Thursday, September 18, 2014

Cuti yang sendu tapi makan tetap makan!

Assalam. 
seminggu tak update blog. biasalah kakton kan pemalas, ikut mood haha. korang ke mana cuti panjang lastweek? sabtu, ahad, selasa. isnin confirm ramai yang amik cuti, maklum sehari tersepit. sambung ke selasa. I memang cuti senin sebab nursery Aryan tutup. maybe dorang fikir parents ramai yang sambung cuti so alang-alang tutup je la sehari tu kan :) I okay ajer, lagi best dok rumah melayan budak berdua nihh hehe.

takde plan nak ke mana sebab asben kerja. memang tak boleh cuti sebab ada company trip ke Sydney Jumaat lepas so dia kena cover kerja colleagues yang join trip. tahun ni asben tak join trip sebab? percaya tak kalau I cakap dia takut naik flight?? macam kelakar campur bongok je bunyiknya kan?? hahaha serius wehhh dia takut sampaikan 3 tix kena kensel - bali, bandung, sydney. yada yadaaaa stress eden ni haaa nasib baik AA refund tix ke Bandung tu kalo tak melopong je abis semua burn huwaaaa :((

okay, dari sakit hati mikir tix yang burn pastu sakit mata tengok orang update kat fesbok dorang travel ke serata dunia marilah kita happy-happykan diri dengan makanan walaupon makanan sempoi je ponn hahaha :)

yang ni jumaat ke khamis lepas tak ingattt .. telur goreng kicap. gila tak gila ni lah lauk yang sempoi tapi sedap nak mampuihhh hahaha .. makan ngan nasi panas-panas wallaaaa ..


pastu pagi ahad ke selasa ke tak ingat, wayar banyak putuihh haha. ni masak nasi goreng. nasi goreng kampung yang meletup. buh lebih sket cili api tu, ikan bilis, telur sebijikk. make sure cili api bukan cili kering tau. sangat sedap tapi pedas kesian Alya bengang je dia hehe :) 


yang ni pulak sambal ayam. selasa masa cuti Hari Malaysia. dah lama tak masak sambal ayam. ikutkan cik abe ni kurang suka sambal-sambal ni. bagi dia sambal ni hanya di makan dengan nasi lemak. omaigod laki I sangat oldskoolll hahaha ampun bang hahahaha :)))


pastu yang ni semalam. masak dalam stress. sebab Aryan demam, batuk. dia takleh kena tinggal nak mengikut je ke mana mama pergi. nak masuk toilet pon dia sanggup tunggu depan pintu ayoyoyooo stress sangat semalam pastu dia asik nangih. I ni seriau dengar baby menangis terus hati jadik tak keruan. pasang gate kat pintu pon dia bantai menangis sambil gegar gate acaner nak masak dengan tenang?? masak je la apa yang adooo .. asam rebus kentang, goreng berlada ikan terubuk asin dan ikan kembung. sempoi kauuu tapi makan bertambah gak nampaknya cik abe tuuu ehehe ..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...