Friday, November 2, 2012

My living room; need a painting or deco?

Okay, dah abis entry trip Jakarta-Bandung-Jakarta 2012 :))
lega rasanya bila dah selesai buat entry tu. kalo saya tak godek2 folder and tak jumpa pictures semua tu rasanya takdelah excited sangat nak buat entry. ni dah jumpa, pictures plak kemain banyak. lagi pon saya tahu ramai yang cari info nak ke Bandung jika pergi buat yang pertama kalinya. maaflah jika info tu tidak lengkap maklumlah bila ke sana kadang2 tu leka shopping sampai terlupa nak mencatat apa yang patut. yang saya simpan cuma resit2 pembelian, resit hotel atau resit restoren. takpe next year insyallah kalo ke sana semula saya cuba dapatkan info lagi :))

ni nak sambung cerita tentang kediaman saya pula. hari tu dah letak picas bilik Alya dan ruang makan. kali ni nak picas ruang tamu. kesian tengok dinding yang masih kosong tu kan? oh ya living room  pon gunakan feature wall color yang sama seperti dining. macam bosan je kan? tapi saya ada baca tak silap kat website Eric Leong, hanya 4 warna yang sesuai digunakan di dalam rumah. so saya cubalah praktikan. 1 warna untuk dining/living/masterbedroom, 1 warna di bilik tidur Alya, 1 warna di bilik tidur tetamu/family hall, 1 warna di ruang dapur. so cukuplah 4 warna kan? saya kalo boleh tak mahu rumah kelihatan seperti warna-warni dah macam tadika plak. pilihan warna pon kalo boleh terang dan nampak ada gaya serta mewah. hehe poyo betol ayat kan? hahaha :) mewah tu bukan bermakna mahal ya kak mahhh :))



dinding ni masih belum dihias dengan lukisan, jam, cermin atau wallpaper. since dah cat cantik2 so wallpaper boleh dikeluarkan dari list. so skang memang tengah mencari hiasan yang sesuai. samada lukisan or cermin. seperti ruang makan, pon sama juga masih kosong. aiyohhh ..

saya teringin nak cari lukisan pemandangan tapi takmolah yang mahal-mahal sampai beribu hehe. yang cantik mata memandang dan tenang. sebut tentang ruang tamu kediaman saya, seronok juga mendengar tetamu memberi pujian bila dia kata "cozy ruang tamu awak" :)) hehe sekurang-kurangnya ada juga yang faham ruang tamu saya tidak berserabut atau banyak barang hiasan. hiasan bagi saya cukuplah sekadar menjadi penyeri bukan penyebab habuk atau penyebab rumah nampak berselerak. ini pendapat saya, jangan salah faham pula. ialah bila bekerja seharian di ofis bila pulang ke rumah, saya sukakan ketenangan. mata tak sakit badan pon tak tambah penat. kalo bersepah memang memenatkan, hilang mood. sekurang-kurangnya kediaman yang selesa mampu membuatkan kita seronok berada di rumah. rumah tidak semestinya memerlukan perabot yang mahal, hiasan yang beribu ringgit namun cukuplah selesa kaki memijak, selesa mata memandang. itu bagi sayalah :))


langsir dari Fella, saya beli ketika warehouse sale. saya memilih untuk memasang langsir yang di ambil ukuran lebih tinggi dari frame sliding door. senang cerita betul-betul di bawah cornice. memang tinggi; 10 kaki x 10 kaki. memang gunakan kain yang banyak tapi hasilnya, ruang tamu tampak luas dan tinggi :)) tengkiu Eric Leong. banyak panduan dapat bila selalu menonton program deko beliau :))

lastly, jika ada idea yang menarik, sila tinggalkan komen anda ya :)) kalo boleh rekemenkan penjual lukisan yang berpatutan, sila contact saya ye? tengkiu sayang semua ;)

2 comments:

sezenne said...

boleh tak saya tahu kod cat tu apa,saya sukala warna coklat mcm tu nmpk mcm mewah dan natural

Hani said...

tu cat Nippon. rasa ada letak dulu kod. nanti sy carik semula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...