Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu ..!

Salammm ..

uwaaaa .. nak menaip pon seksa koo ..
tetapi oleh kerana hari ini adalah hari yang istimewa buat semua wanita yang bergelar ibu, mama, emak, ummi, mummy, mak atau apa sahaja asalkan bermaksud ibu.

Selamat hari ibu
semoga ibu lebih tabah menghadapi dugaan hidup.
semoga lebih kesabaran mendidik putera-puteri hati.
semoga ibu diberikan cahaya keimanan untuk membimbing putera-puteri ke jalan yang diredhaiNya.
semoga ibu diberi kekuatan membesarkan putera-puterinya dalam zaman yang mencabar ini.
semoga ibu diberi rezeki yang halal dalam menyuapkan sesuap nasi buat putera-puterinya.
semoga ibu diberi keberkatan di atas keperitan menjaga putera-puterinya.
dan, semoga jasa ibu dikenang oleh putera-puterinya.

Buat emakku, Puan Siti Hawa bt Idris, selamat hari ibu.
terima kasih di atas jasamu membesarkan daku dengan penuh kasih-sayang.
terima kasih kerana menjadikanku sebagai anak yang ada pendidikan sempurna, dunia & akhirat.
terima kasih kerana menatangku bagai minyak yang penuh.
terima kasih kerana menjadi seorang emak yang bertanggungjawab kepada diriku.
terima kasih emak.

Selamat hari ibu juga kepada ibu mertuaku, birasku Ana di Rawang, kawan-kawan sepejabat, kawan-kawan di forum CARI, kawan-kawan di Facebook, kawan-kawan yang sudi singgah di blog ini.

Dan, kepada yang belum bergelar ibu, bersabarlah kerana DIA sentiasa mengetahui rahmat di sebalik anugerah ini. kerana menjadi ibu bukanlah satu gelaran mudah. gelaran yang penuh tanggungjawab dan harus dipikul dengan keikhlasan, kesabaran dan keyakinan.

Selamat hari ibu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...