Thursday, October 2, 2014

From my kitchen; simple menu!

Assalam.

Semalam kecoh pasal minyak naik 20 sen. I pon tahu bila tengok update fesbuk. memang minyak kereta semalam tinggal 2 takuk jer, memang plan nak isi minyak masa balik rumah nanti. tapi dah kecoh macam ni tak koser nak beratur panjang kat petrol station. baik balik masak dulu. cik abe balik awal so dia la kena gi isi minyak tu pun pegi dah lewat malam. nasib minyak lom habis korang beli hehehe. eh agak-agak ada tak orang beli minyak bawak tong extra ke tak pon bawak lori kecik buat spare? yelah, dah alang-alang naik 20 sen kan so isi la banyak-banyak. haha baca kat fb memang boleh bergaduh pasal isu ni. so nak tak nak kita tetap kena isi minyak. takpe, tambah 20 sen jer ponnn :))) 

so, semalam ketang-ketung masak. semalam tekak teringin nak makan goreng paku nasib terjumpa kat kedai acheh so goreng cili api pedas-pedas sampai tercirit haha. pastu buat sambal ikan. untuk anak-anak gorengkan ikan bawal. err ikan bawal mahal jugak ye? ari tu beli dalam rm8 semalam rm9.50 mak aiiii baik beli salmon dah alang-alang mahal kan ngeeeee

hujan, makan macam ni memang heaven la. ada pulak petai fuhh cik abe makan bertambah :) tu pasal I ni merangkak tertiarap pon tetap masak.
tu budak 6yrs tu, belom pun sampai rumah dah tanya "malam ni mama masak apa?" ko sanggup jawab "tak masak, mama letih". sanggup? merangkak pun tetap masak. wahh masak sambil merangkak, ko bayangkan cemana hahaha. tak, itu perumpamaan I ajer yang nak tunjuk betapa letih cemana pun I tetap masak. 

Alya, makan kadang bersuap tengok mood dia. dia kan jeles dengan Aryan. Aryan ofkoslah makan bersuap lagi kan. lepas siap masak, make sure nasi dah bubuh dalam pinggan siap-siap. buh kicap sket pastu gaulkan dengan ikan dan nasi. memang sepinggan tu habis budak berdua ni makan kadang2 siap bertambuh. maknya tukang suap pun curi-curi suap ke mulut sendiri gak hahahahaha :)


yang nih masak sup ayam. paling senang, paling cepat di masak. kalo ayam tak sempat defrost dont worry korang buh je dalam periuk pastu biarkan ia mereneh sampai ais pun cair pastu baru tambah air dan campakkan bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut. sangat mudah. tanpa minyak jugak.


yang ni masak lastweek. gulai ikan merah campur tempoyak. sesekali teringin jugak tekak ni nak masak gulai. untuk budak-budak gorengkan ikan kembung kecik-kecik tu ajer. tapi Alya makan jugak gulai ni, tahan pedas jugak dia tu hehe.


yang ni pulak masak Isnin lepas. ayam goreng sambal sempoi jer, serius masa ni memang penat sangat maklum Ahad lepas kan buat birthday party. penat lom hilang lagi tapi sebabkan budak-budak ni suka makan nasi memang kena masak jugaklah. tu la I kata tak larat cemana pun I akan usahakan jugak. yang penting dorang kenyang, mama pon happy :)


well, dalam seminggu kadang-kadang I masak everyday. kadang-kadang selang sehari. tengok jugak schedule I macam mana, kalo balik dah lambat memang jawabnya makan apa yang ada je la. paling tidak I goreng fries or sosej tu pon dorang pandang sebelah mata jer huhuhu.

memang ada yang cakap, rajinnya I ni masak. rajin tak rajin terpulang tapi honest I ni masak simple ajer takdelah masak beria. unless hari cuti maybe boleh masak well prepared :)

okay esok dah Jumaat, maybe nak balik kampung lewat malam sebab Sabtu mak nak masak lemang dah rendang. yeayyy tetiba dah terasa kat tekak ni rendang ayam pencen!

Selamat Hari Raya Aidiladha in advance!

2 comments:

Fizah said...

alamak..petai...kegemaran!! :)

Hani said...

yup ulam kegemaran. pembuka selera. budu pon suka jugak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...