Wednesday, October 31, 2012

Home sweet home: dining area; closed up

Hai semua ..

Hari ni saya nak tepek gambo dining area pula. yelah ari tu tepek ciput aje, saya tau ramai yang tertanya-tanya macam mana la rupa kediaman baru saya kan? wahh perasan giteww :)
ni bukanlah tepek sebab niat nak menunjuk, takde apa pon yang nak ditunjuk kak mah hehe cuma sekadar menunaikan janji bila saya cakap nak letak gambo yang lebih okay. ari tu gambo macam tak bape clear je kan? kebetulan minggu lepas baru teringat nak amik gambar yang lebih okay, lebih clear takdelah kelabu asap macam kamera tak cukup bateri aje hahaha.

seperti yang saya tulis dalam entry tentang rumah baru saya ni, memang masih belom siap sepenuhnya. maksud saya siap hias. bukan siap renovate tau hahaha renovate tunggu tahun lain, tahun ni akaun dah kontang haha

cuba tengok dinding belakang kerusi tu. kosong aje kan? hemm sampai skang saya masih belom jumpa lukisan yang sesuai, yang menarik untuk diletak kat dinding tu. Isnin lepas masa ke IKEA sempat juga membelek2 lukisan yang ada. frame pon cantik2 and murah. tapi tak juga jumpa yang berkenan. eh ada yang berkenan tapi harga RM500 woww telan air liur je la kak mah. tunggulah gi Bandung nanti, kat sana memang banyak lukisan yang cantik2. Bandung lagi. hahaha.


Yang bawah ni gambo yang tidak ditouch up, so boleh tengok the real original mode. Feature wall itu saya gunakan pilihan dari Nippon Satin Glo seperti yang penah saya tepek dulu. Kod tak ingat. tapi saya memang suka sangat dengan warna ni, coklat gelap tapi macam terang sket eh ayat macam tak betol je haha gelap tapi terang? wakaka tak reti nak describe. Area ni memang separate dari living so tak perlu buat apa-apa untuk border. cuma agak sempit juga kalo orang nak duduk, kecuali yang slim-slim sila masuk duduk kat bahagian dinding tu ahahaha.

Ramai juga yang pernah datang ke kediaman saya ini bertanyakan pilihan warna set meja makan yang berani mati ni kononnya. memang berani mati sangat pilih warna putih kak mahhhhh .. mata sentiasa menjeling kalo Alya minum air sirap takut dia tertumpah wakakkaa padan muka maknya yang nak cantik konon tapi jantung macam nak pecah kalo ada anak orang yang comot melenjan kat tepi kerusi hahaha padanlah sangat tu. tapi putih ni sebenarnya mengajar kita lebih berdisplin, lebih berhati-hati dan sentiasa rajin membersihkan kotoran or habuk. paling senang cakap, kalo pemalas memang payah lah kak mahhhh :)


teringin nak letak painting hitam putih. rasa-rasa sesuai tak? sape nak sponsor sila contact saya ngehngehhh ahahaa *serius*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...