Monday, May 26, 2014

KedaiKakton; Najjah for bf mommy - front button yeayy


Dress inspired by Najjah. yang ni latest arrival and new design special for bf mommy. ada front button.
ada 4 color yang available.
big cutting fits to XL. Fully body lining. high quality chiffon - heavy chiffon ye :)
RM165.00 free postage

012 228 1418 Hani

Sunday, May 25, 2014

KedaiKakton; Frozen t shirt for gegirl ♥ RM23.00


ehemmm frozen fever kot skang kannn ;)
Alya pun kemaruk movie ni dok le ulang tayang sampai jemu dah dengar 'let it goooo' sehari 78 kali. pitammm ;))
ni t shirt untuk gegirl. size dari 1 year till 6 years. normal cutting. material cotton t shirt. bukan yg jenis licin or panas ye puan2.
ada 7 design silalah pilih.
harga RM23.00 postage RM5.00. 

012 228 14 18 Hani

Tuesday, May 20, 2014

KedaiKakton; Rania batch 5





Rania blouse is back. Batch 5. ramai yang suka blouse ni sebab longgar dan selesa. material cotton lycra. cutting besar, orang xl pon boleh pakai.
kali ni ada warna - merah, maroon, army green, pastel pink, purple, hitam dan turqoise.

harga RM50.00, postage RM 6.00.

Hani 012 228 1418

tq uolsss :)

KedaiKakton; Vietnam cotton is available

Assalam.
Update stock cotton yang masih ada. rasanya masih ada tailor yang amik or terima tempahan kan?? terutamanya tailor yang dah biasa dengan kita hehe atau pon sedara mara sendiri yang pandai menjahit. last minute beli kain pon takpe kann hehe.

ok, harga RM70.00, postage RM6.00. diskaun ada dont worry jika beli banyak giteww :)

012 228 1418 Hani

A

B 

C 

D 

E 

F 

G 

H 

I 

J 

K 

L 

M

Monday, May 19, 2014

KedaiKakton; Naema






Assalam. Memperkenalkan Naema, restock dari yang pernah kakton bawak masuk dulu-dulu tapi kalo ni dengan design flare skirt yang lebih ceria namun tetap sopan dan selesa.
material daripada stretchable cotton, ada dua size - smal cuttin dan big cutting.
small cuting fits to L, big cutting fits to XL. idaklah melekap kat badan nampak seksi or jarang ye :)

buat masa ni ada 3 warna pilihan - hitam, grey dan oren sahaja. tapi maybe lepas ni nak tambah coklat or biru. bergantung kepada stock.

harga RM120.00, postage RM10.00 sebab berat ye :)

*Prof Muhaya punya pon lebih kurang gini designnya kan?? tapi a bit pricey dok?? *

Friday, May 16, 2014

KedaiKakton; Korean sateen cotton

Assalam. Selamat Hari Guru!
Okay KedaiKakton ada stock Korean sateen cotton. bagi penggemar Korean satin mai tengok sini. ada 4 design yang sangat cun walau kelihatan "dull" dalam gambau. tapi bila tengok live pastu siap dibuat baju confirm meletup giteww :)
bidang 63; x 3.5m.
Harga RM90.00, postage RM6.00
Sape yang berminat bolehlah contact kakton ehh 012 228 1418


A 

B 

C 

D 

Untuk yang plain, ada beberapa warna tambahan seperti hijau pucuk pisang, hijau lime, peach, purple gelap dan pink belacan.
bidang 60' x 3.5m. Harga RM65.00, postage RM6.00.

Contact Hani 012 228 1418 jika berminat.


Wednesday, May 14, 2014

Home sweet home: my mini garden

Seperti yang Hani janjikan dalam entry sebelum ni, nak letak mini garden kat rumah. mini garden? hishh macam tak sesuai je hehe ada 4-5 pokok bunga terus panggil mini garden heehehe
lama tak membaja, menanam, beli bunga. sibuk dengan pelbagai perkara. balik keje pon lambat, malam-malam baru sempat siram. kalo nak siram pagi kena tunggu hari minggu. kesian pokok2 ni tuannya ala kadar je. tapi Alhamdulillah pokok-pokok bunga ni still berbunga. orkid yang dah patah hari tu pon dah berbunga semula yeayyyy ..
2 tahun lepas asben bagi rak bunga besi putih sebagai hadiah anniversary. korang ingat ke? rasanya ada dapat banyak juga email yang bertanyakan beli kat mana rak hiasan tu. ehehe yang tu asben amik kat site suh workers buat. macam tangga pon ia juga hehe. tapi comei. hadiah anniversary gitu, korang ada dapat tangga besi as anni gift?? takde de .. :)
tahun ni jangan asben bagi reban ayam sudahhh hehe :)



KedaiKakton; Elsa & Anna shawl




Shawl

Atas - Elsa (long wide chiffon )

Bawah - Anna (silk polyster)

lebar dan panjang, senang nak lilit. sangat laris.
RM20.00. Beli 3 dan ke atas percuma postage.


Monday, May 5, 2014

KedaiKakton; Nak bagi tau jerrr :))

Okay, kembali ke KedaiKakton. just nak inform harga borong minimum 5 pasang sempena Hari Pekerja dah abis. Harga kembali seperti biasa RM70.00 sepasang unless nak beli banyak saya akan bagi best price giteww. so jika berkenan dengan mana-mana cotton bolehlah sms ke wassap ke cakap nak cotton yang mana. bolehlah belek link kat sebelah ni, ada link cotton yang saya dah update hari tu. harga confirm best punya laaa :) janjiiii :))


pastu nak bagi tau Rania blouse akan restock minggu ni, Insyallah. ada warna purple, hitam, army green, orange, pink belacan dan turqoise. blouse paling laris dalam KedaiKakton hokkayyy sebab sedap dipakai, cotton lycra. free size cutting besar boleh muat sehingga XL. kakton pon muat. sape nak meh booking sebab stock tak banyak. harga RM50.00. beli banyak kakton bagi best price offer. gitewww :)


then, Najjah inspired dress. ada tinggal 2 pasang je lagi, merah (red chillies) dan biru. nak clearkan stock bagi harga RM120.00 je sepasang. full body lining, heavy chiffon. nak restock baru kena tengok ada tak warna-warna yang cantik. tu maybe bulan depan kot. nak raya orang nak berdress :))


Sophia dress. ada button kat depan, bf friendly. ada warna biru, peach dan hitam. Clearance RM60.00, postage RM6.00. sape nak bolehlah contact kakton :)


anything please sms or wassap 012 2281418 Hani


Shogun 1 Utama

Khamis lepas cuti hari pekerja. so dah cakap kat asben, I pon nak cuti masak hehe. lama teringin nak ke Shogun. rasanya last puasa lepas. 10 bulan dah kot hahaha. ni memang feveret spot la. antaranya. sushi memang fresh. salmon kesukaan pon banyak huhuhu. cuma kalo hari biasa ni takde spagetti aglio tu alalalala. kalo bulan puasa confirm ada. memang sedap. puas hati.
so asben kata alright lets go hehe ni tambah je. takdenya laki den cakap cenggitu. dia diam je sambil senyum-senyum tanda setuju hahaha.
lepas kemas rumah, cuci baju baru lah bersiap. dalam pukul 3 lebih kot. jalan jem ya amatttt ohoiiii apa la jem petang-petang ni. rasanya kat KL yang ada perhimpunan NO GST tu kan? ingatkan 1 Utama lengang je. rupanya sama sesak. adoiii .. tapi nak masuk parking senang banget. yang buat queue panjang tu maybe traffic light kot. ada 2 lane je pon, bersesak nak u turn pon kat situ juga.
dah la jom tengok abang hensem sushi ni. i lebiu hehehe. fresh. lupa nak snap yang complete dengan sos. yummiehhh


oyster. yang ni dengan cheese. yang atas tu tak silap 5 flavour kot sebab rasanya ada masam manis pedas tapi sedapppp .. hi gout hehe :) jangan lupa amik fresh salad. sangat mendietkan gitewww :)





untuk desert ada cup cakes yang sangat sedap, ada chocolate cake yang sangat lazat and Alya sangat suka. siap tapau haha.
selain dari makanan di atas, nasi pon ada. seafood memang banyak pilihan. sape suka makan unagi kat sini memang ada, lazat jugak. lamb chop pon hader. teppanyaki pon ada, just mix and macth.
so jika sesapa suka sushi ke seafood ke silalah ke Shogun, 1 Utama. kat Sunway pon ada jugak rasa. harga tak silap RM80/pax. kanak-kanak atas 4 tahun tak silap RM15/pax je. harga quiet pricey but berbaloi la sebab menu banyak. sape yang suka makan nasi dont worry sini memang ada nasi dan lauk-lauk yang sedap.
nak lagi sedap tunggu bulan puasa, perghhh confirm nak pegi lagi nanti :)




Home sweet home: living and dining

Assalam. Hari Isnin, kembali bekerja lepas 3 hari dok rumah. minggu ni minggu relaks. dok rumah sambil kemas-kemas, belek bunga-bunga kat depan yang lama terbiar. tukar cover sofa yang baru amik dobi. lama jugak tak berkemas beria. sibuk dengan kerja, sibuk dengan KedaiKakton, Alhamdulillah :).
Sabtu lepas teringin nak pegi kedai bunga, nak cari tempat payung sebenarnya. dari Ikea sampailah ke Romantika nan hadooo. dalam kepala terbayang umbrella holder yang comel. tapi lom jumpa yang betul-betul sama dalam kepala nih hehe. lain yang dicari lain yang dibeli hehe biasa sangat dah tu. pegi Romantika Alam Sentral, fuhhh berpinar mata tengok bunga. lama tak beli bunga hiasan. hati ni dah lama sukakan lavender. capai jugaklah 2-3 tangkai bunga. sambil fikir-fikir nak gubah cemana. tapi dah bawak 2 orang pendekar ni memang masalah besar nak memilih dengan tenteram. amik sauk je mana sempat. hehe.

tadaaaa .. lavender. orkid konon nak beli 1 tangkai tapi tercicir ntah mana. nantilah nak pegi lagi nak beli buat tambah-tambah sebab rasa sket je pulak bunga ni, ingatkan banyak hehe. pasu tu dah lama beli masa pegi Langkawi tahun 2012 dulu, gila lama beli tapi tak buat apa kan?? hehe. nah, kali ni memang kakton gunaaaaaa :))). pasu ni berat tapi murah. harap-harap takde la tangan ke kaki ke yang gatai gi sepak bola pastu kena pasu ni pecah huwaaaaaaaaa *gerammm*


semalam jugak mintak asben tolong gantung ayat khufi nih. pon dah lama tempah dah lama dapat tapi nak menggantungnya kemain lama. oh ya ayat ni "Alhamdulillahirabbilalamin" ada terjemahannya di bawah ayat. memang request nak buat ayat ni, simple tapi ada makna. Syukur setiap nikmat dan rezeki serta kurniaanNya.
ada satu lagi ayat khufi dah tempah tapi belum siap. plan nak letak kat bawah frame ni, sebab frame ni comel je tak besar tak kecik. so bila letak 1 set lagi Insyallah balance. kakton suka yang simple jer.
oh ya jika berminat boleh check kat FB ANNAshazalmuslimmart@facebook.com
Harga sangat berpatutan dan boleh request design yang kita suka :)


selain gantung frame ayat khufi tu, minta jugak asben gantungkan frame hiasan di dining area. ni pon beli kat Romantika, murah giler hehee nak tunggu gi Bandung ntah zaman bila lagi huhuhu so beli je la yang murah-murah janji cantik di mata saya hehe. tq asben sebab sudi tolong. dinding ni dah lama kosong sejak pindah, asben memang berat hati nak bagi tebuk dinding tapi acaner takkan nak biar kosong je macam takde seri pulak hehe :)
oh ya semalam letak kat fb, ada yang tanya dining table saya tu. ada juga yang berkenan ehhh :) ye meja tu meja marble, memang berat gila tapi setakat ni kalo nak ubah susunan meja, saya dan asben tarik je karpet di bawah meja tu hehehehe :) gila berat nak angkat. putih, memang susah nak jaga, sentiasa ada febreez senang nak sembur kotoran. Alhamdulillah Alya setakat ni dah faham maknya cemana so dia kalo makan memang siap alas. lepas makan lap meja. kerusi pun sama. err maknya cerewet kot hehehe :)


okay setakat tu je citer deko deko rumah semalam. takdelah beria sangat just tukar or susun or gantung je. just nak bagi mood ceria, sebab dah lama tak bersihkan rumah. nanti I update bunga-bunga di laman pulak Insyallah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...