Wednesday, January 16, 2013

Sehangat Asmara katanyaaa .. :)

Tora datang lagiii yeayyy .. mari kita kembali ke mesin masa silammm .. kita kembali ke hari Isnin yang lepass yeaaa .. giler. :D

ni nak cakap entry backdated jugakk. kesian. semua dah basi baru nak update wakakaka. tapi kat FB, Instagram memang dah letak. so kalo korang rasa-rasa nak info terkini sensasi tidak basi sila add I ok. FB Hani Azhar, Instagram - haniazhar. sila silaaaaa *kalo fb sila tinggalkan message kat pm yaaa* huishh kesian macam lah femes bebenor ahkak nih ya uhuk uhukkk

Isnin lepas, sempat mengular ke Seksyen 7 Shah Alam. sana kan dah jadi Jalan TAR kedua rasanya. gile penuh kedai kain baju tudung kain ela butik branded segala bagai kat sini. kedai jual mak ayah nenek atuk anak-beranak je takde. kalo hader, ko nak beli ke? gile. hahaha :)

memang tujuan nombor satu nak carik tudung. I ada dinner Jumaat ni di KLCC. bukan KLCC twin tower tu. Kuala Lumpur Convention Centre kakkk .. so tema Glam Rock. mati berpinau memikir cemanalah gayanya Glam Rock untuk femfuan gemok macam I. nak pakai baju apa? tudung lilit terbelit leher atau tudung kak limah balik kampong? tak mati nak mikir? gile. wehh hadiah best dress seribu kauuu .. so ramailah yang berpinar cari idea nak pakai baju paling afdal dengan tema, harus. kalo tak menang, takpe. menang lucky draw grand prize RM20k pon dah kira okay *sambil angkat kening sebelah* giler :)

so I ngan Jay, my ofismet terus gi Pearl Haya, my feveret shop for tudung. masuk selamba je macam kedai tu ada share mak I haha. sekali dengar orang bergaduh. ehh tokei gaduh ke? hishh ni yang I malas nihh. tapi kaki dah melangkah laju je masuk kedai. selalu pintu kena tekan bell, tapi kali ni sekali tolak je dah terbukak. masuk je la sambil lenggang mak limah. tu kan kedai mak I hahahaha. pastu barulah nampak ada kamera, ada script reading, ada set, ada lampu. semualah yang berkaitan dengan shooting. pastu kami pon jalan muka konfiden je maklom kata ada share kan hahaha. dorang senyum je pandang kami nih, maybe ingat akak tipah ofis sebelah kot haha.

sambil pilih tudung, cari yang sesuai ngan tema, terdengar dorang start dialog. jeling-jeling baru nampak ohoo Dian P Ramlee ngan Izreen apa ntah tengah berdialog. tapi I takdelah pandang beria. kang dikata jakun hishh tak koserr :D. suh staff situ tolong snapkan picas pon ala-ala segan je. jadilah ada juga bukti I kat situ tengok dorang shooting drama yang dikatakan bakal hits "Sehangat Asmara" hehe *ko hader* sambil selak tudung :).



Paling kelakar bila nak pilih tudung tu, I tanya ngan sorang budak nih. Memang dah biasa shopping sini so tau, staff selalu pakai tudung yang sama, seragam kot.

Myself: Dik, yang ni I nak guna 30% membercard boleh ke?*tanya sambil tunjuk ke arah sehelai skirt velvet*
Anon: err tak tahu la saya kak. saya ni pelakon drama nih. *muka dia dah merah. tatau marah ke malu ke kat I*
Myself: pelakon? Errr sorilah ingat kerja sini, tudung pon sama *sambil eyes rolling 12 juta kali* sumpah tak penah tengok muka budak nihh yang dikatanya pelakon. ke I yang buta seni hehe. sori dikk :(

So, dapat sehelai je tudung. tak syok nak memilih, nak try, nak test sebab dorang tengah shooting mana bleh bising-bising. hishh tak kosentret ahkak tauu .. next time la pegi lagi.


dah penat merayau dari satu kedai masuk kedai lain kuar kedai lain, we all sempat makan laksa and cendol kat kedai tepi jalan tu. serius laksa dia sedap. kuah memang terasa kuah laksa, tak manis tak pahit. cendol kurang sket. takleh lawan cendol Kuala Pilah :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...