Wednesday, August 19, 2015

Jom sembang sket :)

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update blog pasai masak-masak. Kesian korang asal bukak blog ni nampak muka Juma kikiki :) takde idea nak tulis walhal banyak sangat benda jadi kebelakangan ni hemm :(

Okay, dalam beberapa minggu kebelakangan ni memang diakui aku malas sungguh nak snap pictures. Masak tetap masak tapi tu la takde la bukti nak tunjuk kat korang ekekeke :) imagine je la lauk harian umah kakton yang biasa korang tengok tu, salah satunya lauk sardin kikikihhh :)

Malas dan letih. Yelah, bukan nak merungut tapi biasalah dah tua-tua ni cepat letih. Lipat baju 2 bakul dah sakit pinggang duduk lama sket. Sidai baju 1 loading dah sakit-sakit bahu amboi mengadanyaaa haha :) pastu rasa nak rehat2 ajer. Malas tu takyah citer, memang ai ni sokmo malas. Sebab tu asik tak jadi je nak buat open house masa bulan Syawal lepas. Asik kensel bila mikir ai ni pemalas. Nak masak nak kemas semua kena guna tenaga, tapi dah asik sakit-sakit badan maklum dah tuaaaa so kensel ajer la. Ai nak relaks-relaks aman damai je kat rumah hehe :) pastu yang ai heran sokmo dorang ni takde pun nak menjemput ai ke rumah dorang hemm :( tak aci la macam ni kann :)

Hoi melalut ni kata nak citer pasal masak-masak dah ke mana ntah hala nihhh haha :) macam nak meluah perasaan pun ia jugak ehh. Semalam Alya request nak makan spagetti carbonara. Nasib baik la bahan-bahan utama memang dah siap stock up kat rumah. Tinggal nak tambah 2-3 barang ajer lagi. Nak prepare senang kacang gilerrr so takdelah penat bahu ke tangan ke hahaha puihhhh :)

Jom le tengok cemana ghuper orang pemalas masak ngeeeeeee ;)


Tengok ni wajah kesayangan ai :) cinta hati mama dan papa. Ada lagi sorang cinta hati tapi dok bawah meja makan kikikikihh :)

Alya ni memang suka makan. Nasi or mee goreng memang dia makan je. Nasi berlauk pun dia suka dan pandai request nak makan lauk or sayur apa. Cuma tu la badan kurus sekeping kadang stress gak orang asik cakap "nape Alya ni kurusnya lahai" sedih hati mak ni tau. Walhal ai memang masak kat rumah, memang dia makan kadang makan nasi tambah 2 pinggan tau :) takpelah Alya sayang janji Alya sihat dan cergas kan :)

Hari ni kemain suka sebab dapat bawak bekal ke Iqra'. Selalu tu roti ngan susu or air sirap je. Esok dia dah request nak makan roti telur pulak. Alololo maknya sedaya upaya cuba buat walau kadang2 terlambat bangun hehe :)


Ni hidangan makan malam semalam. Tetiba teringin nak buat sambal kicap cicah ngan tauhu. Terasa-rasa kepedasan sambal kicap tercirit hahaha :) goreng ikan kerisi dan sayur bening bayam wahh memasing menambah makan malam tu Alhamdulillah :)


Okay sambung tadi mengantuk hehe :)

Ni ai tengah rasa geram sangat. Hubby kan masih bercuti sebab accident, tangan pun masih sakit2 lagi. Tapiiiiii dia dah sambar motor baru. Ai uruskan motor lama sebab nak jual then plan la kot nak beli 2nd car ke apa. Tu pun bukan sekarang la, tunggu betul-betul sembuh dulu sebab hubby MC sampai September tu pun ntah-ntah sambung lagi sebab bengkak dan belum pulih sepenuhnya eiii ni yang rasa geram sangat ni.

Sabtu minggu lepas gi settlekan geran motor lama sebab nak jual dah. Alih-alih dia siap booking motor baru. Sabtu booking Isnin motor dah selamat tiba di kedai hebat sungguh laki den ni tak serik-serik. Dia tak fikir kot perasaan ai ni yang berkecamuk bila tau dia accident. Ni nasib baik ai ni pandai drive ke hulu ke hilir kalo la ai ni semua harap dia memang pitammm :) pastu Khamis lepas gi amik motor tak menyempat-nyempat. Down payment motor tu yang ai tahu boleh buat dp honda city or vios baru hemm tau la duit dia kan tapi ai ni dah puas cakap. Dah bagi idea macam-macam. Alasannya tempat kerja jauh, jalan jammed, minyak dan toll. Elaun pun nanti habis ke situ je. Yelah faham semua tu tapi setiap kejadian mesti ada sebab dan ada solutionnya. Ni dah sambar motor baru nak cakap apa lagi ehh sabar je la kakton :(

Pastu semalam hubby mengadu tangan yang masuk besi tu bengkak. Bengkak laaa dah dia gi naik motor, tolak motor yang berat giler tu memang la carik pasal. Geram geramm ni sebab laki jenis degil. Kang nak dirotan jadi bini derhaka pulaks hehe :)

Okaylah, tu je nak luah. Geram tak geram takkkk :)

1 comment:

LZ - The Blog Owner said...

Salam Hani,

Uikshhh kata malas sokmo tapi jadi jugak spaghetti tu.. hehehehe. Alya mcm anak saya, mkn banyak tp badan x naik.. Takpe janji dia sihat kann.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...