Wednesday, November 21, 2012

Smart Reader :)

Semalam, dalam kesibukan kerja even terpaksa berkejar ke HQ, saya amik kesempatan juga singgah di Smart Reader Denai Alam (SR).

Rasanya inilah masa untuk buat keputusan untuk princess saya, Alya. memang dah buat survey pre school yang mana bagus untuk dia. antara 3 yang saya list down, akhirnya saya pilih SR.

agaknya ada juga yang berfikir betapa cerewet atau poyonya saya dalam memilih school ehh sukalah kan haha maklomlah anak pertama tambahan pula pengalaman pertama. memang gabra. ngelabah je tak pasal-pasal hehe walhal kindy je pon belom universiti lagik hehe masa nak register pon rasa nak menitis air mata *ngelabah*

semua parents mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan? ada ke parents yang jenis tak kisah nak hantar anak mana-mana school? asal tadika boleh je? rasanya takde kot. kalo ada pon maybe 1:10 rasanya. jadi, bila sebut yang terbaik semua terbayang betapa gahnya statement nih confirm kena cop poyo hehe.

saya mahukan yang terbaik untuk Alya jadi antara survey yang saya buat termasuklah module, schedule, aktiviti, pre school programme dan paling penting ianya bertauliah. antara aspek lain pula termasuklah location dan security. kalo ikotkan cerewetnya mak nih memang banyak lagi tapi tak semua boleh kita dapat jadi SR antara yang memenuhi apa yang saya inginkan untuk Alya. memanglah perjalanan hidup dia masih jauh tapi paling penting kita harus mulakan dari yang asas dulu. kalo yang asas pon tak kuat, macam mana yang seterusnya kan? ehh koser la nak bebel-bebel, kang kena cop poyo lagi hehe :)

kita berhak memilih jadi pilihlah ikot kemahuan, kemampuan dan kesesuaian kita. jangan sesekali kerana mahu bersaing atau tak boleh kurang dari orang lain atau membezakan anak si A, B sampailah Z tapi saya mahu Alya belajar sesuatu yang menjadi asas untuk dia, sebelum melangkah ke dunia persekolahan sebenar. masa depan terlalu mencabar dan kita tak tahu apa yang akan mendatang jadi persediaan awal diharap mampu membantu dia nanti menjadi pelajar yang bijak InsyaAllah :)

okay, berkenaan school fees rasanya hampir sama dengan pre school yang lain around 1.5k. Fees every 2 months RM640 means monthly RM320.00. fees ini termasuk kelas Iqra juga :) dan termasuk beg, kasut, uniform adalah percuma. waktu persekolahan bermula dari 8.00pagi sehingga 12.30tengahari. kelas bermula Januari 2013 sehingga December 2013. hemm nampaknya mak pak kena reschedule any program bila anak dah mula bersekolah even pre school aje pon :) no ponteng-ponteng ya mama eh mama plak :)))


tak sangka anak mama yang comel ni will be in school for next 2 months hehe semoga Alya akan menjadi anak yang rajin belajar dan pintar Insyaallah :))

1 comment:

zue said...

Salam Puan, boleh tak saya dptkan review untuk SR Denai Alam? Saya tgh recce utk anak saya...appreciate klu boleh dpt info dr Puan. Thanks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...