Assalam.
Salam Merdeka ke 57.
Di sini lahirnya sebuah cinta. cinta kepada negara. Ye saya bangga lahir sebagai anak Malaysia. Malaysia yang penuh bersejarah, berdaulat dan harmoni. semoga kemerdekaan ini akan terus dinikmati dikecapi sehingga anak cucu kita. apa pun pegangan politik, kita harus bersatu mempertahankan Malaysia. Merdeka!
So jom pergi bercuti. hehehe. last minute plan. biasalah, dalam family kami ni memang biasa last minute. ko rasa-rasa nak pegi Cameron, pergi je. pastu hotel penuh hotel cap ayam pon penuh padan muka kauu hehehe.
Sabtu, sebok berkemas rumah. basuh baju 3 trip. melipat baju 3 bakul penuh satu katil kat bilik bawah. pastu sambil tu sempat browse tempat2 yang best tapi semua full. asben keje, dia kata pegi carik tempat. itu perintah tapi dia tatau kita ni macam nak sress call sana sini semua penuh. suite je tinggal. ko nak bayar rm1200 semalam????? baik duit tu simpan tak pun shopping handbag baru kan??? haha.
kebetulan kawan asben, Rizal and Natrah pun sama tengah carik tempat mana nak pegi. I ni dalam kepala cuma terbayang Melaka. tak pun Morib Gold Coast. tapi Morib tu memang 100% penuh menangis merayu pun takde dah bilik. bilik air ada, ko nak?? hahaha. so cepat2 browse Melaka. terbayang seafood!
nasib baik ada 2-3 hotel yang masih ada bilik. Seri Malaysia, Renaisannce, Mahkota Hotel. Seri Malaysia? ok ada pool tapi kecik. ok takpe booking je dulu janji ada tempat. Renaisannce ada bilik lagi tapi pool tengah repair. alamak, niat nak bawak anak-anak mandi pool. plastic pool ada?? hahaha ok takpe meh booking je dulu. esok pepandai la decided. haha gila plan macam ni ye??
Ahad. gerak pun lambat biasalah melayu kan? haha. sempat singgah kenduri di Kajang. makan kenyang-kenyang kang jem satu hal plak. dalam pukul 2.30 baru gerak. Ikut highway LEKAS. sampai hotel dalam pukul 5.30 petang.
ini masa on the way. Aryan tido. anak-anak well behave Alhamdulillah!
ni dalam bilik hotel. kitaorang decided Mahkota Hotel, amik 1 apartment 2 rooms. pool besar. bilik pun ok.
ni kat living. okaylah, boleh bawak big family kalo nak ke sini sebab apartment ni selesa dan luas. ada pantry nak masak air, fridge, portable cooker. complete. tapi nak masak rendang ayam tak bolehlahh haha
ni pool view dari tingkat 9. macam seronok je kann?? tak sabar nak mandi hehe mak-mak yang excited mengalahkan anak-anak pulakk
malam, lepas maghrib bertolak ke Medan Ikan Bakar Alai. kali kedua ke sini. sebab dah banyak review kat sini lebih sedap lebih fresh dari Umbai Ikan Bakar. Umbai quite famous, tapi dah lama sangat pon boring jugak. kita try new place, not bad. kali kedua makan di sini, kami makan di gerai belakang, kedai warna kuning. boleh pulak I lupa nak tengok nama kedai walhal berjam tunggu makanan haha. memang orang ramai. malam ni kurang selesa sebab makanan lambat sampai pastu tak serentak pulak. kena tunggu lama. nasi pun dah sejuk huhuhu.
seafood malam ni around RM168.00.
ikan jenahak bakar. okay sedap.
udang sweet sour. boleh tahan.
sotong goreng tepung. ofkos sedapppp!! kakton bagi 6 bintang!!
seronoknya mereka kann!
balik dari dinner, terus ke Banda Hilir. wah meriah, memang ramai orang. Hard Rock Cafe penuh, nak tengok t shirt pon beratur arghhh tak koserr. ada XPDC buat live show. patutlah berjoget sakan orang kat hall tu.
ni Alya dan Raisha. sweetnya dorang ni naik beca tema Hello Kitty pastu takmo turun ahahhaha. tak koser nak abiskan duit takat naik beca keliling tu je. dah la orang ramai, bersesak-sesak. jom kita masuk Jonker Street!
Jonker Street (JS) lebih kurang Petaling Street jugak tapi Petaling Street lagi best macam-macam beg, baju, kasut branded tapi kat JS ni pelbagai barangan termasuklah mainan kanak-kanak, lukisan, barangan lama, makanan Cina, fotografi dan macma-macam lagi. lenguh kaki berjalan sampai ke hujung. beli pon untuk Alya dan Aryan, mama papa yilekkk hehe.
esoknya bangun awal sebab dah janji nak bawak Alya mandi pool. semalamnya tak sempat sebab check in pun dah lambat kan so hari ni confirm kena awal sebab dia dah berzikir dari subuh sepieeee hahaha.
ni budak bertiga yang jadi penyeri trip kami. sangat seronok tengok mereka happy je. so far semua in a good mood, Alhamdulillah senang nak control dorang. akan datang tatau la cemana hahaa.
okay lets take breakfast!
not bad. ada nasi lemak, bihun, rendang ayam, mee goreng, roti, western, bubur, waffle, salad. memang puas hati la breakfast kat sini. I amik sosej, cheese, ham dan kentang goreng - salad. sedapp!
yang ni untuk Alya. dia memang suka nasi lemak tapi kesian semalam takde ayam goreng, ada rendang aje. budak2 kan tak makan sangat sambal-sambal ni. pedas kot. tapi nasi lemak ni okay, not bad.
my princess yang tak sabar-sabar nak terjun pool. makan pun tak abis sebab hati dah ke pool je. pool tepi tempat makan je pon lagilah dia stress hahaha.
haaaa see, kemain suka. ye, skang vacation more to anak-anak. shopping list letak tepi. yang penting kids happy, mak pak more happier than. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak kan?
yang budak kecit ni alololo manja takutkan air hahaha. dok je la kat tepi pool rendam kaki je ye Aryan hehehehe.
hampir pukul 12 barulah naik ke bilik sebab pukul 1 dah nak check out. Alya memang susah nak naik, puas panggil, pujuk macam-macam. tak puas mandi kata dia. okay cuti nani kita mandi pool lagi ye Alya!
naik bilik, mandi bersiap semua. sambil pack beg. dorang ni tak penat-penat kot lepas mandi still main-main keluar bilik masuk bilik.
Alya, Aryan & Raisha.
lepas check out, terus ke Mahkota Parade. plan nak ronda Dataran Pahlawan. sambil cuci mata kat dalam mall, perut pun dah bunyik-bunyikk hehehe. so seret kaki ke Restoren Asam Pedas JR, ramai yang kata sedap so jom try.
Kari ikan jenahak, telur ikan, kerang bakar, cencaru bakar RM94.00. oh ya korang nanti sambil makan confirm ada budak amik gambau pastu dia print nanti dia tanya nak beli ke tak. RM15.00. disebabkan I nampak kurus dalam gambau tu so I paksa asben beli wakakakaka. ala RM15.00 je pun atleast dah siap print and frame. nak tunggu I print gambau2 nih tatau bila so beli je la. lagipun kan I cakap gambau I nampak kurus heheheh!
lepas lunch ronda-ronda dalam Dataran Pahlawan. nak shopping macam takde yang menarik je pun. baju biasalah sini pon banyak. hahaha tatau nape takde benda nak dibeli. bukan nak cakap la, kali ni trip more to lepak-lepak and makan. enjoy our holidays. shopping2 later pon boleh, senyum laki I dengar kannn ..
around 5.30 nak gerak balik. Rizal plan nak makan sate tulang kat area Ujung Pasir. tapi bila lalu sana gerai tu belum bukak alahai kesian ko dik. so kitaorang plan nak ke Alai semula. nak puaskan hati makan seafood. mesti orang tak ramai sebab semua dah balik kot hahahaha. memang betul pon. sampai sana parking pon lengang. wahhh bagus.
makanan pun cepat sampai. okay puas hati. order ketam bercili, ikan kerapu sweet sour, sotong goreng tepung yang sangat yummy, ikan pari bakar. okay gila sendat dah perut nih. memang confirm tak kurus kalo cenggini la gayanya trip asik makan makan makan jer hahaha :)
kali ni costly RM123.00 cun tak nombor nihh? ada amik otak-otak, jeli air kelapa pandan. murah jugak rasanya nih kan? murah dan sedap, kakton bagi 8 bintang!!!!
lepas dinner memang gerak balik KL. wahh ko jalan jem. so selamatlah mendapat jem ye haha. pukul 1 lebih baru sampai Shah Alam. tapi memang enjoyed sangat dengan trip ni. seronok tengok anak-anak happy. Alhamdulillah everything went well!
love you Alya, Aryan and Raisha too :))
2 comments:
nampak sgt aryan dh besau kan :)
Aryan cool. jenis x banyak mulut kot nanti hahahaha sian dia kena buli dek kakak ajer hehe
Post a Comment