Friday, January 30, 2015

Al Fatihah!

Assalamualaikum

Jumaat yang sungguh banyak membawa erti kehidupan. Semalam, satu Malaysia rasanya sudah maklum tentang berita terkini. Kerajaan mengumumkan MH370 adalah satu kemalangan. I boleh rasakan terlalu ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dari kerajaan. I maklum hati dan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Takde perkataan yang sesuai disebut ketika ini. 

Teringat Fatin, yang pernah bekerja di ofis I. Ayahnya merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat MH370. Allahuakbar, I sehingga ke saat ini masih tidak berani mengucapkan apa-apa mahupun mengirimkan kata-kata semangat pada Fatin. "Semoga redha", "Harap bertabah", "Sabar banyak-banyak" yang ini??? Klise sangat. Semua senang nak cakap tapi yang menanggungnya??? So, biarlah kita bagi mereka ruang, bagi mereka masa untuk bertenang. Walaupun hampir setahun MH370 menghilang atau lebih tepat tragedi, namun semua ahli keluarga masih menanti dengan penuh perasaan - sabar-sedih-keliru. Terlalu banyak persoalan yang tidak mampu dijawab oleh kerajaan Malaysia sehingga kini. I takmo sentuh konspirasi atau plan kuasa-kuasa besar sebab itu diluar pengetahuan kita. Namun I berdoa semoga semua mangsa-mangsa MH370 sentiasa dilindungiNya walau di mana jua mereka berada. Mereka adalah mangsa dalam apa jua keadaan samada kemalangan atau konspirasi. Alfatihah!

Dan, I juga nak berkongsi tentang kehilangan seorang kenalan. Adik kepada kawan rapat I. Hari Rabu. Sekelip mata dia pergi menyahut seruan Ilahi. Allahuakbar. I terpaku, terkesan sangat. Sekelip mata. Meninggalkan 2 orang anak, yang kecil itu sebaya Aryan :). Allahuakbar.

Al Fatihah. Semoga roh acu ditempatkan dikalangan umatNya yang beriman Insyallah aminnn!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...