Wednesday, August 19, 2015

Jom sembang sket :)

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update blog pasai masak-masak. Kesian korang asal bukak blog ni nampak muka Juma kikiki :) takde idea nak tulis walhal banyak sangat benda jadi kebelakangan ni hemm :(

Okay, dalam beberapa minggu kebelakangan ni memang diakui aku malas sungguh nak snap pictures. Masak tetap masak tapi tu la takde la bukti nak tunjuk kat korang ekekeke :) imagine je la lauk harian umah kakton yang biasa korang tengok tu, salah satunya lauk sardin kikikihhh :)

Malas dan letih. Yelah, bukan nak merungut tapi biasalah dah tua-tua ni cepat letih. Lipat baju 2 bakul dah sakit pinggang duduk lama sket. Sidai baju 1 loading dah sakit-sakit bahu amboi mengadanyaaa haha :) pastu rasa nak rehat2 ajer. Malas tu takyah citer, memang ai ni sokmo malas. Sebab tu asik tak jadi je nak buat open house masa bulan Syawal lepas. Asik kensel bila mikir ai ni pemalas. Nak masak nak kemas semua kena guna tenaga, tapi dah asik sakit-sakit badan maklum dah tuaaaa so kensel ajer la. Ai nak relaks-relaks aman damai je kat rumah hehe :) pastu yang ai heran sokmo dorang ni takde pun nak menjemput ai ke rumah dorang hemm :( tak aci la macam ni kann :)

Hoi melalut ni kata nak citer pasal masak-masak dah ke mana ntah hala nihhh haha :) macam nak meluah perasaan pun ia jugak ehh. Semalam Alya request nak makan spagetti carbonara. Nasib baik la bahan-bahan utama memang dah siap stock up kat rumah. Tinggal nak tambah 2-3 barang ajer lagi. Nak prepare senang kacang gilerrr so takdelah penat bahu ke tangan ke hahaha puihhhh :)

Jom le tengok cemana ghuper orang pemalas masak ngeeeeeee ;)


Tengok ni wajah kesayangan ai :) cinta hati mama dan papa. Ada lagi sorang cinta hati tapi dok bawah meja makan kikikikihh :)

Alya ni memang suka makan. Nasi or mee goreng memang dia makan je. Nasi berlauk pun dia suka dan pandai request nak makan lauk or sayur apa. Cuma tu la badan kurus sekeping kadang stress gak orang asik cakap "nape Alya ni kurusnya lahai" sedih hati mak ni tau. Walhal ai memang masak kat rumah, memang dia makan kadang makan nasi tambah 2 pinggan tau :) takpelah Alya sayang janji Alya sihat dan cergas kan :)

Hari ni kemain suka sebab dapat bawak bekal ke Iqra'. Selalu tu roti ngan susu or air sirap je. Esok dia dah request nak makan roti telur pulak. Alololo maknya sedaya upaya cuba buat walau kadang2 terlambat bangun hehe :)


Ni hidangan makan malam semalam. Tetiba teringin nak buat sambal kicap cicah ngan tauhu. Terasa-rasa kepedasan sambal kicap tercirit hahaha :) goreng ikan kerisi dan sayur bening bayam wahh memasing menambah makan malam tu Alhamdulillah :)


Okay sambung tadi mengantuk hehe :)

Ni ai tengah rasa geram sangat. Hubby kan masih bercuti sebab accident, tangan pun masih sakit2 lagi. Tapiiiiii dia dah sambar motor baru. Ai uruskan motor lama sebab nak jual then plan la kot nak beli 2nd car ke apa. Tu pun bukan sekarang la, tunggu betul-betul sembuh dulu sebab hubby MC sampai September tu pun ntah-ntah sambung lagi sebab bengkak dan belum pulih sepenuhnya eiii ni yang rasa geram sangat ni.

Sabtu minggu lepas gi settlekan geran motor lama sebab nak jual dah. Alih-alih dia siap booking motor baru. Sabtu booking Isnin motor dah selamat tiba di kedai hebat sungguh laki den ni tak serik-serik. Dia tak fikir kot perasaan ai ni yang berkecamuk bila tau dia accident. Ni nasib baik ai ni pandai drive ke hulu ke hilir kalo la ai ni semua harap dia memang pitammm :) pastu Khamis lepas gi amik motor tak menyempat-nyempat. Down payment motor tu yang ai tahu boleh buat dp honda city or vios baru hemm tau la duit dia kan tapi ai ni dah puas cakap. Dah bagi idea macam-macam. Alasannya tempat kerja jauh, jalan jammed, minyak dan toll. Elaun pun nanti habis ke situ je. Yelah faham semua tu tapi setiap kejadian mesti ada sebab dan ada solutionnya. Ni dah sambar motor baru nak cakap apa lagi ehh sabar je la kakton :(

Pastu semalam hubby mengadu tangan yang masuk besi tu bengkak. Bengkak laaa dah dia gi naik motor, tolak motor yang berat giler tu memang la carik pasal. Geram geramm ni sebab laki jenis degil. Kang nak dirotan jadi bini derhaka pulaks hehe :)

Okaylah, tu je nak luah. Geram tak geram takkkk :)

Wednesday, August 5, 2015

Sembang kakton :)

Assalam
Lama tak cerita pasal anak-anak kakton kann :)
Alya dan Aryan.

Minggu lepas sebok jugak ke hulu ke hilir menguruskan macam-macam hal hubby. Hubby dah beransur pulih cuma tangan still ada besi - bionic man gittew. Uruskan hal lawyer, motor, insurans dan ada minor operation untuk buang kaca. Memang busy sokmo. Sabtu pun keluar rumah uruskan hal motor di KL. Minggu sudah memang takde masa nak buat makan-makan walau dah plan nak buat sket. Sabtu pagi tu gi KL uruskan motor nak repair pastu nak jual. Banyak plan lain lepas ni tapi tatau la hubby nak ke tidak dengar pendapat kakton huhu :) bukan reti serik. Kakton beria la survey kancil ke kelisa or viva or myvi secondhand nak beli la buat dia gi keje nun kat Sg Besi. Hubby takmo dia cakap jalan jammed, minyak+toll confirm triple dari sebelum ni kalo naik kereta. Malas nak argue dengan laki ni confirm tak menang punyalah. Dia ada tunjuk CBR, Aprillia bla bla malas nak layann hahaha :)

So lepas settlekan hal motor kat KL terus pecut balik rumah sebab nak gi open house jiran depan rumah pulak. Meriah jugak open house rumah Kak Zana maklumlah sekali dengan majlis bertunang anak sedaranya, siap ada nasi minyak lagi waaa dapnyaaa :)

Eh jap, tadi nak cerita pasai Alya dan Aryan kan? hahaha lupa pulak dahh sebok citer pasai open house hehehe :). Then petang Sabtu tu lepas open house rumah Kak Zana, hujan pulak so balik rumah memasing kenyang apalagi dok berehat terus terlelap. Sedar tak sedar 6.30 henpon berdering-dering rupanya cousin call bagi tau nak datang lepas Maghrib. Apalagi bingkas bangun pastu mata pun berpinar haha maklum baru tido kejap dah kena bangun. Gi kedai beli apa yang patut. Short notice sangat nihh huwaa :((

Gambar tak sempat snap sebab kelam-kabut maklum short notice hehe :) sempat masak nasi, masak gulai ayam cili api, goreng ikan kembung dan goreng sayur jer. Dalam pukul 8.20 keluarga makndak dari Gombak datang beraya sambil ziarah hubby. Alhamdulillah seronok ada keluarga yang sudi beraya ke rumah kami :)

Then Alya pun beraya juga kat sekolahnya. Hari Jumaat lepas. Sesi sekolah petang buat dalam pukul 2.30 hingga 5.30 petang pastu bergegas balik sebab selepas Maghrib nak ke Iqra pulak untuk sambutan Aidilfitri.

Ni anak dara saya yang skang ni pandai pulak pilih tudung nak dipakai. Amboi kemain ko ye nak AJ ajer pulak tu pilih design hot PARISSSS :) haha :) dah besar anak dara mama, dah boleh share tudung, terharu pulak hati mak ni sobsobsob :))


Pastu selepas Maghrib bersiap nak ke majlis Aidilfitri kat sekolah Iqra' Al Hafiz Denai Alam. Alya suka dengan jubah yang mama tempah ni, mama pun ada satu hehe :) princess cutting. Tempah kat tailor kesayangan :) nanti nak buatkan lagi untuk Alya sebab dia suka pakai. Hubby suka tengok anak daranya pakai jubah macam ni :) 



Alya dan Aryan. Haaa time ni time berbaik. Elok je cantik dalam gambau. Kotidak bercekau je selalu. Kejap kang Aryan terjerit pastu menangih pastu guling2 kat lantai sebab Alya suka menyakat dia. Time baik sejuk je lubang telinga mak ni dengar dorang berbual kat depan. Elok je. Time bergaduh rasa nak hempuk je dedua ni haha :)

Cinta hati mama dan papa :)




KedaiKakton; Aidijuma new release - Paris Pink Garden yang hot pun ada :)

-KedaiKakton-

Semua design yang baru je released dari Aidijuma. 
Black label, gl, ylblu dan wl. jom tengokkk kalo berkenan just roger 012 228 1418

BL Paris Paisley RM50.00


BL Paris Pink Garden yang jadi buruan peminat AJ. 
Kakton ada 2 helai sahaja. 
Sape nak boleh roger and maaf harga memang mahal sebab nak dapat pun dah mahal gitewww :)



GL Paris ribbon sangat comel, rugi tak buat koleksi tauu ..
RM25.00 postage RM7.00


YLBLU design kamera, design funky sangat cute
RM30.00 postage RM7.00 
Label ni hanya dari reseller sahaja takdak juai kat CS gituuu :)



GL Ladybug yang comel lote :)
Ada 3 helai sahaja, limited. tunggu stock reseller lambat gilerrr ..

RM35.00 postage RM7.00
Mahal? memang mahal sebab nak dapat pun sambil nangih hehehe :)


Anything just roger kakton ye 012 228 1418
fb hani azhar, ig hani azhar
silalah view ehhh :)

tengkiuuu uolsss :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...