Assalamualaikum.
Menarik nafas panjang.
Semua sudah sedia maklum. Pantai Timur dilanda banjir. bukan seperti banjir-banjir yang biasa melanda pantai timur tetapi kali ini betul-betul di luar dugaan. lebih buruk, lebih teruk, lebih mendukacitakan. lebih sengsara. Allahuakbar.
Abah mertua I menetap di Kampung Temalir, Kuala Krai. paling teruk terjejas. seingat I, cik abe tak pernah cerita rumahnya dilanda banjir sepanjang mengenali dia. tak pernah. maknanya rumah di kampung tak pernah banjir. namun kali ini berlainan. abah kata air naik paras dada. last call abah hari Selasa petang. Abah sempat menyelamatkan diri berpindah ke belakang rumah - ke dalam hutan maybe :(
Rabu. I cuti sebab Aryan dijangkiti HFMD (hand food mouth disease) tidak membimbangkan cuma kena kuarantin di rumah risau jangkit kat budak lain pulak. okay we all stay kat rumah ajer. cik abe pun malas nak keje sebab tengok Aryan macam merengek ajer. so dia konon nak jaga boboy kesayangannya itu. sambil update banjir di kampung semakin teruk. mulalah dia gelisah memikirkan abah.
malam. ada kawan/customer I yang stay kat Denai Alam hantar whatsapp berkenaan bantuan untuk mangsa banjir. terus share kat official office group. Alhamdulillah sangat-sangat terharu dan terkedu. sepantas kilat boss-boss, kawan-kawan offer sumbangan, petty cash dan personal. pukul 10.30 malam dorang dah siap belikan barang-barang. Allahuakbar.
I dah decided nak hantar air mineral so tunggu dorang update pukul berapa nak hantar sumbangan yang dah siap dibeli. then ada kawan yang berniaga bundle - pakaian. bagi 4 beg plastik baju-baju. Allahuakbar!
esoknya, Khamis. Hari Krismas. pagi-pagi kami dah bersiap. nak pergi seawal yang mungkin sebab hari ni banyak agenda nak dilunaskan. Alhamdulillah seawal 10.00 pagi kami dah sampai ke tempat pengumpulan barang-barang sumbangan.
Organizer inform barang-barang sumbangan akan dikumpulkan di Taman Melati, Gombak. Mereka kena tunggu laluan ke pantai timur pulih baru bergerak ke sana.
Apa pun, I berdoa semoga banjir semakin surut. Apa yang terjadi ada hikmahNya.
Kita berdoa semoga semua mangsa banjir sentiasa dalam lindunganNya, Insyallah!
** rumah kak ipar di pekan Kuala Krai, Tangga Krai dihanyutkan air deras. Allahuakbar, besarnya ujian ini.
*** abah lost contact. bersangka baik mungkin henpon kehabisan bateri or pencawang Maxis lost contact.
No comments:
Post a Comment