Wednesday, December 3, 2014

from my kitchen; salmon asam rebus gitewww!

Hai :)

Minggu yang agak busy. dari Jumaat lepas busy ngan booth di Intan, pastu di Denai Alam Sales Gallery. pastu di SIRIM pulak. bersyukur di atas rezeki dariNya ini. 

busy cemana pun tetap kena uruskan rumahtangga. berkemas kain baju yang berlonggok tu nak dibasuh, dilipat. huwaaaaaaaaaaa sangat mencabar bila nak buat tasks 3 in 1 ni huhuhu nangissss :(((

masak tetap masak jugak. macam biasa, masak yang simple yang senang. janji dapat mengisi perut anak-anak dan suami cewaahh ..

semalam masak asam rebus salmon. lastweek pun masak jugak. Alya dan Aryan makan berselera jer. so confirm sedap, boleh dimakan. sebab ada yang macam pelik bila cakap masak asam rebus salmon ni hehe. nangih omputeh kalo diaorang tengok kakton masak salmon gini hahahhaa :)


pastu si puteri hati banyak kali sebut nak makan sayur bayam ke petola ke kangkung ke so masa gi kedai acheh tu dok la belek-belek petola. buat sayur air buh suhun ngan udang kering sedap jugak. Alya makan bertambuh, suka sangat tengok dia makan. bagus, tak penat mama masak hehe.


pastu Isnin lepas masak sotong kicap. sotong pulak kecik-kecik ajer, beli dalam sekilo. sebab kecik pastu mengecut dapatlah 1 bowl size sederhana besar ni. sotong ni kegemaran cik abe. tapi lagi prefer masak singgang katanya. cuma sesekali tukar selera pulak kan.


hari nih tatau nak masak. ikan tongkol ngan ikan siakap ada dalam esbok. hemm ni tengah berjalan ke sana ke mari mencari idea. sambil tu terfikir gak, selfish tak kalo I tak masak semata sebab I nak diet? 

wakakakakakaka ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...