Friday, November 23, 2012

Menambat perut suami?

Maaflah kalo korang singgah sini manjang je cite pasal makan, makan, makan sampailah kejung pon makan lagi. hehe konon ni bukti saya seorang yang perajin kah? owhh tidak. bukan setiap hari saya cite tentang masakan saya kan? kalo pasal makanan mungkin betul, tapi bab masak-memasak ni seminggu 2-3 kali kot. kalo terlebih dari tu mungkin sawan memasak hehe. tapi saya suka juga nak cite pasal bab masak ni, sekurang-kurang saya mencuba untuk menyediakan makanan buat keluarga kecil saya.

saya selalu membaca di mana-mana saja, tentang cakap orang tua; masakan pengikat perut suami :) ikat perut? ikat macam mana tuh? ikat guna apa? tali kah? hehe mulalah sawan tuhhh :)

tapi ada juga kebenarannya bila saya amati kata-kata orang tua tu. masakan isteri yang dimasak dengan penuh kasih-sayang insyaallah akan menambat hati suami walaupun masakan tersebut sederhana saja. goreng sambal ikan bilis sempoi pon kalo kena cara boleh buat suami makan 3 pinggan. bila dah kenyang, confirm dia kata syukur. syukur sebab kenyang dan syukur sebab isteri abang masak bagi abang makan. ehh faham ke apa yang saya cuba sampaikan nih? hehe tapi betul. saya tetap percaya dengan kata-kata orang tua yang penuh dengan maksud tersirat. tak rugi mencuba kan? rajin atau malas? mahu atau tidak?

setakat ini saya masih belajar dan cuba memasak makanan kegemaran suami setiap hari; kalo sempat :). walaupon saya lebih suka masakan simple tapi sedap, kadang-kadang perlu juga mencuba sesuatu yang baru. tak salah mencuba sesuatu untuk kebaikan pasangan kita kan? *hover*

well, yang kat bawah nih termasuk masakan simple saya. nak kata malas tu, tidak. sebab kadang-kadang ketandusan idea walhal selera nak makan macam-macam. asik-asik ulang tayang menu yang sama hehe. ni tak ingat masak bila rasanya Sabtu lepas kot. goreng kangkung belacan pedas-pedas dan ayam sambal simple :) memang simple sangat tapi berselera juga my hubby dan Alya makan. Alya kurang makan pedas cuma sesekali bila mamanya termasak pedas kena juga dia makan lepas tu bantai minum air hehe kesian dia. tapi bagusnya Alya tak memilih makan, janji dia kata sedap memang dia makan penuh selera. bagus, senang nak bawak ke mana-mana kan sayang?

 


jadi, kesimpulannya, sebagai isteri dan mak, saya seronok memasak hidangan buat keluarga walaupun hidangan tu taklah canggih mana, janji sedap dan berkhasiat. memanglah hati teringin nak masak ala ala Masterchef tapi kepandaian serta kekreatifan daku belum sampai tahap tu lagi huhu.

okaylah selamat memasak untuk keluarga di hujung minggu ..

jumpa lagi :) insyaAllah :)

with love,
Ain Hani ehh tetiba *perasan*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...