Wednesday, January 2, 2013

Makanan pembuka selera 2013 :)

Ehemm mana mau lariii?? mana mau lari dari tengok gambo makan-makan nihhh? hahaha nak buat cemana, I kan pencinta makanan. suka makan, suka masak, suka makan dan suka makan. ehhhh lebih suka makan dari masak gamaknya haha. kadang-kadang upset juga bila makan kat luar, nampak sedap tapi rasa ntah apa-apa ntah. baik goreng tolor ngan kicap kat rumah lagi sedap, jimat. tapi tekak nih mengada-ngada. bila dah tahu I ni pregnant, wahhh terus mencanak nafsu makan tuh. semua nak cuba, semua mengidam heh mengada. konon sewaktu mengandung ni lah lesen besar nak makan apa je kecuali yang haromm hahaha

Sorotan dari Ahad yang lepas. memang tak ke mana-mana, hajat hati nak panjat gunung Kinabalu apakan daya perut dah ada isi chewahhh. hajat hati semua nak pegi, kejap nak gi piknik, kejap nak gi mandi laut, kejap nak gi camping, kejap nak gi shopping *macam banyak ringgit :)* lastly siap-siap pakai baju lawa-lawa lepas Zuhur, gi cari port makan dulu sebab kelaparan tahap ketujuh maklom breakfast air neskefe je haha so lunch kat kedai makan nasi padang kat Paya Jaras. kali ni macam takde selera plak nak makan kat sini walhal dulu kemain suka makan lauk urat atau bahasa lembutnya lemak lembu hahaha. serius, takde keghairahan nak makan. tatau nape hubby baik hati makan kat sini tanpa bertanya kat mem ni haa hishhh :D

gambo takde snap sebab nafsu takde. yang ada air avocado. pon macam tak sedap. hishhh I nak makan westernlahhhh *poyo*


lepas makan, cakap elok-elok lagi lembut tulang dari kulit kihkihkih cakap kat hubby nak gi One Utama. nak carik barang-barang *nak habiskan duit :))*

sampai One Utama, terus nampak Tako Tai. ni terpengaruh termengidam Japanese food sejak baca http://surayasulatin.blogspot.com/ la nihh hishhh terus nak makan semua sushi la king la apa-apa yang berkaitan ngan shushi la hishhh. tapi memang sedap tako ni. mula beli 1 set - chicken cheese RM4.90 (3 ketol) mana cukup mak gajah nak makan hahaha. masa balik beli lagi 2 set - prawn & unagi. serius sedap. tak rugi beli.

cite pasal shopping lain kali lah. kali ni cite pasai makan. I kan pencinta tegar makanan. I love you serius.


Isnin. even cuti sempat ke sana ke mari ke ofis bagai. then balik rumah beli sayur nak masak sebab kesian customer kat rumah dah lama tak makan masakan I. so masaklah simple je, sambal udang petai, masak lemak kobis, sambal gesek ikan bilis air mata meleleh dan ulam-ulam. Alya makan 2 kali tambah 2 pinggan besar tuh. sayang anak mama, ramai yang cakap badan kuruslah, dah susutlah. dia baru elok demam. batuk still ada lagi. kesian anak mama. nanti mama masak sedap-sedap ya sayang :) love u :D


sambal udang petai, sedap hingga menjilat pinggan *perasan*


yang ni pulak, semalam. pon sempoi tapi sedap. laki makan 3 pinggan. pinggan satu je tapi tambah nasi 3 kali :)


ni kentang masak asam pedas. pembuka selera I yang suka makan masam-masam nih. nak masak pon senang gak. kalo nak tahu sila call I kihkihkih



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...