Tuesday, December 23, 2014

Big Bad Wolf 2014

Assalam. 

Dalam kesibukan sempat juga I bawak Alya ke Big Bad Wolf Jumaat lepas. plan dengan bff Julia nak pergi Sabtu nak bila difikirkan confirm orang ramai so kami gerak Jumaat malam dalam pukul 11. gila dah lama tak buat kerja keluar lewat malam ni hehe tambah-tambah dah kawen ni kann hehehehe :)

sampai BBW dalam pukul 12 tengah malam. amik ko jalan nak ke sana jammed. tetengah malam pun jammed???? dah la tersilap simpang terpaksa pusing 1 round hehe. ni 1st time pergi tu yang tercongok-congok tengok jalan dah tu hari pulak gelap main belasah je tengok signboard. pastu dengan bijaknya lupa nak charge henpon full battery ahhaha nak guna waze pun gigil-gigil loading kehkehkeh :)

so bila dah selamat parking - ni nasib baik parking pun tak penuh nasiblah sangat -

masuk je dalam BBW ni waaaaaaaaa ramainya manusia. ada jugak parents yang bawak baby macam baru lepas pantang kot. alalala siannya baby tu, kecik-kecik dah kena berjaga malam. tempat ni kejap sejuk kejap panas. rasa macam tak sesuai nak bawak baby kot. tapi yang boleh dipuji tempat ni luas, nak sorong stroller bagak okay jerrrr :)

Alya dalam kereta tadi tido, sampai sini mata segar-bugar. punyalah excited tengok buku-buku yang melaut. haaa pilih pilih mak bagi chance ni. buku-buku kulit tebal yang biasa beli RM23++ above semua jadi RM6 or RM8 so apalagi amik je la nakkk :)

maknya gila novel. biasa beli RM19 - RM 28 karangkraf/prima kan? sini RM5.00. apa RM5.00???? okay amik 10 masuk bakul - sambil hembus kuku :) kikikiki


Big Bad Wolf yang jadi pujaan ulat-ulat buku. I dah lama plan nak datang sini, tahun ni baru berkesempatan. tu pun cik abe tak ikut, dok rumah jaga Aryan. dorang tengah tido lena kot masa kitaorang excited carik dan pilih buku ehhehehe. kalo ikutkan hati ni rasa nak balik esok ajer. hahaha boleh jer tapi kang ada yang mangga pintu rumah acanerrr? ko tak reti-reti nak balik kak?? haha


ni sempat bergambar masa nak balik. pukul 3 pagi boleh jer ceria macam ni hahaha :)

   

okay, kesimpulannya memang berbaloi ke sini. novel, buku masakan, buku motivasi, buku panduan hiasan rumah, landscape, menjahit, mendeko semua ada. cuma buku cerita nabi-nabi or kisah rasulullah tak banyak. I berangan nak beli kalo ada siri nabi-nabi yang kulit tebal tu. kat luar dalam RM49.00/sebiji. kat sini kalo murah bolehlah beli banyak. tapi malangnya takde huhu :(

Belikan Alya buku-buku bacaan. memang banyak. puas hati. I nak didik dia suka membaca dari kecil. kat biliknya pun ada bookshelf yang dah hampir penuh. walau sehari cuma 2 muka surat pun takpe, janji dia membaca :) I teringat kat mak yang masa kecil suka belikan newspaper, hari-hari kena baca tak kiralah news apa janji membaca.

cuma tu la bila kat sini macam tak boleh cover semua. macam tak cukup masa. ikutkan nafsu naga ni semua nak angkut. nampak buku masakan rasa nak amik. nampak buku cara-cara menanam bunga pun nak hambik. nampak novel amik. nampak buku home sweet home yang comel pun nak amik. 

nasib baik I sempat sorting mana yang betul2 nak beli. sebab si Julia terlupa nak cash out sekali kat kaunter tak boleh guna credit or debit card. maybe sebab dah over midnight kan. yang I cuma bawak cash around RM300.00. so I sorting elok-elok buku yang nak dibeli. Julia around RM140.00 kot. I punya dalam RM150.00++ okaylah ngam-ngam ajer. 

oh ya resit pembelian jangan lupa simpan untuk tax payer hokkay!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...