Khamis lepas cuti hari pekerja. so dah cakap kat asben, I pon nak cuti masak hehe. lama teringin nak ke Shogun. rasanya last puasa lepas. 10 bulan dah kot hahaha. ni memang feveret spot la. antaranya. sushi memang fresh. salmon kesukaan pon banyak huhuhu. cuma kalo hari biasa ni takde spagetti aglio tu alalalala. kalo bulan puasa confirm ada. memang sedap. puas hati.
so asben kata alright lets go hehe ni tambah je. takdenya laki den cakap cenggitu. dia diam je sambil senyum-senyum tanda setuju hahaha.
lepas kemas rumah, cuci baju baru lah bersiap. dalam pukul 3 lebih kot. jalan jem ya amatttt ohoiiii apa la jem petang-petang ni. rasanya kat KL yang ada perhimpunan NO GST tu kan? ingatkan 1 Utama lengang je. rupanya sama sesak. adoiii .. tapi nak masuk parking senang banget. yang buat queue panjang tu maybe traffic light kot. ada 2 lane je pon, bersesak nak u turn pon kat situ juga.
dah la jom tengok abang hensem sushi ni. i lebiu hehehe. fresh. lupa nak snap yang complete dengan sos. yummiehhh
oyster. yang ni dengan cheese. yang atas tu tak silap 5 flavour kot sebab rasanya ada masam manis pedas tapi sedapppp .. hi gout hehe :) jangan lupa amik fresh salad. sangat mendietkan gitewww :)
untuk desert ada cup cakes yang sangat sedap, ada chocolate cake yang sangat lazat and Alya sangat suka. siap tapau haha.
selain dari makanan di atas, nasi pon ada. seafood memang banyak pilihan. sape suka makan unagi kat sini memang ada, lazat jugak. lamb chop pon hader. teppanyaki pon ada, just mix and macth.
so jika sesapa suka sushi ke seafood ke silalah ke Shogun, 1 Utama. kat Sunway pon ada jugak rasa. harga tak silap RM80/pax. kanak-kanak atas 4 tahun tak silap RM15/pax je. harga quiet pricey but berbaloi la sebab menu banyak. sape yang suka makan nasi dont worry sini memang ada nasi dan lauk-lauk yang sedap.
nak lagi sedap tunggu bulan puasa, perghhh confirm nak pegi lagi nanti :)
No comments:
Post a Comment