menda ni. bayangkan, mata kelip-kelip lam gelap dok mikir nak pilih corak apa. tu time nak tido. belum citer camne bersemangatnya daku bergegas ke OU semata nak tengok yang real sebelum buat keputusan order kat dealer. sampaikan encek somi kehairanan, kepelikan apa kejadahnya gi OU semata2 nak belek pinggan mangkuk. semata nak belek corak yang ada. dah tu confused plak sampaikan encek somi bertempik sebab bininya macam org sewel bertawaf keliling rak semata nak belek corak idaman. haha giler akak. kalo betul giler, takdenya update blog kann?? hihi.

ni ler kegilaan akak sekarang. nak kata poyo? hishh takkan la pasal tayang pinggan dah dikata poyo haha. lainlah kalo akak tayang banglo 8 tingkat ke bentley ke baru ler poyo, ye tak?? takat pinggan je, yang menjadi kebiasaan untuk kaum wanita. bezanya akak ni baru menjadi peminat. before ni tak heran pon nak kumpul pinggan ke mangkuk ke tingkat ke. pakai je melamine murahan tu. tak pon pinggan yang angkut dari umah mak huahuahua ..

sejak dua menjak ni jer baru minat tu datang. maybe hasil dari pengaruh kakak2 kat opis kot. dorang memang dah lama mengumpul pinggan mangkuk yang aku rasakan mahal giler ni. dulu rasa tak sanggup jer nak beli 1 pinggan berharga lebih kurang rm60 hengget. giler mahal. maybe gak sebab dah makin berusia kot, makin matang org kata huhu. mula la kumpul sket2. antara yang menjadi koleksi awal Hani ialah Corningware and Corelle. skang tengah menambah set yang ada, beli yang loose item pulak. buat permulaan, Hani pilih set 16 pieces Country Rose. rasa cantik dan evergreen. ada banyak lagi corak lain seperti Kobe, Sakura, Pink Daisy, Country Herbs, Lily and banyak lagi.

jom tengok anak angkat baru Hani hihi .. opss Tupperware still my first baby angkat hokayy ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...