Tuesday, May 4, 2010

Kedai yang hampeh!!

patutnya semalam post entry ni tapi sebabkan excited nak masukkan gambo so lupa nak citer. ini bukanlah nak kondem or jatuhkan reputasi sesape tapi lebih kepada pendapat, komen dan luahan rasa daku saja. orang lain aku tak tau pulak macam mana ekk ..
kut le ada pihak yang terasa, maaf la yer!

begini ..
daku dah lama mendengar kehebatan sate SRI SUBANG di Kuang, Sg Buluh. mula2 bbsitter yang citer, sedapnya sate dia. lepas tu jiran pulak. lepas tu kawan pulak.lepas tu kat forum pulak. lepas tu ada lagi kenalan yang citer betapa sedapnya sate dia. wahh kena cuba nih!!

so, penah pegi dalam tahun lepas tapi tutup pulak kedai tu. 2-3 kali pegi semedang je tutup. takpelah, maybe takde rezeki aku kan!

and, malam sabtu lepas tiba-tiba mulut ni terasa nak makan sate. kebetulan masa tu ada kat jalan raya menghala Sg Buluh so apa lagi terus le pecut ke arah sana bersama encek somi.
tu pon dia dah merungut, "apa le jauh benor nak gi makan sate? gi je la ke GCE, makan kt SATE SAMURI tu je haa .." kata beliau sambil memandu. hehee .. daku pon jawab, "ishh, sate kat sana sedap bang, dah ramai yang kabo sedap. jom le kita cuba,"daku menjawab sambil perasaan meluap-luap dah tak sabar nak merasa kesedapan sate itu.

sampai ke Kuang, jalan agak sesak sebab ada pasar malam. slow-slow cari sebab dah malam, takut terlepas kedai yang kabo nya sungguh popular itu. ahhaaa tu kedainya .. alahai jauh dari sangkaanku, kedainya biasa aje takdela lampu lip lap lip lap .. ala-ala kedai kat Kelantan aje ekekkee ..

so, kami tiga beranak pon mencari meja. orang ramai jugak. nampaklah stall otak-otak, nasi kerabu, sate (yang kabonya special itew). puas mencari meja, kerusi pulak takde. encek somi pergi mencari kerusi. waiternya tak tau ke mana. tapi sebab nak makan sedap terpaksalah bersabar ekekke .. dah dapat kerusi barulah dapat duduk. tu pon meja tak dibersihkan lagi. alahai!! dah tak sabar ni nak order sate yang special kononnya itu. nampak kat stall dia tulis, sate daging 70 sen secucuk. takpe, mahal pon mahal le janji sedap!!

tak lama datang sorang budak perempuan@waiter ..

waiter: kak minum apa?
daku: saya nak sirap laici. sate ada dik? (sambil mata melilau ke gerai sate. nampak ada 2 plastik sate belom dibakar. tempat bakar sate tu plak bara masih menyala. waa .. dah terasa-rasa sate ni.)
waiter: sate abis kak.
daku: hah? abis? (dengan nada frust giler nih)
waiter: abis. akak order lain la. nasi goreng, mee goreng bla bla bla
daku: eh tu ada sate lom dibakar tu. cubalah tanya brader tu. (aku masih belom putus asa. air liur dah meleleh ni nak makan sate. sate daging dah macam di hujung bibir je ni .. ekekeke)
waiter: abis kak. mana ada sate. (sambil matanya bulat memandang aku)
daku: cubalah tanya dulu. tu akak nampak ada lagi sate lom dibakar (aku ulang lagi. kebetulan aku ternampak brader yang jaga stall tu tengah amik sate dari plastik yang dah siap dibungkus, dia keluarkan dalam 20 cucuk dan masukkan dalam pinggan dan hantar ke customer belakang aku) apa kesss kata sate dah abes?
waiter: dah abis la kak (sambil muka masam dia gi stall tu then cakap kuat-kuat .. "bang, sate abis kan? akak tu tak percaya saya cakap sate dah abis") dia datang semula ke meja aku dengan muka macam cipan.
daku: eh kenapa cakap macam tu depan customer? (aku dah start bengang) aku kan kepala angin! kebetulan encek somi baru duduk dan bagi tau otak-otak pon dah abis. sume dah abes!
waiter: "er .. er .. er .. "(muka selamba badak)
aku: "jom bang .." (terus bangun angkat Alya yang sebok main selipar dia)
hubby: "dik, air lom order kan? kensel la dik .. "

kami terus blah dari situ. memang failed ler waiter tu bila dia cakap macam tu depan aku. dalam kete kami laki bini pot pet pot pet citer pasal tempat ni.
encek somi kabo,"takkan baru pukul 8 sate dah abes? kata tempat popular, mestilah makanan banyak sebab tau ramai yang akan datang makan kan??"
dah tu servis hampeh, ada ke waiter cakap macam tu depan-depan customer? atleast tanya le untuk puaskan ati customer. customer always right okehhh?? memang aku banned ler. bukan nak hukum sume kedai macam tu tapi kedai ni memang aku tak propose ler sape nak pegi.

at the end, kami makan di R&R GCE, Sate Samuri. makan sate kat sini sedap jugak. servis pon bagus, cepat dan waiter pon okay. puas ati den!!

and, aku dah tanya 2-3 orang yang pernah makan kat Sate Sri Subang ni, dorang kabo servis memang hampeh. maybe sebab dah popular so kualiti and servis pon tak terjaga. tapi dorang tetap kabo satenya sedap. sedap tapi servis hampehhhh .. apa kes??

harap dorang perbaiki servis!

*** harap maklom cerita ini tiada gambar sebagai bukti.
tiada kena-mengena dengan yang hidop atau dah meninggal donia!

3 comments:

zealvia said...

haish...aku mmg tak koser gigih mencarik makanan..kalo tingin aku pergi tmpt yg selalu pergi je..sama je rasanya...muakakaka tp tmpt tu mmg ampes lah..kesian ko.

ena said...

bagus bagus bagus...

ha kalo aku kena pon aku buat cam ko tau! haha aku pon hangen satu badan gak wakakaka....

dan...

aku kalo kedai tu sedap pon.. tapi srvis cam hampeh, aku tak hingin le datang lagik!!! mcm kedai ikan bakar kat tanglin tu huh servis failed!!

Unknown said...

BETUL............memang sangat KURANG AJAR pelayan perempuan, ada 2 ekor monyet betina pekerja Satay Sri Subang..
Dahlah muka masam bila bertanya...bila jawap macam nak telan hidup2 (dgn reaksi muka, nada suara) last dia cakap BLAH LAH.....
past tu dia lari ke belakang dapur...rasa nak tampar pelayan perempuan tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...