Wednesday, October 30, 2013

Update available cotton as today

Update available stock as at 30.10.2013, today.

Cotton bercorak RM75.00
Sateen cotton RM65.00
Sateen cotton bercorak RM70.00

sold out












Sateen cotton bercorak RM70.00

only green and pink available. others sold out.


Sateen cotton plain RM65.00



Tuesday, October 29, 2013

Cotton clearance :)

Hello penggemar cotton :)
Nak clearkan 2 pasang ni je lagi.
RM60.00 termasuk postage

sape mau?? cepat2 sms whatsapp 012 228 1418


Tuesday, October 22, 2013

Esok ye :))


Esok I janji update pasai kenduri akikah si dobot manja I yang sorang tu ehhh ..
Majlis Akikah Muhammad Aryan Zahin :)

Alya is 5 .. mini party for her :)

Assalam semua :)
Punyalah lama terperap entry untuk birthday party Alya ni. Maknya sebok keje, pastu ke hulu ke hilir jual kain hehe.

Alya is 5!

Mini birthday party Alya ni memang buat on her birthday 29.09.2013, Ahad. selalunya birthday dia jatuh dalam bulan syawal cuma kali ni tersasar jauh sket. tu yang jadinya mini party ajek. dah maknya buat open house 25.08, pastu 29.09 buat plak birthday party. tambah lagi kenduri akikah Aryan 06.10.2013 fuhhhhhhhh *sambil kira duit kuar macam air* tapi takpe sayang-sayang mama, mama kerja kuat untuk kamu berdua :) Insyallah rezeki itu tetap ada jika mama papa berusaha kann?? :)

okay, berbalik pada mini birthday party Alya ni. memang mini sangat-sangat. jemputan pon terhad. hanya menjemput kawan-kawan terapat yang punya anak2 sebaya ngan Alya, jiran-jiran terdekat. sungguh I tak mampu nak masak beria. kebetulan masa tu baru lepas elok demam batuk. masak dua jenis menu je, menu yang simple gitu. takde nak beria masak nasi beriani ekeke.

Alhamdulillah memang rezeki Alya, ramai yang dijemput hadir. Alya memang happy. Happy birthday Alya. Mama dan papa sayang sangat-sangat. Moga Alya membesar sebagai anak yang bijak, sihat dan berjaya nanti Insyaallah :).




Err tahun ni rasanya first time belikan hadiah untuk Alya. selalunya memang takde hadiah-hadiah ni. kalo nak belikan something special memang tak tunggu birthday dia pon. cuma kali ni belikan dia hadiah sebab dah banyak kali dia mention benda nih. alaaa bukan apa pon just kitchen set yang boleh masak-masak kuar bunyi api tu je hehe. nanti free I snap picas ehh .. tapi serius comel je tengok dia main siap amik order nak makan apa hehehe. I love you Alya :)


Kek birthday. Ikutkan memang dah lari konsep ni sebab Alya nak Hello Kitty. dah cakap kat baker I nak hello kitty merah hitam tapi dapat yang nih adoiii .. rupanya baker tak baca whatsap I :(( dia silap dengar pon ia juga kot masa I call. takpelah, yang penting Alya happy pastu kek ni memang sedap sebab guna fresh cream milk bukan krim putih biasa tu. dalam moist chocolate cake. serius sedap. tu pasal I tak jadi nak marah-marah hehehe takpelah nak buek cemano dah siap haaa .. yang penting is Alya okay and tak complaint. dont worry kak maizatul I tetap akan order kek dengan u sebab u buat marvelesssss :))


decorations. simple jahhh :)


decorations and sweets on table. bolehlah dari kosong je takdak apa kann :)


goodies bag untuk kanak-kanak. mak pak kanak-kanak takde bajet. hehe. Hello Kitty bag ni merata carik manjang je abis. ni nasib baik jumpa kat kedai barang orang kawen hehehe. dapeklah 50pcs. okaylah sangat-sangat dari takde kann :) 


 

okay ni lontong yang I masak. lontong ni memang menu sempoi sangat-sangat. senang nak masak. pastu buat sambal sotong. fuhh memang meletup *mampus puji diri sendirik* hehehe tapi serius ni senang je. yang penting jangan lupa beli ketupat segera tu hehe.


then menu kedua, bihun goreng. hehe sempoi gitu. dah kata maknya kurang sihat kan. ni pon kira bersyukur ke hadrat Illahi mama mampu jugaklah masak pastu Aryan bagi kerjasama tak meragam. dia tido bangun minum susu pastu ek ek ek tido balik Alhamdulillahh Aryan is a good boy, really good boy :) ahaks mati lew dok muji anak sendiri hehehe :)))


Okay, semuanya berjalan lancar walau hujan sekejap. selain dua menu di atas ada makanan ringan yang lain. kesemuanya habis licin syukur. everything going smooth kata omputeh. Syukur, terima kasih kepadaNya memberi rezeki dan kesempatan untuk mini party Alya ni.
Thanks kepada kawan-kawan, jiran-jiran yang datang siap bawak hadiah, duit untuk Alya. terima kasih banyak-banyak.

Happy birthday Alya :)

Monday, October 21, 2013

Kain Cotton :)

Asssalam.
Hari Isnin. takde monday blues dahhh hehe busy nak kejor keje ofis yang tak pernah surut. pastu nak settle order or post kain. Alhamdulillah. terima kasih Allah atas nikmatMu yang satu ini. dalam 6 bulan pertama ini memang terasa banyak perubahan dalam kehidupan seharian. memang banyak kalo dihitung. sibuk itu yang pertama. dengan 2 orang permata hati memang berganda sibuk dari sebelumnya namun cuba juga mengatur masa sebaiknya.

masih di fasa berfikir. berfikir hala tuju. seronok berjual beli walau pon penat dan ada dugaan namun yang pertamanya niat untuk menambah rezeki keluarga. Insyallah itulah tujuan I buat semua ni. hasilnya memang berpatutan dengan apa yang telah dilakukan.

semoga apa yang dilakukan sekarang memberi pulangan sewajarnya di masa hadapan. takmo pandang belakang, kalo boleh teruskan saja langkah ini. Insyallah.

masih berfikir. terima kasih atas sokongan keluarga kecilku -suami, Alya & Aryan. mereka memberikan semangat. tidak lupa emak dan bangcik. terima kasih kawan-kawan. terima kasih pembeli yang setia. terima kasih pembaca blog walau kita tak pernah kenal hehe.

okay. lama tak poyo-poyo depan kamera. memakai inner magic. memang magic. comel tak kakton? hahahaha tagline tiruan. tapi sebabkan tagline tu ramai pulak yang berkenan nak beli cotton dengan I hehe thanks buddy :)


antara stock yang masih ada. dah pernah letak kat sini. clearance stock RM50.00 dah abis. so harga seperti biasa RM75.00. Jika ada yang berkenan jangan segan nak sms/call 012 228 1418 Hani. I cuba serve semua orang dengan kadar yang segera insyallah :)


yang ini memang mampu buat mata juling sebab tengok sateen cotton plain yang warna-warni. cantik-cantik semuanya. lagi cantik kalo mintak taylor bubuh renda di hujung tangan or kaki baju, serius mengancam uolsss :)
Harga RM65.00 sahaja. bidang 60' x 3.5meter.


ada lagi. yang ni pula sateen cotton berkaki. memang pilihan warna terhad sebab takmo pening kepala. warna dalam gambar kadang2 lari dari yang nyata so I amik yang hot je. warna purple/maroon memang ramai yang pilih. so apalagi, jom beli. Harga RM65.00. bidang 60' x 3.5 meter.



Thursday, October 17, 2013

Cotton from Vietnam for sale :)

Cotton from Vietnam - new batch.
Bidang 60' x 3.5m.
English cotton original.

Harga RM70.00 tak termasuk postage.

Boleh call/whatsapp/sms 012 228 1418 :)














Clearance Cotton

Assalam.
Nak buat clearance cotton. Ada 3 pasang je.
Bidang 60' x 3.5m
Harga RM55.00 tak termasuk postage

Boleh wassap / sms / call 012 228 1418 Hani




Wednesday, October 16, 2013

Jubah lycra - Aidiladha clearance :)

Assalam. Selamat Hari Raya Aidiladha. Berapa ekor lembu dikorbankan? tahun ni memang meriah rasanya sambutan Aidiladha. boleh dikatakan macam sambutan hari raya puasa juga :)

Okay, banyak entry bersusun nak update tapi masa betul2 terhad. tapi apa pon I nak up kan entry jubah dulu. patutnya up before raya haji tapi kakton busy hehe. Alhamdulillah mana yang berkesempatan untuk membeli di kedai kakton terima kasih diucapkan.

Kat bawah ni antara jubah yang masih ada - available.
Jubah lycra yang sedap dipakai. tidak nipis tidak tebal - lycra korea. memang puas hati, cantik dipakai. size S, M, L dan XL.
Harga RM120.00.

Kalo ada yang berminat boleh je sms / whatsap 012 228 1418.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...