Wednesday, September 10, 2014

Kedai emas Kuala Pilah??

Assalam.

Korang mesti busy carik mana port nak lepak weekend ni kan? maklum Selasa 16hb kan cuti, confirm ramai yang amik cuti Isnin dah alang-alang kan. Selasa ni cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.
I kena amik cuti jugak even belum ada plan nak ke mana. hahaha biasalah last minute punya orang kann hahaha tapi memang Isnin cuti sebab nurseri Aryan dah bagi notis awal dorang nak cuti huhu.

well, ada yang email and tinggalkan komen berkenaan kedai emas kat Kuala Pilah. I ni pelupa orangnya dah tu main belasah je plak masuk kedai so nama kedai memang tak ingat walhal berkali-kali pegi hehe. okay tu tunggu I carik resit barang kemas - kat situ ada nama kedai hihihi. so yang bertanya tu sabar ye uolss :)

yang I boleh update untuk hari ini ialah harga emas RM123/gram melalui FB Kedai Emas Lee Wah. kedai ni terletak di pekan Kuala Pilah jugak cuma I tak pernah masuk so just tengok kat online je. wow kedai kat kuala pilah pon ado fesbuk dahhhh so uptodate kann .. tapi memang memudahkan untuk kita juga senang nak check harga semasa. memang kat sana harga murah tapi korang janganlah fikirkan design-design yang meletop kebaboom macam kat Habib ke Tomei ke. design biasa-biasa aje tapi kualiti memang tip top. then jangan pulak cakap emas murah sebab emas tipu ke emas downgrade takde semua tu, jangan dengar cakap orang. I yang dah berkali-kali beli emas *angkat kening eksen sket* Alhamdulillah so far okay, emas memang berkualiti, nak trade in or jual balik pun diterima di mana-mana kedai emas. nak pajak pun boleh, pun dengan harga yang tinggi. so korang jangan risau, nak beli emas murah datanglah ke Kuala Pilah.

I tahu ramai yang nak beli cincin tunang, rantai emas anak, gelang kaki baby baru lahir, subang dan macam-macam lagi pendek kata wanita ni tak boleh dipisahkan dengan emas.

okay, nak citer panjang pun tak best sebab gambau takde. gambau resit kedai pun takde hehe. okay yang tu insyallah esok lusa kakton update yer. nak kena carik dulu resit-resit tu. I start membeli semula lepas rumah kena pecah abis gelang, rantai hilang huhuhu. so skang kena start kumpul semula. ralat sangat-sangat kalo diingat huwaaa :(( okay dah takmo citer kang sedih hati kakton :)

nih nak belanja korang gambau from my kitchen semalam. simple as that. biasa letteww :)





2 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

tu dia kakton, niaga emas plak la...hehhe...
aku dh lama x bli brg kemas...
bli emas syilling ada lah...heheee!!

Hani said...

hehe aku pun bukan hari-hari beli wehh
tapi biasalah cuci mata kan
pastu dok menggantikan yang hilang dulu. kurang2 hilang rasa ralat tu sebab frust jugak.

tapi emas ni tak rugi beli, memang boleh invest kalo ada bajet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...