Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya Aidiladha 2014

Okay nak update pasai cerita sambutan hari raya haji tahun ni. tersadai entry ni sebab nak upkan entry kodai omeh hahahhaa.

tahun ni takde plan nak balik kampung sape sebab mikirkan cuti tak panjang. cuti yang ada ni memang simpan untuk end year nak hantar Alya school nanti. so better takyah cuti kalo takde hal penting. raya aji je pon kan. tanya cik abe dia nak balik kampong dia ke? tanya la kot ada sape2 yang korban kat sana, mulanya dia balik jugak tapi Jumaat tu kat fb kecoh ada accident kat Bukit Tujuh, trailer terbalik menghadang jalan, jalan sesak 4-5 jam terus kensel nak balik Kelantan hehe. memang dah faham sangat-sangat kalo nak balik ke sana confirm jalan sesak. tak sanggup nak merempan dalam kereta bersesak 7-8 jam fuhhh .. 

melainkan balik awal. khamis or jumaat pagi. confirm tak jammed. ni balik jumaat malam? takyah citer laaaaa berasap la montot. so marilah balik Kuala Pilah ajer bang hihihi.

mak ada call bagi tau tahun ni dia buat korban. bangchik plak busy ke Singapore ada kerja confirm tak balik so mak sorang2 je karang sian dia kalo tak balik. tempah kek marble chip choc kat kak maiza, special untuk mak. mak buat lemang, nasi impit. wah meriah jugak raya haji kali nih.



gambau lemang, nasi himpit tak sempat nak snap. leka makan then menyembang ngan makcik semua lupa nak snap haha. pastu lepas solat raya, mak stay kat masjid sebab nak join ibadah korban. tahun ni masjid kat kampung ada 10 ekor lembu. kurang sket dari tahun sebelumnya. maybe ramai yang join kat surau pulak. berbahagi-bahagilah kiranya kan. I tak pegi masjid sebab Aryan tido. so tunggu je kat rumah. by the time turn mak baru pegi sebab lepas tu mak nak balik rumah. Daging bahagian untuk rumah I bawak balik terus. Cik abe excited suh goreng sebab daging segar kan isinya sedap dan manis. I just masak daging goreng cili. daging campur sket dengan limpa, hati dan paru. wahhh memang sedap. segar. daging fresh. cik abe makan puas hati sangat walhal goreng simple ajer tu.


pastu masa mak kat masjid rupanya dorang dah masak siap2 daging lembu yang sembelih awal-awal tu. nih dipanggil daging masak cincang lompap. masak cili api jugak cuma bezanya santan tak pekat sangat. buh serai extra then cili api dan kunyit.


esoknya before balik mak salai daging yang ada tu. selain untuk digulai, salai ni memang bertujuan untuk menyimpan dalam tempoh yang lama dalam freezer. lepas salai tunggu sejuk baru simpan tak perlu potong-potong. unless nak masak lepas salai tu. daging salai ni sedap dimasak dengan belimbing buluh, buah bacang, terung telunjuk, terung asam mahupun buah kundang. very the sedappppp!!!!


ehemmmm sangat sedapppppppp ada gulai pucuk peraga. pahit-pahit pon sedap. pastu mak masak udang jugak. tengkiu mak. air tangan mak memang terbaik!! sayang mak!!

tadah je la air liur tengok gambau ni time laparrrr huhuhu :))


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...