Friday, May 28, 2010

Selamat Pengantin Baru kakak ..

Salam ..


Selamat Pengantin Baru Shida & Zul; 28.05.2010. Entry ini aku dedicated kat kakakku yang sorang ni. akhirnya kawen jugek dia. tu orang kabo, kalo dah berjodoh tak ke mana. rupanya jodoh dia orang sebelah kampong ajek. merantau jauh akhirnya pulang jua ke kampong sendiri. kan senang??

Daku tak tau nak bagi apa buat kakakku ini so buatkan hantaran potpouri ngan coklat/gula-gula. dan juga bunga tangan. pengantin kabo temanya merah & putih so buat ler ikot tema dia. tu pon puas juga melembutkan tangan yang keras kejung nihhh .. maklom lama tak pegang gunting dan reben wakakka .. pon simple aje takdelah idea extravaganza. yang penting daku ikhlas. kann? jangan lak ada yang kondem kabo tak lawo ke buruk ke .. dah namanya daku ni orang biasa bukannya tukang buat hantaran ekekeke .. takleh la nak lawan Pak Abu reti?? hehehe ..


ni daku snap selepas siap malam sebelum ke Bagan Datoh. berhempas-pulas menyiapkannya sambil dikaco dek Alya. kena tunggu dia tido dulu sebab asik ler dia nak cekelet, gula-gula yang nak dibuat hantaran nihhh .. satu letak atas dulang, satu masuk mulut dia .. abis bila nak siapnya?? sudahnya tinggal kulit je kangg .. hik hik hik ..

Seronok betul attend kenduri kat sebelah sini. makanan meriah, orang-orang yang peramah dan sporting malah suasana yang betul-betul original kampong lagi. barulah seronok berkenduri kannn ..

Ini baru kenduri nikah, kenduri besarnya pada 13.06.2010 ini. so, kalo ada rezeki bolehlah ke sana lagi minggu depan insyallah ..

** daku ni asyik ler teringat-ingat ikan gelama goreng!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...