Tuesday, December 16, 2014

My family trip - Bayou Lagoon Resort, Melaka

Assalam.

Seronoknya anak-anak sekarang masih bercuti sekolah. Ada yang berkesempatan bawak anak-anak bercuti ke luar negara main salji. Korea-Switzerland-London-Australia antara destinasi menarik. I mampu bayangkan ajer la buat masa sekarang bilamana mengenangkan harga tiket kemain mahal. time AA buat free tix pun tak sempat nak grab. melopong je tengok orang lain ke over the sea huhu :)

takpelah nak, jom kita holiday kat dalam negara je, yang dekat-dekat sudah. pastu dapat plak mak pak yang suka last minute decide nak ke mana lagilah horror hehe. suka last minute adoi cemana la plan kitaorang ni. nasiblah ada juga tempat nak pergi lastweek. Khamis, Selangor cuti sempena besday Sultan. Hepi Besday Tuanku!

so ada rezeki dan kesempatan bawak anak-anak ke Bayou Lagoon Resort di Melaka. Melaka je pun, 2 jam dah sampai hehe. tapi seronok tengok Alya excited nak mandi pool. ada theme park jugak. 

kali ni kami gerak awal dari rumah. pukul 11 dah selamat memasing dok dalam kereta. so perjalanan pun smooth ajer, jammed kat highway Nilai. tu pun sebab tengah repair jalan, kalo tak jalan pun lengang jer. berhenti lunch kat RNR Ayer Keroh, solat Zuhur sekali. pastu sambil tunggu papa, sempatlah singgah kat Al Ikhsan. konon nak mencari kasut Aryan, kesian dia ni memang mama selalu lupa nak belikan apa-apa. so misi mencari kasut. jumpa size dan color yang sesuai okaylah sambar je la. Kata sales tapi rege still 80++ jugak choiii :)

hello hensem boy mama!


suka la tu dapat kasut hehe. kat hentian RNR pun boleh shopping mak kau nih hahaha :)


nah ADIDAS made in Vietnam RM81.00 ehemm :) sale konon :)


dari Ayer Keroh nak ke Bayou Lagoon ni dalam 15-20 minit dah sampai. Bayou Lagoon Resort ni terletak di Bukit Katil. nak ke Banda Hilir pun boleh lalu kat sini, shortcut. sebab ikut kat jalan biasa kat depan MITC tu jammed kemain. so ada shortcut lalu Bukit Katil korang boleh terus ke Banda Hilir dalam 20 minit ajer - kalo tak jammed.

sampai ke Bayou terus gi check in. memang ramai orang tengah turn nak check in. maklum cuti sekolah. pastu mesti orang Selangor pun ramai turun sini. nasiblah kak Aziah, my bff sampai awal dia dah amikkan nombor siap2. tunggu dalam 15 minit baru sampai turn. tunjuk bankslip yang dah siap bayar and dapat kunci bilik. papa dah siap-siap panggil bellboy nak angkut barang2 yang berlambak macam lari dari rumah hehe :)


kami pilih studio room. okaylah, bangunan baru, bilik pon baru. wangiiiii :)


jakunnya kakton amik gambau toilet jugakkk hahahaha :)


waaahh ada tingkap jugak antara toilet dan bilik gituuu .. jakun tak jakun tak hahaha :)


yang ni pantry, ada mini fridge, kettle, cawan, gelas sama seperti hotel lain jugak. yang takde dapur gas je, kalo tak boleh jer merendang ke masak gulai ke hehe :)


hari pertama, check in pun dah pukul 3.45pm. so masuk bilik kemas beg baju dan susun makanan ringan. pastu kak Aziah yang kebetulan bercuti kat sini juga cuma berlainan floor ajer, dia call ajak turun makan. Papa bawak Alya ke pool sebab budak tu dah merentan-rentan nak mandi jugak. mama dan Aryan lepas bilik kak aziah sambil makan nasikkk hehe :)

malam takde aktiviti sebab pool tutup pukul 7 malam. lepas makan, sembang-sembang. hubby tengok bola Vietnam vs Malaysia. 4-2 nasib baik menang kotidak pekak telinga dengar orang kena maki haha :) malam Aryan pula bantai menangis tiap sejam. rupanya dia selsema tak boleh tido. maknya terlupa nak bawak minyak telon ngan ubat selsema. hubby turun carik vicks. nasib baik ada. baru la lega sket Aryan and tido lena lepas tu. acaner nak mandi kolam ni Aryan???

esoknya. lepas breakfast roti yang memang dah prepare awal-awal baru turun mandi pool. oh ya kali ni memang takde breakfast sebab guna voucher. boleh jer nak breakfast bayar sendiri tapi memasing malas nak turun. pastu roti canai pun ada yang sediakan wahh heavennya holiday nih hehe :)

kami turun pool sekali dengan kak aziah and family. wahhh ramainya orangggg .. Alya takyah citer, dia memang excited masuk pool. terjun tiruk, terjun gelongsor, tinggi rendah semua dia main. mama dan Aryan dok kat pool cetek jer. Aryan dah start selsema so tak berani nak bagi dia main air beria. kang mama juga yang tensen memalam hihi.

ni time baik elok jer pegang-pegang tangan si adik. sebab excited nak turun pool. mood tengah baik time ni hehe.


Mama loves you sayang, be a good girl!


my happiness!




tengokkkkkkk budak excited!


si kecik ni pun excited gak even kat pool yang cetek. main la dia sensorang tergolek, tertangkup tertonggeng heehehee mama perati jer kat tepi. 


hampir pukul 1 baru memasing nak naik, dah kelaparan dah mengantuk dah sejuk. mama pun basah juga, excited juga berendam bergilir2 dengan papa. okay jom naik rehat2 dulu.

pastu dah lunch terus memasing tido. bangun2 tengok jam pukul 5 petang. plan nak bawak Aryan ke klinik sebab selsema makin teruk bersin batuk semua ada. 


bawak Aryan ke klinik. nasib baik jumpa klinik kanak-kanak. service pun ok. lepas jumpa doctor, amik neb. then terus gerak ke Alai - nak makan seafood. bila toleh ke seat belakang tengok Alya & Aryan dan sambung tido. haaaa penat la tuuu main air siang tadik.

Alai. kali ke 4 datang sini. prefer sini dari Umbai. maybe sebab tak ramai orang, ikan pun fresh. harga pun okay. kami makan di gerai yang sama - Alaaa .. Kasim. kalo uolss nak pergi sana, cubalah gerai ni. malam ni kami order ketam bercili pedas berapi, sotong goreng tepung dan ikan siakap stim asam boi. Alhamdulillah sedapnya, berbaloi datang jauh-jauh semata nak makan seafood.



balik pun dah lewat malam. sambil jalan-jalan bandar Melaka amik angin pastu balik hotel. esok last day. Alya dah pesan nak turun pool awal pagi. amboi kemain ko yer, suka benau berendam.

esoknya, papa bawak anak-anak turun mandi pool. dah janji pukul 11 kena naik bilik. mama kemas barang-barang sambil bersiap. kena gerak awal sebab orang ramai, kang jalan jammed.


papa cakap kemain seksa nak ajak dorang naik, nak jugak sambung mandi pool. tak puas-puas terjun tiruk. ok ok doakan mama murah rezeki nanti mama bawak datang lagi ye!

ni anak dara I, Alya Nur Zahra. hitam legam 3 hari dok berendam dalam pool.


dorang ni masuk kete je confirmlah tido. samada letih, kenyang or mengantuk. aman sikit hehe.


papa suggest gi carik coconut shake yang femes tu kat Pantai Klebang so jommm. cari-punya-carik sambil tu singgah beli pisang cheese. erkkk tak bolehlah masuk tekak. nasib baik RM5 jer pastu nasib baik lagi sebab ada beli pisang takde cheese hehehe :) im not into this laaa :)


haaaaa nasib baik waze bagi direction yang betul. jumpa jugak gerai coconut shake ni tapi manusia yang datang punyalah ramaiiiiiiiiiiii beratur kemain panjang. cik abe yang pergi beli I tunggu dalam kereta ajer sebab budak-budak tido. cik abe beli sampai 5 bekas hahahaha yelah berbaloi la kot beratur 45 minit beli lebih sikit kan. takat 2 gelas je memang buat letih kaki jer berdiri lama-lama.

my komen is - memang sedap!


okay, our holiday 3 hari 2 malam di Melaka berakhir sudahhh. seronok sebab Alya dan Aryan excited, memasing semua mood baik kecuali Aryan meragam sikit sebab selsema. cuaca pun bagus tak hujan panas biasa-biasa je. Alhamdulillah atas rezeki kami sekeluarga.

see again!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...