Thursday, January 2, 2014

2014; KedaiKakton semoga sukses :)

Ehemm .. lama juga tak borak2 kan. blog ni dah jadi blog jual beli aje gamaknya hehe. konon nak buat blog khas untuk jual-beli tapi tak buat-buat jugak read;busy.

Alhamdulillah sejak 2 bulan lepas Hani dah melangkah berani sket untuk buat bisnes. berani sangat tu tidaklah, banyak cabaran onak durinya hehe. tapi sebabkan minat tambah pulak sokongan dari suami memang rasa macam buat aje ni. Terfikir nak buat bisnes kad dengan banner. kalo orang kata mengada-ngada atau hover lantak yang penting niat nak bisnes untuk bantu ekonomi keluarga kann .. lain-lain tolak tepi. kalo rasa-rasa ada aura negatif cepat-cepat jauhkan diri. contohnya kat fb la. kalo rasa-rasa macam poyo sangat statement orang lain, samaada delete or unfriend. kan senang. kalo banyak sangat aura negatif memang sampai ke kiamat kita tak ke mana :)

so langkah buat kad ngan banner ni Alhamdulillah tak sia-sia. ada feedback dari customer. dorang keep calling untuk tanya stock. okay dah sebulan Hani bukak booth di Pak Ron Kopitiam, Denai Alam. Setiap Sabtu, 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Jom datang beramai-ramai cuci mata cuci poket hehehe. sentiasa ada produk terbaru dari KedaiKakton hokkayy :))


this is my card *tangan lentok sket* :))



antara yang sempat snap. tak ingat bila. sebab dah lebih 5 kali bukak booth read:table. seronok juga berniaga jumpa ramai customer, wahh customer gitu. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. memang kalo kita rajin insyallah rezeki tentunya ada.



oh ya sempat promote lagi dress inspired by Najjah ada stock lagi. so sape yang suka mengenakan dress yang feminin malah sopan sebab full body lining dont worry tak perlu pakai inner. Hanya RM150.00. Regular customer boleh dapat harga special dont worry :)). mai call kakton hokkayyy :))


semoga KedaiKakton akan lebih berjaya lagi Insyallah. terima kasih pada pembaca yang pernah membeli dengan Hani ye, terima kasih atas sokongan anda.

jumpa lagi muah muahhh :))


2 comments:

fini zaini said...

go go hani...mmg nk mniaga ni muka kena tebal..tp kita cari rezki halal kelanttakkan

Hani said...

Tq fini :)
memang betul, nak malu apa bukan mencuri kan? hehe
good luck to you too :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...