Monday, January 14, 2013

Alya, my little girl :)

Salam. kembali bekerja macam biasa di hari Isnin yang ceria, ayat skema giteww haha. Alhamdulillah my princess masih bersemangat waja bangun awal pagi and bersiap nak ke school. pastu bantai tido dalam kete bila jammed on the way ke school ahaha. sian anak mama, takpelah nak demi masa depan kamu juga kan?? :)

well, sepanjang minggu lepas, rutin lunch hour I berubah juga. adakalanya lepas amik Alya kat school dalam pukul 12.30 tengahari, bawak dia mai opis sekejap, bagi makan nasik. dia skang memang suka nasik. agaknya nak recover 2 minggu demam tu agaknya. Alhamdulillah, makanlah nakk :)

adakalanya juga bawak dia makan KFC kegemarannya. mama pon tumpang dua kaki hehe :).


sebak hati mama tengok Alya makan bersungguh-sungguh. kat school cuma makan cereal and milk. before ke school mama dah bagi susu sebotol. ooh dia takmo bawak botol susu ke school, malu katanya hehe giteww :)


ni kami share. mama pon kadang-kadang bosan gak nak makan KFC, dah itu kegemaran anakanda terpaksalah ikot juga asalkan dia berselera makan. itulah hati seorang ibu kan? janji anak selera makan. sian tengok kurus melengkung je huk huk huk :)


ni citer malam tadi. dah letak kat FB nun jugakk pagi-pagi lagi. nak tulis malam tadi tapi mata ngantuk sangat. malam tadi I masuk tido lewat juga. Alya pon panjat katil sambil papa selimutkan dia. terdengar dia baca doa. pastu dengar lagi doa kedua "Ya Allah, bagilah mama duit banyak-banyak nak bawak saya pegi LEGOLAND" ya Allah I yang nak terlelap terus tersentak. papanya lagilah. terkedu. sebaknya hati mama bila dengar doa si kecil kami ini. bukan tidak mampu, Alhamdulillah tetap ada rezekiNya tapi masa masih tidak mengizinkan tambahan pula sekarang I unfit, tak larat nak travel jejauh. bukan nak cakap besar jugak, tiket free pon dah dapat hari tu pon terpaksa bagi kat orang lain sebab papa Alya busy ngan projek dia. hishh sebaknya mama. papa pon sama. kami terkedu. tatau sapa yang ajar Alya berdoa macam tu. seingat I, cuma remind dia jangan membazir, duit kena simpan kalo nak beli tiket Legoland. tu je. Insyallah end year bila dah selamat deliver and sihat, memang plan nak bawak Alya. I love you sayang isk isk isk :)




Mama really really love you sayang, Alya .. :)

2 comments:

Wak Gelas™ said...

sayang kanns..,eHHhe

Hani said...

ofkos lah hehe anak ni la jantung hati kami. kesian, mak pak dah janji tapi lom ada masa nak bawak dia. insyaallah one fine day :).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...