Friday, October 12, 2012

Langkawi Trip 2012; part two

Okay, cool bebeh. kita move on, ketepikan rasa amarah. nanti cepat tua hihihi.
jom sambung cite Langkawi Part 2. Maaflah ada siaran tertunda plak hehe maklom busy attend course sepanjang 2 hari.

part ni saya nak share cerita di Langkawi selama berada di sana selama 3 hari 2 malam. malam pertama kami menginap di Bayview, terletak betul-betul di tengah2 Pekan Kuah. memang happening. senang nak ke mana-mana sebab berada di pusat bandar. makan pon senang. shopping lagilah senang kihkihkih kuar pintu hotel dah nampak kedai Haji Ismail Group, Saga, Wira hihihihi. rasanya hotel ni ramai yang menginap jika ada business talk, trip atau meeting sebab hotel ni lengkap dengan pelbagai kemudahan terutamanya wifi. selesa dan memuaskan. bilik luas dan cantik.


malam pertama kami dinner di Restoren Wan Thai, tidak jauh dari Bayview. tapi kena naik kereta juga, kalo jalan mau berpeluh ketiak hahaha. makanan memang sedap, memang thumbs up. kalo nak makan disini, silalah call dulu jangan main terjah je ye kak limah. sebab bila diperhatikan, meja sentiasa penuh. takde plak nampak orang berdiri or beratur kat luar so kesimpulannya nak kena tempah dulu rupanya. baguslah, takdelah kes menunggu 2-3 jam kan? mangga pulutnya memang sedap, harus dicuba lagi.


tengok, ikan pon dah tinggal setengah baru sempat nak snap hahahha memang tengah lapar masa ni maklom petang tadi masa welcome drinks cuma makan mee goreng seciput je ngan air oren. lapar lapar lapar grrrr


okay, hari kedua Sabtu kami check in di Hotel Bahagia pula. hotel ni terletak 5 minit dari pekan Kuah. kira kat pekan jugak lah cuma kena naik kenderaan kalo nak ke mana-mana. tapi kat sini semua kemudahan ada. berdekatan dengan pasaraya Sakan, kedai dobi, kedai pakaian, kedai tayar ehh tetiba hahaa. sapa lama kat sini bolehlah hantar baju nak cuci kat kedai dobi yang beberapa meter je dari pintu hotel. hotel ni bersih, toilet pon selesa cuma bilik agak kecil jika dibandingkan dengan Bayview. tapi kat Bayview lupa nak snap gambo sebab meluru masuk terus terbaring kepenatan lepas check in hahaha. ni nasib baik teringat nak snap masa mula-mula masuk kat bilik di Hotel Bahagia. oleh kerana saya berdua saja dengan anakanda Alya maka tidaklah terasa sempit tapi jika laki pon ado, confirm takleh nak main kejar-kejar hihihi. tapi overall kedua-dua hotel ni memang best.


malam kedua. pon makan di sini, Restoren Wan Thai . oh ya restoren ni betul-betul bersebelahan dengan Hotel Bahagia. bahagianya hidup dapat makan kat tempat best, turun je lif terus kuar pintu hotel masuk pintu restoren hahahha. 2 malam berturut-turut makan di sini sebab, ada permintaan. memang sedap, terasa-rasa ikan stim limau di tekak sampai sekarang. isi udang dan sotong dimasak di dalam kelapa, goreng ketam bercili, sayur campur, sotong goreng tepung yang memang puas hati bila dimakan, diratah dan juga ayam pandan. memang sedap. saya boleh rekemen restoren ni kepada anda yang ingin berkunjung ke Langkawi. hehe boleh minta diskaun kalo promote restoren ni tak? hahaha makan free bila-bila ke sana lagi. fuyooo lalalala ohh sedapnya sotong goreng itewww yummyyy tomyam pon sedap weyyy



hehe hari kedua Sabtu. antara gambar shopping yang sempat snap. tengah panas terik masa ni. baru perasan di sekitar kedai Haji Ismail Group ni takde kedai jual air tin ke? panas gila. sian Alya. dah la jalan berdua aje ngan dia sebab mak dan bangchik gi ke tempat lain. memang saya sengaja minta mak ikot bangchik sebab kesiankan dia kalo ikot saya yang sebok kuar masuk kedai heret Alya. mak sakit kaki jadi takde makna dia nak ikot anaknya yang suka keluar masuk kedai nih. hahha Alya okay, steady je janji belikan kehendak hati dia confirm dia tak membebel. hahaha tengok sempat sabar troli Hello Kitty. ni pon belikan sebab murah, dah survey kat Shah Alam saya jumpa berharga RM120++. kat Bandung pon survey jugak tak silap dalam RM100++ tapi di Langkawi cuma RM79.00 sahaja. okay murah, silalah beli untuk anak gegirl anda huhuhu. tapi yang kelakarnya bila dah balik, Alya nampak troli gambo Princess plak terus dia meluru gi kedai nak yang itu nasib baik boleh tukar beg gambo princess tu haha. comelnya anak mama!


ni antara barangan yang dibeli di hari kedua. hari pertama shopping juga tapi mostly minyak gamat, kain batik, barangan hiasan macam kristal, pasu kaca dan pelbagai deko. nanti later saya snap ok.


hehe tak sah kan kalo ke Langkawi tak beli coklat. saya bukanlah penggemar tegar coklat benarnya jadi saya belikan untuk suami tercinta yang suka coklat. ada antaranya untuk kawan-kawan juga. sebelum datang ke Langkawi memang ada yang mengirim tapi awal2 saya minta maaf sebab tak berani nak janji, maklum berdua dengan Alya. sapa nak angkut beg nanti? melainkan saya beli and bagi kepada semua itu lain cite. hehe memang tak suka berjanji belikan untuk orang takut tak dapat bawak. maklom berjalan jauh kan?



okaylah, nanti kita sambung Part 3 plak. nak buat keje dulu.

tata :))

1 comment:

Mila@Rimbun said...

bestnyer ke langkawi boleh shopping coklat bebanyak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...