Tuesday, October 28, 2014

Jeruk asam boi epal hijau :)

Assalam. 
tak sabar nak kongsi cerita nih hehe

skang memang tengah viral kat fesbok pasai jeruk asam boi mangga waaa .. memang terliur bila menengok gambau waaa .. lastweek dapat order 1 bekas RM14.00 dari kawan kat Puncak Alam. sedap jugak. kira puas hati la makan sebekas tu sorang2 hahaha.

semalam tak menahan bila tengok lagi kat fesbuk. ramai juga yang buat bisnes jeruk asam boi ni rupanya. tapi kat area Denai Alam macam takde je yang jual. kena COD bagai. aah tak kuasa hehehe.
so balik kerja semalam terus gi kedai carik buah mangga. 3-4 kedai carik semua mangga abih. amboi korang ni pun buat jeruk jugak ke? hehehe

so lastly beli epal hijau. boleh jer buat asalkan buah yang masam-masam gitu. beli 7 biji epal hijau, asam boi 1 paket. balik tu terus siapkan bahan-bahan. memang sangat mudah. rajin atau tak ajer hahaha. jom I share cara nak buat hehe eksyen plakkk. takdelah atleast kita boleh buat sendiri jer sebab lebih fresh dan puas hati.
Bahan-bahan:
1. epal hijau
2. asam boi 
3. cili api ikut suka. nak pedas letak lebih.
4. gula lebihkan sket dalam 6 sudu teh
5. garam sedikit ajer

buang kulit epal. cuci bersih-bersih dan toskan. gaulkan dengan asam boi, cili api, gula dan garam. simpan dalam esbok semalaman. sangat sedap dan rangup.




 


haaaa yang ni gambar pagi tadi lepas semalaman dalam fridge. fresh. krup krap krup krappp bila makan tapi yang ni versi pedas sket hehe.

cubalah!


1 comment:

jerukmanggaasamboi said...

Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

Ada 2 saiz bekas :

Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.

★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas

Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...