Monday, September 8, 2014

Cerita hujung minggu :)

Assalam.

Hujung minggu yang agak sibuk. sabtu pagi-pagi dah keluar ke service centre. major service 40k hemm berdebar time nak bayo hehe. pukul 8.30 hingga 1 tengahari pitam mikir nak duduk kat service centre dengan 2 pendekar nih. nasiblah Julia sudi datang amik and bawak kitaorang keluar sementara tunggu kete siap.

oh ya sebelum membebel, nak jawab soalan Puan Suhailas Sudin yang bertanya berkenaan Smart Reader Kids. okay, sepanjang 2 tahun Alya school kat SRK alhamdulillah memang banyak improvement. dia pandai membaca since 5 tahun sambil mengeja. kalau suratkhabar tu dia dah boleh baca perenggan yang panjang-panjang in English and Malay. setiap pagi teachers akan buat reading session dengan student sebelum start class. spelling, grammar juga ditekankan, ada spell check setiap hari. bab mengira pula memang SRK beri penekanan untuk Matematik, congak dengan jari pon pantas. cuma sifir tu kena remind jugak sebab asik buat tambah, tolak ajer hehe. doa-doa ringkas seperti Al Fatihah, doa tidur, doa sebelum masuk tandas, doa perjalanan ext pun diajar - yang ni jika kita amik extra fardhu ain. 
Alhamdulillah Alya setakat ini perkembangannya boleh tahan - berdebar juga mulanya. cuma kita as parent kena check sekolah tu principalnya macam mana. kalo principal jenis yang memang jaga reputasi memang dia akan alert dengan semua module SRK sebab school ni franchise. sebab I pernah juga terbaca kat FB ada parents tak puas hati dengan Smart Reader sebab anaknya tak boleh membaca, mengeja even dah 6 years - asik main ajer katanya. tadika KEMAS pon dah improve sekarang dengarnya. 
so kena check jugak. sebab franchise ni bergantung kepada owner (principal). so far SRK Denai Alam module dan cara pembelajarannya boleh dikatakan bagus Alhamdulillah. teacher pun memang sentiasa inform parents, let say Alya tak buat homework, moody takmo participate in class semua teacher akan inform. so far have a good connection dengan teacher :) diharap2 Puan Suhailas berpuas hati dengan jawapan Hani :)

okay. semalam punya cerita. awal pagi dah siap masak. pukul 10.30 pagi wahhhh cik abe pun terkejut. dia masuk dapur tengok kakton ketang-ketung dia pun pelik.

cik abe: "nih masak awal-awal ni ada sesape nak datang ke?"tanya penuh kehairanan
kakton: "takde sape pon nak datang, saja masak awal sebab banyak benda nak kena buat kang"
cik abe:"nih mesti ada agenda nihhh"
kakton:"errrr camne tau plak nihh??"

hahahhaha tengok cik abe pon pandai baca hati kakton dahhh hahahhahaha. memang ada agenda tapi dah kena spoil dek cik abe yang pegi polish kereta pastu balik nak dekat Maghrib huhuhu :(((


jom ler Aryan kita main basikal kat luar. memang dah lama tak lepak-lepak kat laman depan. asalkan hari minggu je takde kat rumah. lama tak belek-belek pokok bunga. so mari kita lepakkk!

sambil menunggu papa pulang, Alya jaga adik sambil mama belek bunga, alihkan pasu. mana yang patut cantas ke buang ke. Aryan mula-mula je macam suspen je naik basikal. selalu dia pegang-pegang je takde sape nak bagi dia naik. hari ni keluarkan basikal Alya yang beli masa umur dia setahun - tahun 2009. lama jugak kan dan basikal ni masih kelihatan elok lagi. cuma color je pinkishhhh hehehehehehehe :)

nih papa dah pulang. Alya terus capai basikal, suh papa pulak handle adik hehe. adik muka masam jer nape dik? sian dapat basikal kaler pink so gegirlll heheheh :)) *takpenantipapabelibarukalerbiru* hehehehe


taraaaaa .. nih dah siap susun. ada pokok baru. ada yang lama. yang dah rosak, buang ajer sebab dah kering sangat. macam ada yang kurang je kan? ingat nak beli batu putih yang kecik-kecik tu tabur kat bawah pasu mesti cun kann :)) tunggu la 2-3 hari lagi kot ada kesempatan nak gi nursery. 

well, rasanya belum pernah tunjuk bahagian porch kan? hehe belum siap lagi. asalnya porch ni biasa je, takde tiles pon. 2-3 bulan lepas kot baru siap pasang tiles. tu pun separuh porch ajer. porch rumah ni tak silap berukuran 20x20. sebab rumah ni berukuran 20x70. ye ke? macam salah je nih hehehehe sorry nanti I check balik. so yang sebelah lagi ingat nak biarkan rumput je dulu sebab ada plan lain. kos projek pemasangan tiles yang berukuran 10x20 nih lebih kurang 8k. tak termasuk pintu pagar. pintu pagar baru je tempah maybe next 2 weeks baru siap. kali ni nak try gate aluminium campur besi. harga? nanti I update hehe.


ehh terjumpa frame gambau kat Melaka lastweek hehe. ni masa makan asam pedas kat depan Dataran Pahlawan. tengah makan ada budak datang tanya boleh ke amik gambau. dah agak dahhh :) then lepas makan dorang hantar frame nih tanya nak ke gambau nih. RM15.00 siap frame. since nampak kakton "kurus" dalam gambau ni so kakton suh cik abe beli hahahahhaha. lagipun RM15 je pon kang nak tunggu I gi kedai print gambau ntah zaman bila kannnn :))




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...