Tuesday, November 6, 2012

Kurma daging, acar jelatah

Assalamualaikum :))
Dah 2 hari bekerja, cuaca sejuk aje. nak bangun pagi liat aje kan? haha alangkah bahagianya kalo setiap hari adalah hari Sabtu atau Ahad hik hiksss
selalunya dalam seminggu dua ini sewaktu balik dari ofis, samada hujan renyai-renyai atau lebat memenuhi sepanjang perjalanan. semalam rasa saya sedih dan kesian bila tengok seorang ibu muda menunggang motor dan di bakulnya ada seorang anak kecil mungkin berusia 3 atau 4 tahun kesejukan sambil menutup tubuh dengan baju sejuk. Ya Allah rasa nak berhenti untuk tumpangkan anak kecil itu. terbayang anak saya, Alya macam tu :(( *nangis* Mungkin ibu itu mahu bergegas pulang ke rumah dan tak menunggu hujan reda. kesiannya anak kecil yang kesejukkan. saya sedih tapi nak tolong bagaimana? nak berhenti untuk tumpangkan tapi motor ibu muda itu laju meredah hujan. semoga mereka selamat sampai ke rumah dan anak kecil itu sihat *sebak*

selepas mengambil Alya di rumah babysitter, singgah di kedai runcit. dalam kepala dah terbayang nak masak apa malam ni. malah pagi before keluar rumah, dah siap-siap turunkan daging dari freezer. so bila dah set dalam kepala nak masak apa, nak amik barang pon cepat aje. hujan masih renyai-renyai. perut pon mula lapar :)) sampai rumah, terus ke dapur keluarkan daging. sediakan bahan-bahan. Alya pula leka membelek buku mewarna sambil bercakap dengan "bear" kesayangan. sambil tu sempat juga perhatikan apa dia buat, mewarna buku sambil meniarap owhh comelnya anak mama :))

1 jam. nasi dah masak. kurma daging pon dah siap masak. sempat buat acar jelatah. sedap. dapur berbau harum dengan kurma daging. kalo tak dimasak daging yang disimpan sejak hari raya haji tu memang boleh jadi tukun hahaha. ikotkan jemu juga since raya ari tu semuanya berasaskan daging saja. tapi tak baik membazir kan? so masak kurma lebih sket, balance boleh bawak ke ofis keesokan harinya makan dengan ofismet plak :))


hemm yang ni masakan minggu lepas. baru teringat nak upload hehe. bubur daging. masa ni beria sangat nak makan bubur tapi sayur takde plak. kalo ada kentang, karot or brokoli memang lagi sedap. bubur ni saya masak ala-ala bubur lambuk. tumiskan dengan perencah sup bunjut ADABI. berbau wangi :)) then taburkan ikan bilis goreng, rangup :)) sedap dimakan ketika demam atau pon di kala hujan lebat kihkihkih


errr perut mula lapar bila citer pasal makanan :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...