Thursday, November 29, 2012

I'm craving sotong goreng kunyit :D

Salam
Sekejapan aje dah Khamis, esok Jumaat. alaaa kena tunggu Isnin baru dapat tengok Adam & Hawa *nangih* semalam MC sebab sakit gigi. dulu dah buat root canal tapi macam tak menjadi aje, gusi bengkak juga even dah berkali bukak tampalan, tampal, bukak tampalan lama aku tampar je dentist tu nanti hahaha nasiblah dentist tu hensem ala-ala model *hover* kalo tak lama dah aku naik hangen.

tapi, ahkak hover. MC tapi pegi merayap maklom dah telan ubat tahan sakit hihi. sempat pergi menziarah nurseri bunga kat Sg Buluh. hover tak? mengada namanya haha ai kan jenis tak sabar-sabar. nak hari ini kena cari hari ini jugak wakaka macam budak-budak kan? ah tak dulik :)

lepas dah settle misi mencari bunga idaman, terus balik sebab nak masak awal. malam lepas Maghrib ada janji ngan bestfriend. so masak awal then siapkan kerja-kerja tanam, alih and tukar pasu. ahkak memang semangat bab nih sebab kehendak hati khenn cuba orang suruh, tak koser :D

So semalam gi kedai acheh beli sotong. weh ahkak mengidam nih dah 3-4 hari nak makan sotong goreng kunyit. teringin mengalahkan orang ngidam ngandung 8 bulan kihkihkih :) so beli sotong. balik terus masak. serius tak sangka my hubby kata delicious *tipu* dia kata sedap :D.

simple but cukup perisa, cukup lengkap. sayur sume humban dalam tu sekali, jangan humban kangkung plak :D
sotong
bawang putih, bawang merah holland
cili besar
kacang panjang
karot
sos tiram

lumurkan sotong ngan serbuk kunyit dan garam
goreng sotong sampai empok, sila tutup kuali takut percik hehe
ketepikan sotong bila dah rasa empok, jangan garing nanti keras pulak
tumiskan bawang putih, bawang holland and cili besar
bubuh sos tiram sket, agak2 la kak
masukkan karot and kacang panjang
masak hingga empuk

siap

sungguh kacang senang kan? :D masak pejam mata pon boleh :D




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...