Tuesday, October 23, 2012

Langkawi Trip 2012; part three

Opsss dah berminggu balik dari Langkawi, coklat pon tinggal sekeping jer, pon tak abih lagi entry pasal trip ke sana hahaaha. maaflah kesibukan dua minggu ni bila bertukar boss. dengan course yang berturut-turut. pastu musim hujan plak. eh apa kaitan dengan hujan kak jemah? hahaha

okay, jom kita sambung. saya tau hujung tahun ni ramai yang memilih Langkawi sebagai destinasi percutian bersama anak-anak terutama time cuti sekolah. bukan takat bercuti, pelbagai aktiviti yang menarik semasa di sana boleh dilakukan. yang pasti, mak-mak lagilah seronok teruja sampai acsess baggage sebab shopping terlampau kahkahkahkah. kalo naik feri, okay lagilah takde pening mikir luggage. kalo naik kapal tobang merah putih tu kompom jenuh mikir camne nak bawak kalo beli selori pinggan mangkuk hehehe

semasa di sana tempohari, Hani memang dah decide nak beli apa. takmolah over bajet sebab bukan semua benda wajib dibeli. beli yang mana penting, boleh digunakan dan bukan sebagai hiasan aje. ni pon lebih kepada nak menambah apa yang takde, apa yang kurang. read:duittakbanyak :)

yang ni masa di kedai Haji Ismail Group. Vantage. sapa yang minat koleksi bunga-bunga ni bolehlah pilih di sini. harga rasanya murah dari KL, confirmed. tapi saya kurang minat dengan Vantage ni. rasa macam dah sama dengan koleksi pinggan kat KK Home Deco or Romantika yang murahan tu hahahha so bila beli yang mahal2 kang confirm orang fikir mesti dari kedai KK nih hahaha kecuali yang betul2 pakar ofkos kenal mana murahan mana mahal kan? no offence jangan serang saya plak kak eton :))

yang ni plak masa di Idaman Suri. saya perhatikan di sini kuali Tefal lebih murah dari mana-mana kedai di pekan Kuah. so sapa2 nak beli kuali, saya rasa better beli sini. tapi kalo rajin survey lagi, maybe ada yang lebih murah kot. tapi saya betol-betol rasa lebih murah sebab saya sendiri pegang kuali Tefal bersaiz sederhana RM45 aje tapi terpaksa letak balik sebab masa tu kecoh Alya buat hal sebab hilang teddy bear dia. menyirap darah mak tawwww tensiiiii sampai skang teringat2 kuali tu. oh kuali tunggu mak tau :))


yang ni masa di Ram Deko, Pekan Kuah. kat kedai ni banyak jual kristal, pasu, coklat dan hiasan rumah. kat sini Hani rasa barangan perhiasan rumah macam kristal, pasu bunga tu memang murah. murah dari kedai Haji Ismail Group, Wawasan or Saga. 4 kedai ni memang Hani dah keluar masuk. ada murah ada mahal, biasalah tu. tapi serius, kalo nak beli pasu bunga yang bulat, lonjong, 4 segi, bersegi-segi silalah ke Ram Deko, memang berbaloi. serius!

bab Corelle pula kat Ram ni valueable. so pepandailah survey lagi sampai lebam hahaha *maksudnya ada lagi murah dari sini kak jemah*


nangis tengok harga Corelle and Corningware di Langkawi ni tak kiralah kedai mana sebab beza maybe lebih kurang 3-4 hengget je. kecuali Hani beli Corningware Petite 2 bekas tu RM109.00 sahaja di Wawasan, berbeza di 3 kedai lain (Hj Ismail Group/Ram/Saga) harganya RM132.00. so beza bape hengget tu kak jemah?? hahaha rajin-rajin survey je kakak sekelian!

ni loose item. pon berbeza sedikit di antara 4 kedai tu. 4 kedai ni bukan bermakna hanya kedai2 ni sahaja di Langkawi, banyak lagi kedai2 lain tapi Hani rasa 4 kedai ni yang popular. jangan fikir popular tu murah, kedai-kedai yang tersorok maybe lagi murah tau. macam kedai Wawasan, loose item memang ada yang lebih murah dari Hj Ismail Group.

haaa ni antara yang Hani beli dari Langkawi huhu. Pinggan makan corelle 6 biji, 29.00/each. ni nak melengkapkan koleksi set Corelle Country Rose Hani yang dah beli sebelum ni. Bowl besar bekas nasi tu RM45.00 and takde corak Country Rose, plain je. Rasanya yang ada hanya set Country Herb or Kobe tak silap saya. pastu ada penyepit makanan. and burner untuk soup kalo nak buat makan-makan.


pastu pinggan 4 segi, just buat tambah let say nak letak kuih or buah-buahan atau apa-apa aje lah. yang bawah tu RM45.00, yang belah atas pon sama RM45.00 (di Haji Ismail Group RM54.00) pheww beza 9 hengget tu.

ooh lupa nak snap pasu kristal yang saya beli di Ram Deko. berat gile tapi murah sangat2. dalam gambo tu nampak samar-samar je kot. serius berat tapi saya suka. and bekas kristal untuk letak gula-gula. pon murah. serius murah antara 3 kedai yang lain tu.

Hani harap apa yang dapat dikongsi di sini boleh membantu puan-puan yang nak ke Langkawi bershopping. maaflah jika ada yang tak lengkap, maklomlah bila ke sana memang lupa nak snap macam-macam contoh pinggan ke cawan ke sebab dah sebok pegang letak pegang letak apa yang berkenan hihi. tentang harga pulak, itu yang Hani dapat semasa ke sana tempohari, jika ada harga yang berubah, maaflah sebab mungkin berbeza. kalo dapat yang lagi murah, alhamdulillah. kalo mahal tak dapek nak nolong!

and, antara tips kawan yang berasal dari sana, cuba elakkan ke Langkawi ketika LIMA berlangsung tak silap March 2013 ni kot, sebab harga akan double-triple tak kiralah pinggan ke cawan ke hotel ke kete sewa ke malah roti canai pon mahal mencekik.

sekian. kalo rajin nak juga buat part four tapi kena godek dulu gambo apa yang ada.

bye :))

1 comment:

amy (^_^) said...

Salam.. saya baru beli set corelle 20 pcs european herbs 2 hari lepas di HIG langkawi.. Tp dah naik harga jd RM439.. Silap tak beli masa p langkawi tahun 2012.. sedih di hati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...