Monday, September 29, 2014

Alya; 6 years today!

Assalamualaikum ..

Hari ini Isnin 29.09.2014 Alya genap berusia 6 tahun. next year dah masuk darjah 1. ooh pantas sungguh masa. pastu masuk boarding school (maknya berangan tak sudah) pastu so onnnn :) 
Alya; anak mama yang keletah, bijak. bila bercakap kadang-kadang spontan je cakap something yang mama pun heran ntah mana dia dapat ayat tu hehe. Anak yang boleh diharap, boleh disuruh kecuali jaga Aryan hehe. anak yang bijak, insyallah :). tulis perangai yang baik2 ajer la, kang citer yang notti mama naik hantu juga kadang-kadang heheheh oh ye mama overdose puji anak sendiri err :))

semalam Ahad 28.09.2014, ada small party. memang tak buat besar-besaran pun. just jemput jiran-jiran dan kawan-kawan rapat. Alya takde best friend kecuali Hana, anak jiran sebelah. kawan-kawan kat school tinggal area lain so tak jemput pun. small but sangat meriah.


ofkos kek FROZEN. tak dapat sure ada yang menangihh guling2 mama janji nak order kek gini hehe :)


happy sokmo!


ni antara gift semalam. dapat awal pagi sebab kawan tu tak dapat datang petang, ada hal so dia singgah rumah sebelah pagi time mama tengah bersilat kat dapur hehe tq Cik Ann!


yeay party time!
pukul 3 dah start bakar-bakar ayam. mama teringin nak buat BBQ tapi takde kesempatan so time ni memang buat jugak. marinate ayam disebelah malam Sabtu. 


ni jiran sebelah rumah Hani, Sarina & Najmi. sangat-sangat banyak membantu semalam. yelah tuan rumah busy ke hulu ke hilir acaner nak bakar-bakar ayam ni kan hehe. marinate malam sabtu pon Sarina datang rumah membantu maklumlah 1st time buat kan, risau tak menjadi pulak. 


tempat bakar ayam pun pinjam kat dorang. hehe nak beli tapi dorang kata tak payah bukan selalu buat pon so pakai yang mana ada je dulu. tq jiran!


yeayyy menjadik! Alhamdulillah, sedap dan ramai yang puji. ehheehe silalah muntah kakton puji diri sendirik nih!


sos pun buat sendiri. senang rupanya. senang dan sedap. hehe puji lagi. bahan-bahan nak marinate pon senang. okay next time dah confident nak buat lagi. 


antara hidangan semalam. masakan yang mudah dan ringkas ajer. aglio olio seafood, spagetti, ayam bbq, salad kentang, cream puff. pastu ada la sweet, junk food, waffle. tu je. ringkas.


aglio olio seafood. hehe mesti korang perasan kan I selalu masak aglio olio lately. try and error. bila dah okay baru berani buat hehe. spagetti pun buat jugak semalam. Alhamdulillah habis licin!


salad kentang. pun buat sendiri. sedapp macam Kenny Rogers haha tak agak2 nak muji diri sendiri kakton oiii *baldi please*


 



ni cream puff, order saja. kakton tak reti buat. jujur nih!


kek Alya. seperti biasa, dah 6 kali tempah dengan kak Maiza. sangat serasi sangat menepati jiwa I hehe yg penting kek moist chocolate and fresh milk ni sangat sedap.


antara kawan-kawan yang hadir. ada yang dah kenal Alya since umur sehari lagi. bayangkan betapa rapatnya kami. tq auntie-auntie yang sudi datang every year birthday Alya! tq bagi hadiah jugak. tq uolss!





everything goes well. Alhamdulillah, cuaca pun okay, dah lepas majlis baru hujan. tq jugak abang ipar, biras yang sudi datang. even mama penat sebab buat everything sorang-sorang tapi puas hati sebab Alya said "thank you mama and love you" sebelum tido malam tadi.
hilang sakit belakang, sakit kaki, sakit tengkuk ehh semualah sakit hahahaha. nak buat sangat kan so silalah hadap segala kesakitan hahaha.

but, Alhamdulillah again dengan rezekiNya untuk kami adakan majlis kecil ini. rezeki anak-anak ni memang tak diduga, Insyallah tak salah kita berkongsi rezeki yang ada walau hanya sedikit kan? paling penting doa tetamu yang datang. tq sangat-sangat.

apa pun mama sangat happy bila tengok anak-anak pon happy. tak semestinya kena buat birthday ni tapi just for happy moment. atleast nanti dorang bila dah besar sure ingat moment indah ini sebab dulu mama tak merasa semua ni sob sob sobb touching makkk!

Alya, dah 6 years. moga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh. mama doakan anak mama ni sentiasa mendapat keberkatan dan dilindungiNya insyallah!


 


Alhamdulillah again!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...