Assalam.
Hari ni Jumaat. esok boleh relaks-relaks sambil lipat kain. nasib baik minggu ni minggu rajin so kain cuma ada 1 bakul ajer hehehe kalo tidak tu tak 3 atau 4 bakul confirm berlonggok tunggu nak dilipat.
oh ya sambil buat keje yang takdelah banyak sangat skang ni, masa terluang tu I dok survey-survey kat blog-blog kat website pasai curtain, cat, cadar untuk masterbedroom. benda pertama sekali pasai cat. I plan nak tukar feature wall color. color skang ni dark brown. tak ingat code apa tapi cat Nippon. pasai apa nak tukar walhal baru 2 tahun? baru sangat kann. actually dalam 2-3 minggu ni baru I perasan cat kat belakang katil tu bertompok-tompok putih. bila dibelek-belek I ingatkan bumbung bocor ke apa. tapi dah check kat syiling takdak pon bocor. cakap kat asben tunjuk kat dia rupanya KULAT. adoi laaaa camne leh berkulat plak nih. asben kabo maybe sebab cat dulu 2 lapis tapi tak kering. betol ke? ke asben main sebut jer? so I try lap dengan kain basah sebab kan cat ni odourless paint. memang boleh tanggal kesan putih tu tapi pastu timbul balik. adoi stress akak.
so since semalam dok survey-survey cat baru. asben ada suggest nak guna wallpaper tapi I simpan dulu idea tu. I plan nak cat semula. nak cat putih saja. takmo feature wall. nak bagi bilik nampak luas dan nyaman. Idea wallpaper tu okay jugak rasanya. lepas cat baru I fikirkan. yang paling penting bersihkan semula dinding tu, sakit mata menengoknya. serius I tak suka tengok then susah hati. malam-malam before tido terkebil-kebil merenung dinding wahhhh stress sungguh!
dari cat timbul plak idea nak buat langsir baru. langsir ni pun satu hal, langsir yang bahagian dalam (night curtain) terkoyak sebab faktor cuaca panas kot. sebabnya tingkap bilik ni memang mengadap matahari. dah hari-hari mengadap cahaya terang memang koyak la. haha yelah langsir semeter 12 hengget ajer hahahaaha memanglah cepat koyak huhu seeloknya cari jenis blackout atau yang jenis tebal macam kat hotel tu. okay hari ni plan nak survey langsir. FELLA pulak time macam ni takde plak nak buat warehouse ke haper huhuhu.
kali ni I belanja korang gambo bilik tidur I. kasi can la hehe. lepas ni tunggu make over pulak ehhh :)
I ni peminat earthcolor. tema warna coklat. semualah coklat. tu katil masa kawen dulu, dah 7 tahun dah. sayang pulak nak tukar baru sebab elok lagi. berat nak mampuih kalo time nak angkat sebab katil kayu.
gelap kan? memanglah suka sebab nampak romantik, rasa nak tido ajer. tapi boringlah skang. memang kena tukar. yeayy kita mesti tukar!!
nak ceria boleh ajer pasang quilt cotton macam gini. ceria dan cool. kemas pun ia jugak.
haaaa jom survey-survey sambil tengok mana yang boleh dijadikan contoh. amik contoh ajer, bukan semua boleh diikut contohnya katil. takkan nak tukar putih plak semata-mata sebab nak gaya English moden. memang confirm kena bebel dek cik abe. katil still okay mengada nak tukar. so tu bukan idea yang bagus. then meh kita tukar bedsheet ajer la kann :)
skang ni mata I nampak suka dengan warna biru. so curtain dan bedsheet rasanya yang perlu ditukar warna dan corak. Biru. cool dan segar. dan romantik jugak kan *bling bling kedip mata*
jom le tengok mana yang boleh dijadikan contoh. actually rambang mata bila tengok gambau kat internet ni. semua cantik-cantik ajer. rasa nak je amik semua nih hehe.
yang ni langsir warna biru. cantik juga kalo dijadikan day curtain then match dengan langsir plain biru. kan?
Dua contoh kat bawah ni macam kena dengan bilik I. katil tu dah sama dah, warna coklat. match dengan bedsheet warna biru. waaaaa sukanya. tak sabar ni nak gi carik langsir dan bedsheet.
suka jugak yang ni. okay confirm masterbedroom tukar cenggini.
so korang tunggu ajer la I update nanti ye. Insyallah kalo dah siap I letak sini. janji!
No comments:
Post a Comment