Wednesday, October 24, 2012

Friends to remember ..

Morning .. pepagi dah carik gambo frens dalam fb ahaha sebab saya rindukan kawan-kawan yang selalu menceriakan hari saya dengan gurauan mereka. kalo dulu semasa di ofis di Jalan Astaka Bukit Jelutong, pagi-pagi semua datang awal, pegi breakfast di Kopitiam Eton atau mamak MMZ. atau jauh sket Kedai Merah makan lontong, laksam fuyooo sedapnya lontong sambal sotong hehehe pagi breakfast heavy so lunch takdelah makan nasi. dorang kekadang sengal juga, lunch pon makan ikan bakar kat food court Jalan Astaka yang memang sedap. arghhh rindunya mereka semua ini. hari ni dalam kereta masa on the way ke ofis, tiba-tiba teringatkan mereka semua. rindunya nak breakfast or lunch or tea break. kena cari satu masa untuk duduk semeja nih haiyohh.

kawan-kawan ini yang ada di antara mereka saya panggil kakak, ibarat kakak saya sendiri sementelah saya memang takde kakak :)) memang kawan-kawan yang layak dipanggil kawan. susah senang gembira sedih semua kami lalui. cuma bila ada hati kaca yang dibelit noda hitam memecahbelahkan hubungan baik ini, saya sedih sungguh. memang sedih. tapi lama-lama saya sedar, itulah namanya lawan bukan kawan. so abaikan saja manusia yang berhati dusta ini. kita teruskan persahabatan, keakraban dengan kawan-kawan yang lebih layak digelar sahabat. buat apa nak pening kepala kan?

semenjak saya berpindah ofis ke Denai Alam, hubungan kami tidak terputus maklom masih berada di bawah company yang sama. bezanya saya cuma berpindah ofis namun kami tetap berjumpa bila ada kelapangan atau urusan. serius, rindu sangat suasana di ofis lama yang penuh gurau senda sebuah keluarga.

sempena hari raya Qurban Jumaat ini, saya percaya dalam bersahabat ada pengorbanan yang perlu dilakukan. samada kita sedar atau tidak, semua orang pernah berkorban untuk kawannya, betul tak? tak kiralah pengorbanan tu kecil atau besar namun atas nama sahabat, kita gembira melakukannya. well, saya ada seorang kawan yang sanggup berkorban duit kutu yang beliau dapat dengan memberikan kepada kawannya yang dilanda masalah kereta ditarik. owhhh sungguh besar pengorbanan kawan saya ini, beliau tidak mementingkan diri walaupun saya tahu dia amat perlukan duit kutu itu untuk kegunaan peribadinya. bila mendengarnya saya amat terharu dan sedar betapa mulianya kawan saya ini. namun saya amat kesal kerana kawan yang dibantu itu tidak mengenang apa yang beliau lakukan. betapa kejamnya seorang kawan yang tidak mengenang budi! nyah kau dari sini! saya berharap kawan saya ini beroleh pahala atas apa yang beliau lakukan walau saya tahu hatinya terluka atas tingkah kawan yang tidak berhati perut itu. 
*hemm tensi betul nak tulis ni bila teringat kawan durjana itu* 

antara best friend forever saya hoyeahhh .. memang sakit perut kalo dengan dorang. ada je lawak yang pecah perut. gelak tak hengat doniaaa hahaha

eh ada Sazzy Falak plak haha no noo dia bukan kawan saya tapi ni je la gambo friends yang latest dalam simpanan saya. yang lama-lama zaman slim2 tu sume takleh upload hahaha comelnya Kak Ana yang senyum sampai tutup mata tuhhh i love you kakak ;) and Chik Ann yang sungguh rajin melayan kami kalo kat ofis, cakap je nak makan nak minum terus dia berlari ke pantry. eh ni kawan ke bibik? kahkahkah sori Chik Ann gurau je tapi kami suka bila Chik Ann buatkan milo ais yang sedap tu untuk kami hihihi love you too ..


Ya, antara best friend yang saya anggap kakak .. i love you all, selamanya Insyallah. Kak Yati yang sungguh budiman, budinya saya akan ingat sampai akhir nyawa, Kak Ina yang sentiasa buat suprised dengan keknya yang sedap, Kak Gee yang cool and humble, sentiasa ada bila diperlukan. Ye merekalah kawan-kawan saya :) tanpa menjadikan wang ringgit, harta atau pangkat malah status. even bersuamikan golongan atasan, mereka masih merendah diri. terharunya saya.


semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir nyawa insyallah :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...