Friday, April 17, 2015

From my kitchen; Oven Butterfly :)

Assalamualaikum. 

Hari ni Jumaat, 27 Jamadilakhir, masa terlalu pantas. Ni dah April. Nextweek dah penghujung bulan pastu Mei pastu Jun pastu Ramadhan then rayaaaaaa :)
Apa yang dah dilaksanakan dalam 4 bulan pertama ni? Ada yang dah berjaya mengikut perancangan ke? Hehe aku ni plan atau angan-angan banyak, biasalah berangan kan free. Itu nak, ini nak. Kalo boleh semua nakkk tapi memandangkan duit pun terhad so kenalah pepandai menyimpan dan merancang. Tambahan lagi nak menyambut bulan puasa dan raya, lagi banyak nak guna duit. So dari sekarang aku dah plan dan merancang kewangan keluarga. Cewahhh bunyi macam serius je kan hehe :)

Okay, antara perancangan atau angan-angan aku ialah nak beli oven. Hehe kelakar pulak bunyinya, macam serius je kan. Hari tu aku dah citer kan, masa masuk rumah baru memang tak buat built in oven sebab dapur skang ni kecil, 10x10 lebih kurang. So just buat kitchen cabinet dan table top ajer. Built in oven takde dalam perancangan sebab tatau mana nak letak. Kitchen cabinet bentuk L pastu letak peti sejuk, terus rasa penuh dapur sekangkang kera tu hehe :) so hubby kata its ok nanti renovate bahagian belakang rumah yang masih ada tanah lebih kurang 10 kaki lagi Insyaallah :) masa tu tatau la bila sebab tahun lepas dah buat bahagian depan so kena mengumpul bajet lagi la. 

So, memandangkan built in oven takde tapi aku ni berangan nak buat cupcakes dengan Alya biasalah mak-mak ni kan. Sweet je rasanya buat kek dengan anak, macam dalam citer omputeh tu kan. Waaa tak sabarrr :). Dah survey beberapa bulan wahhh nak beli oven je pun tapi survey macam nak beli kapal terbang kauuu hahaha :) antara pilihan oven ialah Butterfly yang dah dipercayai dari dahulukala. Dari oven yang bulat dan hitam legam bentuk petak tu :) so terus survey Butterfly kat kedai elektrik. Ada yang besar ada yang kecil - paling kecik 9 liter. Aku berkenan yang warna putih 19 liter. Ada ternampak kat kedai dalam RM180.00. Tapi ari tu tengok kat Lazada RM128 wahhh murahnya free delivery lagi. Tapi tak beli pun masa tu sebab macam lom perlukan oven pulak hahaha :) pastu nak kena beli rak baru. Wah memacam benda kena beli ni pastu baru boleh beli oven. So delay la dulu.

Nih rupa oven Butterfly tu :)


Lama juga ding dong ding donggg lastly Isnin lepas aku terus click to proceed order sebab harga turun naik skang so baik beli cepat-cepat hehe :) kali ni harga RM130.00 padan muka rugi RM2 hahahaha :) free delivery gitu. NO GST katanya :) 

Isnin buat payment by Maybank2u, Lazada terus bagi confirmation receipt then dapat la email dia bagi tau tentang proses penghantaran yang akan diuruskan oleh Freight Mark. Yang bagusnya Lazada ni sebab sentiasa update dari masa ke semasa. So aku terima oven ni hari Khamis, 3 hari selepas settle payment. Okay takdelah tunggu lama or takde stock ke atau default kat mana-mana ke. So next time bolehlah beli lagi ye Lazada hehe :) korang kalo nak beli barang-barang boleh check kat sini http://www.lazada.com.my.


Yeayy dah sampai idaman hati hehe :)


Nih diaaaa idaman hati sejak beberapa bulan dulu. Harga takdelah mahal mana tapi sebab aku ni mikir nak letak kat mana, nak susun dapur semula sebab banyak perancangannya so delay lama juga. Tapi malam tadi bila tengok oven ni senyum-senyum aku sensorang hehe :) rasa macam kepuasan sebab dapat membeli sesuatu dengan perancangan kewangan yang betul. Dulu main beli je pastu pening mikir nak buat apa. Skang dah tetua ni banyak fikir before beli or buat sesuatu. Amboii beli oven je pun, hover aku nihhh hhaha :)


So, korang tunggu la aku tayang cupcakes plak lepas ni haha :) saikooo :)) tengok nih comel-comel kan waaa tak sabar ni nak gi Bagus beli barang-barang kehkehkehhh :))




sweetnyaaaaaa ..



Tapi kalo jadi cenggini camne haaaa??????? hahaha :)





5 comments:

Wa said...

Wahhhh..tak sabarnyaaa nak tengok Alya wat cup cake..

Hani said...

waaaaa takut la pulakkk hehehe ni tengah kumpul sket2 barang2 bakery. sket2 lama2 jadi bukit kann :)

tungguh tauu

sudipVSsenduk said...

hai awak :)

Buktikan! You go girl..

adianiez AIDA said...

Hai...
jgn ler jd yg last.
aida tgh survey iven bttfly gaks ni.
google and landed here...
aida nak beli yg 100liter...

Unaizah San said...

Suka jugak oven butterfly ni. Tp teringin nak guna jenis guna gas mcm dulu2. Wujud lagi ke oven dapur gas butterfly tu ek?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...