Tuesday, January 28, 2014

Kangkung goreng belacan


Nih masakan lastweek. before gi Penang, tu nanti I citer hehe. teringin sangat nak goreng kangkung buh cili api pedas tercirit. paling best buh belacan sket. fuhhh memang sedap. pastu goreng ikan kembung. tu je hidangan, kalo rajin goreng ikan masin gelama. fuhhh lengkap. simple tapi gila sedap. I kalo goreng kangkung tak cukup seikat, kena beli 2 ikat youuu .. sebab suka ratah-ratah gitu je hehehe.

ehhh orang dah lama isu kangkung turun harga I baru sebok nak up biasalah selalu terlambat. busy youu hehe.

Khamis start cuti untuk sambutan tahun baru cina kan. uolss ke mana? I lom ada plan kecuali terfikir nak balik kampung, jumpa mak. rindu kat mak, rindu kat masakan mak.

tata :))

KedaiKakton; Jubah lycra princess cutting ;)

Assalam.
Jubah lycra design princess cutting. Lycra yang berat tidak melekap ke bentuk badan Insyallah.
Ada 4 design. Size dari S, M, L dan XL. (update size)

Harga RM120.00. Postage RM8.00

Grey paisley - M, L


Red paisley - XL SOLD OUT


Mustard light purple Paisley - M, XL


Blue stripe - S, M (S SOLD OUT)


Wednesday, January 22, 2014

KedaiKakton; Sophia dress; sesuai untuk bf mommy :)


AVAILABLE YELLOW MUSTARD AND BLACK COLOR ONLY




Peach Pink SOLD OUT



SOPHIA  dress. Front button, friendly BF dress for mommy :).
Available colors YELLOW MUSTARD & BLACK only.
FREE SIZE fits to M.
RM80.00, postage RM8.00

Tuesday, January 21, 2014

Masak-memasak :)

Assalam. Hari ni berkesempatan masak bekal. macam-macam benda nak dibuat sampaikan tido pon macam tak lena. so bangun awal prepare bekal. ala masak pon yang simple takdelah berpeluh nak menggiling cili ke membakar berasap-asap ke hehe so simple.
Nasi goreng ala kampong yang Alya suka. nasib baik juga teringat nak masak nasi malam tadi extra dari biasa. pastu untuk cik abe, gorengkan ikan masin gelama. dia suka makan dengan ikan masin. kesian juga asik pekena mamak je pagi-pagi which is I tahu dia memang tak suka :( tapi nak buat cemana sebab dah itu je kedai makan yang ada kat site sinun. I pulak ikot mood untuk masak bekal ni kalo bangun pon dah lambat hehe aljawabnya altakde lahhhhh hehehe :) azam konon nak buat bekal Alya dan cik abe :)) tapi macam tak kesampaian aje, cemana nih?


yang ni masak malam tadi. goreng sardin pedas terlampau ngan sambal ikan bilis pedas boleh tercirit hihihi. balik pon dah lambat, jalan sesak tetiba adoi pukul 9 baru sampai rumah. apalagi yang mampu nak dimasak selain 2 jenis ni je?? ikan nak defrost tapi lambat kang so ikan bilis ikan sardin je la hehe :)


yang ni breaksfast lastweek. hover sket sebab ada sandwich tuna. tu pon buat awal di sebelah malam sebelum tido. Alya request sardin tuna sebab nampak kawan-kawan bawak gi school. bagus bagus luak jugak 1 tin tuna kalo tak terbongkang je kat atas rak tu tak buat apa hehehe :))


yang ni pulak Sabtu lepas mak dari kampung singgah sekejap sebelum ke Penang. sempat jugak mak buat lemang, tapai, rendang. siap ada sambal daun tempoyak lagi sayang makkk. mak I dah 65 tahun tapi still berhati waja nak buat lemang walau pon I selalu cakap jangan susah-susah tapi mak memang suka buat lemang. even 5 batang pon dia still buat dengan senang hati. pastu rendang ayam kampung. memang mak ada bela ayam buat peneman mak.

mak ni duduk sorang kat kampong. bila diajak datang rumah I punyalah liat. ada je alasan. alasan basinya ayam tinggal nanti kesian tak makan. pastu rumah pulak takde sape jaga. dulu dia bagi alasan I duduk apartment tak larat naik tangga ke tingkat 2. skang I duduk rumah teres pun ada je alasannya. memanglah kesian, malam-malam I terbayang mak tinggal sorang-sorang je kat kampong. bila terkenang mak mulalah sedih.

ni dah lama tak balik kampung since raya haji tu hari. sabtu kan buka booth, ahad dah letih tu pon kadang busy restock barang-barang. sian mak nak sangat tengok cucu-cucu tapi masa ni singkat sangat. tunggulah nextweek cuti panjang bolehlah balik kampong sekejap.

balik Pilah mulalah panjang langkah panjang tekak nak masak macam-macam. ni pon dah terliur teringatkan ikan semilang salai campur belimbing. belum lagi cendol Pilah. rojak berahim. hoi tekak gila sangat ni mengingat benda-benda nihhh hehehe



Monday, January 20, 2014

KedaiKakton; Halfmoon Shawl - Korean chiffon




Shawl - halfmoon
high quality Korean chiffon, tidak nipis/jarang
Panjang 58incin, lebar 30inci bidang 45'

Harga RM30.00, postage RM6.00

jika berminat meh contact kakton ehhh 012 228 1418 :)

*hitam, turqoise, salmon red sold out.

KedaiKakton; Sophia long dress, bf friendly for mommy :)



Akhirnya dapat juga dress button depan yang sesuai digayakan oleh mommy yang breastfeed baby. ari tu ada jumpa tapi kualiti agak kurang menyakinkan untuk dijual. so Alhamdulillah kali ni memang puas hati dengan jahitan dan lining. Ini sebab ramai yang bertanyakan dress or jubah yang button depan.

high quality chiffon, tidak nipis jarang.
body lining.

ada 6 warna pilihan - kelabu, hitam, peach, royal blue and emeral green. cun sangat-sangat.
ukuran bahu 15cm, ukur lilit pinggang yang bergetah 28cm, labuh 53cm

free size fits to M.

Harga RM80.00, postage RM8.00

jika berminat mai order kat kakton ehh 012 228 1418

tengkiu ailebiu :))


** royal blue sold out :)

KedaiKakton; Magic inner restock :)


Magic inner batch 6 restock.

Boleh pilih warna-warna yang ada. sorry tak dapat nak tulih nombor sebab pen note kakton hilang ntah ke mana. sape nak just sebut je nak kaler apa. make sure kaler yang ada dalam gambo yang takde tak dapek nak tolong ehh hehe

harga RM10.00 sahaja beli lebih dari 5 ada special price and postage pulak selalu better beli lebih sebab rugi je postage rm6 kang

okeh sila sila cuci mata tengok kalerful nihh :)

KedaiKakton; Mary Jane long dress :)


Assalam

Mary  Jane long dress. Restock warna peach pink.
Free size fits to XL.

High quality chiffon. Full body lining.

Bahu 17cm. Ukur lilit dada 46cm. Labuh 54cm.

Harga RM120.00. FREE POSTAGE.


Wednesday, January 15, 2014

Aryan; 7 months :)


vroom vroom vroommmm :)

Aryan dah 7 bulan, 10.01.2013. baru je sembuh dari batuk dan selsema. orang tetua kabo nak dapat belajar benda baru katanya hehe. tapi macam betul pulak. sebab skang Aryan dah merangkak. abih satu rumah dia dah mop laju-laju hehehe. senang mama takyah sesusah mop lantai dah hehehe alololo comeinya dia hehe ehhh sukati maknya la muji anak sendiri kan?

ramai yang cakap Aryan muka sebijik macam kakaknya Alya. kiranya Alya versi boboy la gitu. takpelah Aryan dah kata adik-beradik kan hehe. kalo tanya papa ofkos papa kata muka papa kihkih. kalo tanya Alya? memang dia kata BUKAN. dia kan jeles memanjang ngan adik sendiri hehehe still belum terima sepenuhnya kewujudan adiknya. sabor je bebanyak. kalo tak cubit, dia tarik pipit Aryan, meraunglah budak kecik tu. takpun dia babab tangan Aryan bila budak kecik tu capai mainan or buku kakaknya. sian boboy anje anje mama nihh huhuhu :(

7 months milestone; selain merangkak dengan laju dan jayanya sehingga ke dapur mama huhuhu Aryan dan makan puree, biskut, bubur. kadang2 tengok mama or papa makan benda-benda pelik dia pon nganga nak jugak hehe kadang2 mama suap juga bagi rasa. rasa je bukan makan betul2 pun dont worry.

pastu skang dah kenal or cam orang yang biasa dia tengok. mak yang jaga dia memang dia kenal so takde masalah. tapi kalo orang2 yang baru tengok or jarang jumpa memang dia tenung lama-lama pastu huwaaaaa adoii tanje tanje la boboy mama nihh hehe.

pastu dah pandai main sendiri skang. mama masak bolehlah tinggal kejap sambil hulur toys kat dia. toys pon tengah mikir nak belikan yang cemana sesuai dengan milestone dia.

Alhamdulillah berat around 9kg memang lenguh dukung kalo tak bawak stroller, mencungap kooo hahaha. stokin pun pandai mencabut dah skang. tapi still behave duduk dalam carrier or stroller.

ari tu masa batuk selsema nasib baiklah tak meragam. rasanya baru dua kali Aryan kena batuk selsema ni. Alhamdulillah tak meragam, such a good boy. eh puji lagi hehehe.

okeylahh tu je nak citer pasai boboy anje anje mama nihh ..

see soon :))

KedaiKakton; Korean Cotton


KedaiKakton cuba market untuk Korean cotton pulak. Vietnam cotton memang dah terkenal and lately Korean cotton pula dapat sambutan. ni nak try dulu so stock terhad ok. maklum modal tinggi tak berani nak amik banyak :)

Korean cotton - sateen, material lembut tidak keras or kasar
bidang 65' x 3.5 meter. memang bidang besar.
nude green, memang try sehabis baik untuk snap pictures yang hampir sama warna dengan warna di luar. hijau samar atau mint green bolehlah kot.

harga RM95.00. postage RM8.00
kalo COD area Shah Alam pun boleh :)

berminat meh sms kakton 012 228 1418 :)) 

KedaiKakton; Shawl - halfmoon Korean Chiffon bercorak


KedaiKakton ada new addition shawl - halfmoon shawl. Material Korean Chiffon. Lebar 45'x1.5m.
Ada 10 corak pilihan yang comel-comel. comel macam kakton giteww hehe :)

sila sila cuci mata dulu pastu kalo berminat jangan memalu sms or whatsap kakton ehh 012 228 1418

kakton berkenan hat rerama warna hitam yang basednya warna pink peach tu. dah rembat satuuuu hehe :)


tu corak handbeg ala-ala remaja purba pun cun hehe :) sila sila cuci mata hokkay


yang ni corak geometri biru dan butterfly yang cun rasa nak gigit hehe :)


harga RM30.00, postage RM6.00
*** kalo nak by hand area Shah Alam pun boleh :)

Friday, January 10, 2014

Ada yang nak borong cotton? Minimum 10 pasang

Assalam.
Jika berminat untuk membeli cotton Vietnam secara borong; minimum 10 pasang, dengan harga yang rendah boleh contact Hani. Antara corak2 yang masih available boleh tengok di bawah nih.

Cotton Vietnam, bidang 60' x 3.5m.

Boleh sms or wassap 012 228 1418 Hani

tengkiu ailebiu hehe :)


GRED A

 01

02 

03 

04 

05 

06 

07 

08

09

GRED B

01

02

03 

04 

05 

06 

07 

08

09 

10 

11 

12 

13 

14 

Friday, January 3, 2014

KedaiKakton; Mary Jane dress :)



Mary Jane dress. Full body lining. Material high quality chiffon.
Free size fits to XL. Big cutting.

RM100.00, postage RM8.00

contact 012 228 1418 Hani

tengkiu ailebiu :)

KedaiKakton; Jubah lycra



Jubah lycra size XL. Cutting besar.
Princess cutting, sangat gojes.
Corak paisley, warna based coklat gelap.

Harga RM120.00, postage RM8.00

berminat mai sms or whatsap kakton ehhh 012 228 1418 :))


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...