Tuesday, October 4, 2011

Kegilaan baru daku ..

Ye betul. selepas Tupperware, akak ada satu kesukaan baru. bukan setakat suka, suka giler youu .. kegilaan baru. sampaikan mata tak terpejam lena dok mikir menda ni. bayangkan, mata kelip-kelip lam gelap dok mikir nak pilih corak apa. tu time nak tido. belum citer camne bersemangatnya daku bergegas ke OU semata nak tengok yang real sebelum buat keputusan order kat dealer. sampaikan encek somi kehairanan, kepelikan apa kejadahnya gi OU semata2 nak belek pinggan mangkuk. semata nak belek corak yang ada. dah tu confused plak sampaikan encek somi bertempik sebab bininya macam org sewel bertawaf keliling rak semata nak belek corak idaman. haha giler akak. kalo betul giler, takdenya update blog kann?? hihi.

ni ler kegilaan akak sekarang. nak kata poyo? hishh takkan la pasal tayang pinggan dah dikata poyo haha. lainlah kalo akak tayang banglo 8 tingkat ke bentley ke baru ler poyo, ye tak?? takat pinggan je, yang menjadi kebiasaan untuk kaum wanita. bezanya akak ni baru menjadi peminat. before ni tak heran pon nak kumpul pinggan ke mangkuk ke tingkat ke. pakai je melamine murahan tu. tak pon pinggan yang angkut dari umah mak huahuahua ..

sejak dua menjak ni jer baru minat tu datang. maybe hasil dari pengaruh kakak2 kat opis kot. dorang memang dah lama mengumpul pinggan mangkuk yang aku rasakan mahal giler ni. dulu rasa tak sanggup jer nak beli 1 pinggan berharga lebih kurang rm60 hengget. giler mahal. maybe gak sebab dah makin berusia kot, makin matang org kata huhu. mula la kumpul sket2. antara yang menjadi koleksi awal Hani ialah Corningware and Corelle. skang tengah menambah set yang ada, beli yang loose item pulak. buat permulaan, Hani pilih set 16 pieces Country Rose. rasa cantik dan evergreen. ada banyak lagi corak lain seperti Kobe, Sakura, Pink Daisy, Country Herbs, Lily and banyak lagi.

jom tengok anak angkat baru Hani hihi .. opss Tupperware still my first baby angkat hokayy ..

2 comments:

terpatrisinarabadi said...

alang2 membeli biar berbaloi kan..boleh masuk avon, boleh panaskn atas dapor...mmg berbaloi

Zifa said...

kak beli set 16pcs brp ratus kat langkawi.. saya pegi hujung minggu lepas xbeli pon. pening.. laen kali je la... survey harga dulu

salam perkenalan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...