Wednesday, November 7, 2012

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum semua :))
Wahh dah macam blog makanan plak skang nih hehe asik cite makan itu makan ini. dah la musim hujan, perut cepat je berdendang sayang minta diisi. kalo time hujan, makanan panas-panas jadi pilihan. macam lempeng cicah sardin fuhh memang meletop. sedap. kena plak teh tarik atau kopi o, lagilah meletop ka babommmm :))
teringat Jumaat lepas, Alya berzikir kat telinga maknya ajak ke Giant. dia kan suka main berlari keliling playground sejengkal kera tu haha tak kisahlah mainan sikit ke janji dia dapat main. okay, sebab free tak kisah pon dia main sejam dua kat situ sambil maknya melantak kat food court.
Bayangkan dah masuk 9 tahun menetap di Shah Alam. selama 9 tahun juga selalu ke Giant Seksyen 13 tu tapi amatlah jarang makan di food court. bukan double standard. pernahlah makan or beli popia goreng or soto kat stall tapi tak explore habis apa yang ada kat situ. sehinggalah Jumaat lepas bila perut lapar dan menjengah hampir ke semua stall. pandang makanan semua nampak sedap. patutlah orang kabo, jangan beli makanan time kebulur, semua nampak sedap. kalo boleh nak hadap semua stall kihkihkih *gila*
mula nak order bihun soto seperti sebelum ni, memang sedap. tapi dah abis, maklom dah malam masa nih. so orderlah laksa penang dan mee kari. laksa penang tu konon untuk Alya, kalo tak abis maknya bolot semua kahkahkah pandai kan idea maknya :))
mee kari memang sedap, meletop. terasa karinya kihkihkih. laksa penang pon sama, kuahnya sedap. terangkat. bila letak kat facebook, ramai member yang komen memang sedap makan kat situ, dorang pon biasa makan. lagi kelakar member kat K Pilah pon tahu stall mana yang sedap. wei, macam mana aku boleh ketinggalan nih? nampak sangat selama ni jalan mendongak langit konon food court makanannya tak sedap kihkihkih padankan muka sendiri. lain kali tak cuba tak tahu kan? serius, tak rugi makan kat sini. harga pon reasonable. sangat berpatutan.
so sape2 yang suka explore bab makan-makan senang cite jalan-jalan carik makan, silalah ke food court Giant Seksyen 13 Shah Alam hihihi ni promote free je kak mah :))


yang ni pula masa jalan-jalan carik makan kat Kelana Jaya. member ofis yang beria mengajak makan  kat area sini. Fend Ikan Bakar, belakang balai polis Kelana Jaya. kalo tak tahu sila googles hehe. makanan kat sini femes dengan ikan bakar. ada keli, pari, ikan siakap, talapia. ayam pon ada jugak. memang sedap. ari tu Hani amik pari bakar. set pari bakar complete ngan nasi, tumis asam pedas, air asam dan ulam = RM7.00. memang sedap, tumis asam pedas meletopp ka babommmm sampailah guruh menyambar petir sabung menyabung terus hujan lebat padan muka basah lencun nak pegi parking amik kete kahkahkahkah :)) air pulak selain ABC ni, order jus tembikai. member order lychee mango, bandung soda. erkkk sedap semuanya. tapi minta maaf banyak-banyak, gambo nasi ikan pari lupa nak upload kihkihkih yang ada ABC ni je la. sila bayangkan ikan pari bakar tuhh :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...