Tuesday, October 7, 2014

Kedai2 Emas di Kuala Pilah :)

Assalamualaikum semua :) 

Hani tahu ramai yang akan sukakan entry kali ini ececeehhh hehe :) entry Aidiladha kena tunda la gamaknya haha. dah janji kan hari tu nak update pasai KEDAI2 EMAS DI KUALA PILAH. yang ramai tahu murah murah murahhhhhhhhh dari KL or serata alam nih hahaha.

okay, kali ni sempat snap pictures kedai. nak carik kat resit beli barang kemas tu ntah ke mana letak hahaha so kali ni bila balik kampung I bersemangat amik gambau sampai cik abe tanya kenapa kenapa kenapaaaaa?? ahahaha hal orang pompuan bang hahahaha :)

okay, kat Kuala Pilah ni ada beberapa kedai emas tak silap 7 buah kot. Yuen Shoon, Cheah Pon Hing, Poh Kong, Lee Wah, Chan Kwong dan 2 or 3 kedai lagi Hani lupa namanya tapi dont worry kedai tu tak jauh antara satu sama lain. ko lintas seberang jalan jer dah sampai lompat-lompat pon boleh ahahahhaa.

tapi antara kedai-kedai ni Hani suka Cheah Pon Hing dan Chan Kwong. sebab tokeinya baik dan sangat penyabar kalau pilih barang. tapi Cheah Pon Hing ni kedainya sesak yang amat-amat. so kalo ramai sangat orang tak koser nak masuk so Hani gi kedai Chan Kwong. yang ni memang atuk-atuk nenek-nenek nyonya je yang jaga kedai sangat baik sangat penyabarrrrrrrrrr :)))

Ahad, hari raya Aidiladha. beria pegi Kuala Pilah hahahahaha sekali ko tutup kodai-kodai omeh ni haaa adoiii :((( dah semangat ni gi survey barang kemas idaman hati hehehe. plan nak tindik telinga Alya. pastu nak beli something untuk kenangan duit bonus. yelah, orang kata buat tanda lekat duit bonus dari abis tak tau gi mana kan :)

so Ahad tutup. semalam Isnin, petang baru pegi. dengan harapan kedai lengang haha. okay gambar-gambar di bawah snap hari Ahad ye, semua tutup. Isnin baru buka sehingga pukul 6 petang. 

okay, jom tengok semua kedai-kedai yang sempat Hani review. kedai hijau ni barang-barang kemas cun banyak pilihan tapi yang melayan hanya sorang tauke, orang kemain ramai so malas nak tunggu lama. lagipun dalam kepala dah terbayang idaman hati. baik carik kat kedai yang biasa pergi.


pastu pegi kedai Cheah ni, pon ramai jugak. takpe gi jalan-jalan kedai emas lain dulu. 


kedai emas ni tutup awal, pukul 5 so malas nak singgah. nama pon ala-ala Poh Kong gituuuu hehe. kat sini banyak jugak pilihan emasnya. cuma tutup awal, tak sompek nak berlama-lama membelek. 



then pergi kedai Chan Kwong. yang ni memang feveret. tauke-tauke semua dah pangkat atuk-atuk, nenek-nenek. memang sangat sabar melayan. tak beli pon takpe. hahaha.



semalam pun orang ramai jugak kat kedai ni tapi tauke still melayan sebab dah biasa dengan dia hehe. Hajat hati nak beli rantai leher pendek dan buah loket permata nak buat pakai hari-hari. Err rimas jugak pakai rantai labuh pastu Aryan suka tarik-tarik. then berat, macam bawak 10 tan jongkong. hahaha over sangat gurau nihh haahaha takde ehh korang jangan cakap kakton poyo plakk ehh gurau2 je nih :)

ni rantai labuh dan loket yang pakai sekarang. lepas ni boleh simpan pakai time event2 or raya ajer. yang ni beli masa birthday Feb lepas. sangat design mak-mak orang kan??? hahahaha :)


okay, sambung citer tadi. dalam kepala dah dok berangan nih. then budget pon dah kira siap2 takut terlebih pulak hahahaa. jumpa rantai dan buah loket permata tapi macam over bajet hahaha then permata tu warna biru. which is Hani actually nak warna putih macam diamond la kononn kann. nak beli diamond tak mampu lagi so beli je permata gitewww ..

then, dah kira-kira memang over budget then cakap kat uncle tu tunggu jap. nanti survey lagi hehe. biasalah, orang perempuan ni memang cerewet nak beli emas kan? ke I sorang jer yang gitu? hahaha.

Patah balik ke Cheah Pon Hing sebab orang dah tak ramai dah, yeayyy .. then pilih rantai. then cakap nak loket permata satu. terus tokei tu keluarkan loket permata. wahhh terus jatuh cinta sebab memang itu yang I nak. See, tu pasai I suka kedai nih hahahaha sangat menepati kehendak hati I nih. so semalam tanya dia harga emas berapa? dia kata RM119/gram. ehh murah dari Chan Kwong RM120/gram. murah seringgit jer tapi banyak beza jugakkk.

so semalam beli yang nih :) ni bukan nak menunjuk ye, nak share je pasai kedai emas. cuma dah alang-alang ni kan tunjuk la gambau belian semalam. rantai design lama, biasa je tapi carik yang padu sebab nak buat basahan pakai hari-hari. loket permata satu design simple ajer tapi I sangat suka. 

** rantai 6.37gram x RM119 + loket RM480.00 + upah rm80.00= RM1318.00**

tapi minta tawar tawar tawarrr dapatlah harga RM1200.00. yeayy sangat menepati bajet kaktonn :)


oh ya, pastu ada kawan-kawan yang minta tengokkan gold bar. PAMP Swiss ni ada 1gram, 5gram dan 10gram sahaja semalam. tokei ni kata dah habis. so harganya RM133/gram + upah RM80.00 x 1/5/10gram.

so kalau korang yang jenis mengumpul gold bar ni bolehlah survey kat sana juga sebab katanya murah dari market RM160/gram. I tak berapa sure pasai gold bar so kalo korang nak try boleh je ke Kuala Pilah. kalo nak mudah boleh jer tengok kat FB Kedai Emas Lee Wah. I memang like fb Lee Wah tapi tak pernah membeli kat kedainya lagi. maybe next time I singgah kedai ni pulak.


lastly, ni gelang bulat beli dalam April lepas. gantikan gelang yang hilang masa rumah kena pecah dulu. memang sakit jiwa kalo ingat pasal barang kemas yang dicuri. so perlahan-lahan mengumpul semula. korang yang ada menyimpan barang kemas tu hati-hatilah, simpanlah ditempat yang difikirkan selamat. sangat sesal bila mengingatkan barang kemas dicuri orang huwaaa :(( dah la emas makin mahal. dulu-dulu masa beli dalam RM80-90/gram ajer tauuu huhuhu :)


yang ni plak gelang tali kapal orang panggil. Hani pakai buat basahan. gebunya tangan kakton hahahahaha. tapi gelang ni memang legend la, rasanya beli tahun 2005 ke 2006. pakai hari-hari. still okay. dah tangan gebu kan kenalah carik yang besar macam tali nak ikat gajah hahaha. I ni jenis old fashion so memang suka design lama-lama. lagi lama lagi bagus. and tahan lasak. tak risau kemek ke pecah ke putus ke sebab tebal. 


****sekian tayangan hari ni :) jangan fikir I menunjuk ye takde apa pon nak ditunjuk. just emas biasa-biasa ajer. just to share!

well, diharap semua yang singgah baca entry kali ni puas hati la ye. yang mana tak pernah pergi Kuala Pilah tu bolehlah google. dari Seremban cuma 45minit sahaja. emas murah di Kuala Pilah? kenapa? sebab kedai-kedai emas di sini tak join persatuan emas-emas FDGM yang akan ikut harga semasa. contoh harga semasa sekarang ialah RM150/gram. so Kuala Pilah sehingga semalam hanya RM119/gram. beza RM31.00. sangat banyak bezanya kan? 1 gram RM31 kalo 10 gram? 20 gram?? minyak, toll ke Kuala Pilah kalo dari KL or Shah Alam tak sampai pun RM60.00 hehe. then, kualiti emas tidak boleh dipertikaikan. memang emas 916 yang berkualiti, boleh bawak ke Ar Rahnu untuk check ketulenan. nak pajak gadai pon boleh, memang diterima sebab emas tulen. jangan dengar kalo ada suara sumbang mengatakan emas murah sebab emas tak berkualiti. tu orang yang tak pernah beli kot cakap gitu tak pon memang tak amik tahu pasal emas-emas ni. amboi macam garang plak kakton kan haha.

okay kalo ada cerita menarik pasal emas lagi nanti I share InsyaAllah. tak rugi beli emas ni tambah-tambah ketika harga tengah murah. beli sebagai pelaburan pon boleh. sebagai barang perhiasan pon boleh. cuma hati-hati jika memakai barang kemas sebab ramai penyangak peragut ni meliar je mata dorang. tu pasal Hani cuba cari yang simple yang tak obvious sangat untuk dipakai hari-hari. tapi apa pun, take care uolsss!

bye!

34 comments:

Unknown said...

Asslm...tq for the info...tak sangka omeh lagi murah kat kg den ni...next time beli kek sini yo lah... :-)

Hani said...

Hi Sally
ye, kat Pilah memang murah. kalo nak beli banyak, memang berbaloi.
tengah bersabar menunggu RM100/gram hehe. lagi rendah lagi bagus hehe.

annjipo said...

Hani kalu tau emas dapat bawah rm120 segram..bgtau eh

Unknown said...

Salam Hani, maaf kalau saya bertanya. pernah ke hani bawak barang emas yg hani beli tu ke pajak gadai. Bukannya apa, saya cuma nak tahu apa respon dari kedai pajak. Adakah dia mempunyai value yg sama mcm mas kat KL. Sebab ade pembeli yg memajak brgnya, tapi tauke pajak memberitahunya emas yg dibeli adalah dari kuality gred rendah. Saya cuma inginkan kepastian sebelum saya membeli brg emas kat kuala pilah itu nanti. Tq Hani.

Hani said...

Ajoo aeja,
Tq singgah blog Hani. Sepanjang I membeli emas so far takde masalah dari segi kualiti jika nak dibandingkan dengan kedai-kedai emas yang ternama di KL or Shah Alam. Bab pajak tu, ye pernah. Takde masalah pajak gadai nak terima. Samada pajak gadai cina mahupun bank rakyat atau ar rahnu. Dan nilainya masih mengikut nilai semasa, tiada yang berbeza.
Emas di Kuala Pilah murah sebab-sebabnya I dah nyatakan dalam blog. Tapi kalo masih ada yang tidak pasti atau yakin, tak mengapa. Kita ada pilihan untuk membeli di mana saja yang penting ada duit kan? hehe :)

Anonymous said...

hani, stakat hari ni 2 feb 2015 emas kuala pilah rm brp? :-)

Hani said...

Hai Anon,
Setakat hari ini 02.02.2015 harga emas tengok kat fb kedai lee wah rm141/gram. Tp kalo pegi kedai cheah confirm dia boleh bg rm140/gram hihi ;).

Hani said...

Hari ini emad turun ke rm137/gram. Dijangka turun lg menjelang tahun baru cina.

jeez said...

betul ke hani...biasa nyer lau nak raya makin naik harga..

Anonymous said...

salam hani..harga emas untuk 13 february berapa yerk

Unknown said...

Salam hani. Tau x hrga emas utk 21hb february. Cadang isnin nk ke pilah. Cari cincin tunang.. pls info hani

Hani said...

Hi Zuraidah, last updated 18hb harga 132/gram.

Hani said...

Dah update kat latest entry. 132/gram. Tq.

Unknown said...

Assalamualaikum hani..tq sbb info nie..rmai yg suh sy p pilah tp sy xpenah smp..igt nk p usha esok..so bpe hrga latest emas eh??tq hani..

Kursus Kahwin Batu Pahat Parit Raja Simpang Lima said...

Salam hani.saya cadg jumaat nk trn pilah.stkt hari ini brpa ye rte trbaru utk 1gm emas 4/3/2015

Unknown said...

Salam uolls.sy br blk dr pilah..harga emas arini (7/3/15) 132/g..tp ada 1 kedai tu 130/g..yeayy da borong!

Anonymous said...

Juliya..since u latest person dlm ni..nk tnye..u beli emas tu upahnye berapa..bape gram dan berapa total u kn byr..nk wat calculation kot blh shopping2..tq u - suzana

Unknown said...

untuk makluman like facebook kedai lee wah die akan update setiap hari

Unknown said...

Hi, nk tumpang b'tnya la...bl da smua b'crite psl ems murah di pilah...owg pmpuan nie mmg xcited la dgr bab2 emas kn...tp b'4 2 nk cnfrmkn ngn owg2 yg pnh m'bli ems kt c2...cmne ngn hrge n kualiti ea??? yela, sbb bl kt nk kuakn wet tok sesuatu brg sure nk tw kualiti...blh tlng cpe2 bg k'pstian...ad yg kate ok n ad yg kate x ok...p'soalannya, skunk ems 2 ok @ x???tq

Unknown said...

hari ahad bukak ke kedai emas dkt kuala pilah tu??

Unknown said...

xde ape pun kat fab dia. btl ke nama fb dia Kedai Emas Lee WAh@Kula Pilah?

Unknown said...

xde apa pun kat fb dia. btl ke nama fb dia kedai Emas Lee Wah @ Kuala Pilah

Anonymous said...

terimakasih kerana sudi berkongsi,nama kedai tu kat FB apa ya?

Hani said...

Sila baca new entry. saya letak fb kedai lee wah. Actually dah banyak kali saya letak update dari fb kedai lee wah uolss rajin2 la browse ye ;)

Unknown said...

Hi hani
Berapa harga emas pilah harini? (11 july 2015)
Tq

Anonymous said...

salam Hani..blh saya tahu harga emas bulan Oktober 2015 ni..agak2 berapa yer di sana..hehhehe tq sis

Unknown said...

Boleh bg alamat kedai?

Unknown said...

Boleh bg alamat kedai?

Unknown said...

Dalam attcmnt atas tu sis

Unknown said...

Berapa hrga emas kat pilah ye hani??

penawargout said...

assalamualaikum..tumpang lalu admin..

berminat dengan penawar gout..bole hubungi saya

Unknown said...

Hani, nak tanya skrg harga emas kt kedai cheah tu 1g brapa harga ea?

Unknown said...

Berapa satu gram 916?

bella said...

2019 ni afe lagi ke harga gtu kak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...