Wednesday, November 16, 2011

Hi readers ..

Salam .. apa kabar semua readers? lama tak jumpa di alam maya, masih menunggu entry terbaru hani ke? wah gedik macam ramai reader singgah sini hehe. maaflah jika ada readers yang singgah kat sini tapi takde update. lately busy sangat. sangat hokayyy. dengan keje yang tak berpenghujung. nak citer pasal raya haji pon takde kesempatan. nak tayang makanan pon takde masa. memang busy. sabtu ahad pon busy terpaksa gi ofis. abih camno dah namanya kuli kann??? lainlah boss boleh relaks2 ehh silap tu jadik boss lagi busy hehehe.

okay apa agaknya citer readers yang selalu singgah sini? terima kasih juga kepada anda yang sudi menjadikan blog Hani sebagai reference untuk trip ke Bandung. insyallah mana yang mampu Hani akan cuba reply. kalo sms lambat balas tu, maafkan daku. kadang2 terlupa, kadang2 terlepas pandang. lately busy dengan new chart, new head. memang agak kalut sebab banyak paperwork kena buat. kena assist boss-boss. wahhh berpeluh den. banyak kojo.

okay takmo citer pasal keje kang korang boring macam den sorang yang kojo hahahaha. apa plan cuti sekolah akan datang? minggu ni minggu terakhir pelajar2 bersekolah kan? lepas ni cuti panjang sampai awal tahun depan. wahhh mak pak tersenyum gembira dengan bantuan RM100 tiap anak yang bersekolah kerajaan, alhamdulillah ada juga wang tambahan untuk membantu membiayai persekolahan anak2 kan?? apalagi jangan lupa satu undi anda yang amat berharga kerna pilihanraya bakal tiba tidak lama lagi. undilah dengan bijak tidak kira bulan mengambang atau dacing yang senget ahakss ..

Hani takde plan ke mana lagi kecuali memenuhi jemputan kenduri kawen yang boleh dikatakan every week ada. mana yang patut mana yang sempat memang Hani akan pergi, apalagi sedara-mara yang dekat memang cuba pergi. kalo jauh kat Perlis nun confirm tak dapek maklom bajet dah banyak lari hehehe. okay merepek dah ni ..

sementara tunggu entry seterusnya insyaallah ada la 2-3 entry lagi hehhe jom tengok latest picas of my doter, Alya Nur Zahra. masyaallah sungguh tak sangka dan 3 yrs budak ni. kejap jer. dah pandai melawa, melawan pon pandai gak hahaha. keletah and ada je soalan yang ditanya tak kirala malam ke siang ke nak tido ke nak gi berjalan ke. memang banyak soalan dia. letih akak nak menjawab kadang2 jawab kadang2 akak suh papanya yang layan hihi.

sila lihat anak dara kesayangan Hani yang keletah ni .. taraaaa ..




okay sementara tu nak siapkan entry lain plaks. ghindu sungguh ngan my blog tapi memang masa terlalu suntuk. terlalu mengekang. harap2 ujung tahun ni dapat relaks sket. stress jugak kalo asik fikirkan keje yang tak berkesudahan ni. tapi takpe, bonus and ex gratia boleh buat daku tersenyum riang hehe.

okay see later .. love you all ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...