Tuesday, October 9, 2012

Langkawi Trip 2012; part one

Jom le cuci mata di petang2 hari yang sungguh mengantukkan mata nih hehe.

maaf le ai nak mengarang panjang2 tapi keje banyak, tapi hati meronta-ronta nak menayang jugak gambar-gambar sepanjang di Langkawi, 5-7 Oktober yang lepas, Jumaat-Ahad. memang seronok sangat bila berada di Pulau Lagenda itu. bukan setakat shopping tapi jalan-jalan di sekitar pulau. iyalah faham sangat agenda makcik-makcik kalo ke sana, shopping letak dalam list nombor satu. yang lain tolak tepi kihkihkih. tapi disebabkan ada yang pertama kali jejak ke sana, maka tourist guide tetap juga angkut satu bas persiaran pegi melawat 4 tempat utama. antaranya melawat kilang minyak gamat, kilang kain batik, kereta kabel dan Dataran Helang. tapi ai tak turun pon masa kat Dataran Helang sebab panas masa tu, kesian Alya yang masih batuk selsema. lagi pon ai dah penah pegi sana masa tahun 2007 (hanimunnnnn hihihi).

okay .. sebenarnya Hani ikot abang Hani, Bangchik dan Mak. Ya, inilah satu-satunya abang Hani :)). Jarang nak cerita pasal dia kan? hehe dia ni bujang lagi tau. Kali ni bangchik arrange rombongan cik kiah dari Kuala Pilah yang antaranya adalah ahli keluarga kami, jiran-jiran dan orang kampung. memang rombongan cik kiah sungguh hihihi. kebetulan abang Hani ni ada travel&tours sendiri so memang dia selalu bawa rombongan dengan menggunakan bas persiaran bukan bas sekolah ya kak limah :). bukan takat Langkawi malah ke Kelantan, Terengganu, Singapore, Thailand, Hatyai, Krabi and Bangkok dia boleh arrange. Mak la selalu ikot dia hehe untung mak. ni first time Hani join mereka.

Jumaat, hari pertama. sampai ke Jeti Pulau Langkawi dalam pukul 10 pagi. wahh terus segar mata bila lihat deretan kedai-kedai yang menggamit pandangan. tapi kena sabar dulu takkan nak shopping kat jeti kak kiah ooii ..

selepas meletak beg di bas persiaran yang mengambil kami, seramai 30 orang saudara mara jiran tetangga rombongan cik kiah dari Kuala Pilah :)) masing2 dibawa ke Dataran Helang yang terletak bersebelahan jeti. dekat je jalan kaki tapi ai tak koser nak pegi, ai heret Alya pegi semula ke jeti kihkihkih saja cuci mata sambil tengok2 harga. wahh tak sabar kak kiahhh ..

selepas 20 minit mereka di Dataran Helang, kami terus bergerak ke kilang Gamat yang terletak di kawasan perkampungan apa ntah, tak silap arah ke Pantai Chenang. masa ni memasing dah kelaparan maklum dah tengahari. so makan dulu di restoren Qistina yang bersebelahan dengan kilang gamat. dah isi perut yang kebulur barulah memasing cergas je masuk kilang gamat. tengok le camne gamat diproses bla bla tetiba ai dah beli seplastik minyak botol bermacam jenis kegunaan hahaha ..

dari kilang gamat terus ke Gunung Machincang untuk naik kete kabel. ai tak bawak pon Alya naik sebab dia masih kecil, bukan faham pon nak menikmati pemandangan kononnya haha. bangchik pon tak naik, dia sendiri mengaku penakut begitu juga my mom. so kami duduk2 lepak2 sambil makan aiskrim, Alya leka bagi arnab makan karot, beli singgit sepastik kecik. leka dia sambil mengejar arnab, very cute moment :) .

ni sempat dorang curi2 amik gambar kami pastu bila dah nak balik naik bas wahh tetiba dorang hulur nih, clever korang ye hihihihi ai tak koser nak beli maklom perasan glemer paparazi yang cilok gambo tapi mak ai sebok je nak buat kenangan so dia beli 4 keping dengan harga 40 hengget tak silap. eiii tak koser dah la nampak bahu ai je hihihihi


yang ni comel sangat. pandai anak dara ai pandang kamera on time kann :))


yang ni masa di geopark, ada taman kecil boleh melepak sambil tengok arnab, ikan. ada kolam kecil and jambatan gantung (bergoyang ai takut terjunam je kang lam kolam kikikiki)


haaa rasanya ai dah tahu minat anak dara ai nihh, dia memang animal lover. ya Allah dia punyalah berani punyalah minat memang dia akan tekun dok tengok haiwan2 tak kiralah ayam, arnab, kucing, itik, kuda atau burung. kucing memang kesukaan dia nombor satu. memang dia penyayang. kat sini ada jual karot seringgit dalam plastik kecik, korang tau dia sendiri pegi kaunter, kuarkan duit seringgit and bayar pastu terus bagi kat arnab2 nihhh .. terharu makk ..





ni mak ai, uwan kesayangan Alya .. :))


okay dari Gunung Machincang, kami terus ke kilang kain batik. ada 3-4 kedai di kawasan ni. ai masa ni sebok carik t shirt printed yang tulis Langkawi tu so ketinggalan bila dorang masuk ke kilang nak tengok kain2. ai ketinggalan hahaha. ala bukan tak penah tengok pon orang menekap batik kannn .. okay abaikan je, terus beli 2-3 helai kain batik kain pelekat, baju tido yang best sangat pastu sehelai 2 t shirt untuk Alya yang sungguh comel dan murah. okay siap jom balik :)) ..

Bangchik selaku driver@ketua rombongan sebab dia yang empunya tours&travel ni so inform kat semua orang yang kami akan terus ke hotel untuk check in sebab masa ni dah pukul 3 petang. ada welcome drink yang menunggu kami katanya. tapi bila borak2 ngan tourist guide yang sungguh comel Kak Wati, dia habaq kat pekan ada kedai yang baru buka, murahhhhh wah terus semua suh driver bas singgah kejap kahkahkahkah nasib baik kedai tu berhampiran dengan Bayview yang kami akan check in. singgah sekejap tengok2 apa yang patut so dalam kepala dah boleh bayangkan harga2 and bolehlah buat comparison nanti. sekejap konon tapi lastly amik masa hingga sejam hahahha mesti bangchik bengang kihkihkih ..

ni antara gambar yang sempat ai snap. banyak nak snap tapi kepala dah pening sebab sakit hati bila teringat harga corelle yang ai dah beli kat sini memang melampau bezanya hampir setengah harga uwaaaaaaaa .. yang pernah dibeli di Langkawi takdelah sakit hati tapi bila mengenangkan order online yang ai buat tu lebih dari separuh terus ai rasa nak nangis uwaaaaaaa .. :((





okay sejam disini ada yang dah shopping barang2 deco and chocolate. memang agak murah di kedai ni; Ram Deco. murahlah 5-6 hengget jika dibandingkan dengan Haji Ismail Group (HIG). esok kita borak pasal tu plak ye. okaylah ai nak check in hotel .. flashbackkk :))

jumpa esok ya .. :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...