Assalam
Bertemu kembali dalam rancangan masak-masak bersama kakton. hehe biasalah kalo korang singgah blog nan satu ni, confirm nampak makanan ajer. samada gulai kampung or lauk sempoi mesti ada. sempat atau tidak jer bezanya. minggu lepas I busy dengan booth, mencari rezeki anak-anak cewaaah hehe :)
balik dari booth dah penat, tapi tangan tetap tak duduk diam masuk dapur jugak. masaklah apa yang ada. paling senang paling mudah paling cepat. apa saja.
kebetulan ada beli salmon, siakap, tongkol. so mari kita tengok apa yang sempat dimasak dengan ikan-ikan ni. haaa baru teringat minggu lepas ayam lansung tak dibeli. okay minggu ni kena beli ayam, daging.
yang nih gulai ikan siakap. first time I masak ni. selalunya stim or masak 3 rasa order je kat kedai kan. kebetulan salmon dicuri kucing di tepi tingkap huwaaaaaa 4 keping salmon berharga rm18.00 kucing makan suka hati huwaaaaaaaa :(
so masak gulai ikan siakap. buh cili extra sket. oleh kerana ikan ni jenis isinya lembut so I masakkan kuahnya dulu. dah masak kuah mengelegak 2 kali baru masukkan ikan, pastu asam keping dan cili besar. oh ya yang ni saya tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit. bagi manis-manis kuahnya. mula tu cik abe cakap "mana sedap ikan siakap digulai"
then I cakap "tak cuba tak tahu, cuba rasa dulu"
wahhhh memang sedap, isinya lembut lemak. Alhamdulillah :) so uolss boleh cuba ya :)
yang ni siakap stim. oleh kerana pengukus saya serba comel macam tuannya maka kenalah kerat dua ikan tu hehe. I letak sos tiram extra sket pastu serai bawang putih bawang holand. buh sket lada hitam. boleh tahan sedap kata cik abe :)
lastweek pun I sempat masak sambal sotong buh petai. teringin pulak tekak ni. carik sotong yang besar-besar pastu cari petai tapi petai macam kecut je, dah lama kot. takpe janji ada. pun sedap hehe matiklah puji diri sendiri jerrr :))
No comments:
Post a Comment