Monday, January 14, 2013

Comel tak comel takk .. ??

Sabtu lepas, habis je sesi check up ngan gynea kat SDMC, terus pecut gi Bukit Jelutong. mula nak terus ke IKEA tapi sebab ada hal yang diuruskan, kena ke sana jugak. sekejap je pon nak settlekan hal tu, pastu Alya merengek kelaparan. yelah, tadi breakfast kat hospital tau je la, bukan sedap mana pon janji buat alas perut je. so berlegar kat BJ cari port makan. nampak Secret Recipe, terfikir nak makan prawn cheese. so terus shoot ke situ. ehh entry makan-makan lepas nih ehh hahaha kesian korang asik baca entry makan je. haa lepas nih matilah ada entry makan dari pagi sampai malam Sabtu tu haahha. seharian berjalan dari pagi hinggalah bulan mengambang, makan tetap masuk dalam agenda utama haha :)

okay, lepas dah order makanan bla bla duduklah melepak kat sofa empuk SR tu, sejuk ekon rasa nak tido dahh :). penat juga dari pagi berkejar ke hospital. Alya lagilah kesian, everyday kena bangun and bersiap awal pagi. hari ni still kena bawak dia juga sebab papa have to go work. lagi pon kalo tinggalkan dia ngan papa, confirm gaduh aje keje dorang nihh hishhh :).

sambil duduk-duduk tu, borak ngan Alya. tanya pasal school, sambil nyanyi ABC, sambil janji bulan bintang kat dia haahaha :). sekali ternampak sling bag yang dia sentiasa bawak kalo time outing. time school tak bawak takut budak lain curik katanya :). saja bukak tengok, nak check ke mende dalamnya. laaaaaaa .. banyaknyaaaa duit budak nihhh :) ada sepuluh hinggit 2 keping, 5 hinggit 4 keping, seringgit tatau bape banyakk keping daaa .. tanya kat dia cemana kumpul banyak-banyak duit nihh?? sebab yang pakciknya or papa selalu bagi memang dah masuk saving dia siap-siap every month, Alhamdulillah :)

mama: Alya, ni collect kat mana duit banyak-banyak nih? mama bg singgit je yang biru ni kan?
Alya: Alya simpanlah. amik kat dalam kete mama, kete papa. kat dapo. kat tepi tv tu pon ada, sape suruh sepah-sepah???? (aku dah gelak dahhh masa nihh)
mama: ok. ni nak buat apa duit banyak-banyak nih? *dah tahu dia nak jawab apa, saja tanya lagi*
Alya: ni nak kumpul byk2 nak beli tiket LEGOLAND :)
mama: oohh *speechless*

2 comments:

Wak Gelas™ said...

chomeyy gilerr tuu.., ehHHHee

Hani said...

tq wak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...