Friday, November 23, 2012

Breakfast kami ..

Dah lama nak tulih tentang bekal untuk hubby, Alya dan saya setiap pagi. tapi jangan salah faham plak. bukan everyday saya sempat nak masak heavy tak kisahlah nasi goreng sempoi ke bihun kosong ke. tu ada masa yang tertentu je, selalunya masa tu ialah masa RAJIN hehe. kalo masa MALAS? kim salam kihkihkih

okay, terus terang cakaplah, bila datang mood RAJIN, memang kalo boleh nak masak breakfast best-best untuk hubby dan Alya. tapi sebab selalu bangun lambat kihkihkih tak dapeklah nak masak. Subuh pon dah hujung-hujung ya Allah :( pastu Alya pagi-pagi suka buat drama, maka mood RAJIN terus bertukar kuasa 3 MALAS kihkihkih

kalo saya sempat masak, antara menu yang selalu atau acapkali jadi pilihan ialah nasi goreng kampung, bihun kurang pedas, mee goreng kurang hitam dan makaroni goreng sempoi. ini kira menu heavy lah, dah prepare bahan-bahan siap-siap malam sebelom tido, so pagi-pagi lepas subuh saya terus goreng aje. kalo tak sempat atau bahasa kasarnya MALAS, saya letak 1 kotak susu MILO mini + roti bun + buah + biskut Tiger dalam beg bekal Alya. menu ni dah jadi tetap pulak sejak 2-3 bulan kebelakangan ini since Alya suka makan skang. kadang-kadang saya bekalkan coklat untuk dia. MILO tu baru tahun ni saya bagi dia minum since dia masih menyusu botol, ANMUM langkah 4 :) tapi dia dah cakap semalam "next year Alya minum susu dalam car dulu pastu baru gi school" ooohh tau malueww ya :)

untuk hubby pulak, kalo takde bekal yang saya masak, dia akan minum MILO 3 in 1 FUZE yang complete with cereal sori gambo lupa nak snap, tengok je lah gambo dari google nih hehe. hubby bukan jenis cerewet so dia boleh je ngap biskut Tiger tu macam Alya jugak hehe. kadang-kadang dia pon bawak bekal biskut jugak, oh sweetnya my hubby :) tak banyak kerenah :) i love you sayang *hover* 

well, yang ni bekal semalam. baru lah sempat nak snap pictures beg bekal bagai walhal dah bertahun beg ni wujud hehe isi je lain-lain setiap hari. yang ni untuk Alya. beg bekal saya warna kuning juga cuma isinya besar lagi hehehe mamanya kan selera naga hehe saya selalunya bawak bekal lebih sebab nak share dengan kawan-kawan ofis :)


haa ini bekal yang saya masak semalam, nasi goreng kampung pedas sket ngan sosej goreng ngan minyak sket. petua untuk sosej cantik tak berkedut ialah sila goreng dengan minyak yang sedikit, 1 sudu teh. selain untuk kelihatan cantik tidak berkedut, ia juga untuk kesihatan kita. chewaahh .. tapi serius, memang saya goreng sosej begitu. lainlah kalo rebus, takde cara selain campak je dalam air panas kan? hehe. petua ni saya dapat bila dah banyak kali goreng asik kecut mecut je hii sungguh tak cantik. kalo terlebih rajin boleh grill, lagilah elok. tapi kalo nak lagi elok, rebus je kak kiah :) tu bab sosej lah.


nasi goreng kampung resipi saya ehh bukan ni resipi mak saya, Puan Hawa :) .. senang sangat. kecuali pemalas terus jadi susah ngehhngehh macam sayalah :). bahan-bahan? untuk 2 pot nasi; 10 biji cili api kalo nak tercirit boleh letak lebih, bawang putih 4 ulas, bawang merah 4 ulas. 5-6 ulas pon boleh, ikot suka. ikan bilis 20 ekor. kalo rajin kiralah, kalo saya main amik je, agak-agaklah haha. pastu ada sayur. suka ati, nak kobis or sawi or kacang panjang pon sedap. jangan letak pucuk ubi sudah. pastu telur 3 biji. nak lebih pon boleh, suka hati.

panaskan minyak. masukkan cili api, bawang merah dan putih dan ikan bilis yang dah siap ditumbuk guna lesung batu, bubuh garam sket. serius, saya boleh rasa perbezaan masak ni kalo guna blender dengan lesung batu. lebih sedap guna lesung batu okey. ehh kalo tak setuju takpe, saya ikot tekak saya sendiri :) hehe

dah tumis sampai naik bau, jangan hangit plak. kalo nak bubuh ajinomoto, tabur ler sket. masukkan telur tadi. make sure anda pecahkan telur-telur tersebut dalam bekas lain terlebih dahulu. takut dibuatnya telur tembelang, haa sudah hehe. lepas masukkan telur, kacau sket bagi rata. masukkan sayur kobis pulak. then curahkan nasi yang dah dipecah-pecahkan ketulannya (ramas), jangan masukkan keras kejung gitu tak sedap, tak cantik. gaul hingga sekata.

taraaaa dah siap. serius sedap (ikot tekak naga saya) hehe. simple kan? boleh tukar juga kalo nak buat nasi goreng cina, takyah letak ikan bilis, just letak telur aje and memang tak pedas. kalo nak buat nasi goreng kerabu, just letak hirisan serai memang sedap. cubalah kalo rajin :)

breakfast memang penting untuk kita memulakan seharian kehidupan kita. jadi timbul kesedaran lebih tinggi buat saya untuk lebih rajin menyediakan breakfast. cuma bila tang malas memanjat diri haaa memang takleh nak buat apa, makan je lah biskut kering, kejam kan? hehe

next year Alya going to school, saya dah dapat macam-macam idea nak bekalkan dia apa. even kat school nanti memang ada breakfast tapi saya dah teruja nak prepare sendiri untuk dia. hehe skang beria cakap teruja tapi bila dah sampai masa, nan hadoooo :) *harap tidaklah*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...