Tuesday, November 11, 2014

Home sweet home - makeover master bedroom - mission accomplished :)

Assalam.  

Hari tu I dah janji kan nak update kalo I berjaya transform/makeover bilik tidur. dah sebulan kot berjanji hehe. mula-mula settle kan kerja mengecat. asalnya bilik ni guna cat warna gelap konon I ni pencinta earthcolor kan. nampak warm tapi lama-lama suram hehe. so lepas kes kulat hari tu terus decide nak tukar cat. mula-mula terfikir nak cat warna biru tapi lastly I decide takmo color biarkan plain ajer. maybe lepas ni gatal pulak tangan ni nak letak wallpaper kan haha. skang trend wallpaper abih semua nak diletak wallpaper sampai ke dalam toilet pun nak bubuh. wallpaper pun dah murah skang ni. apalagi, ada can la nak letak wallpaper serata alam hehehehe :)

so lepas pilih cat, undercoat/sealer baru I gi survey langsir. langsir pun penyebab jugak cerita nak makeover ni hehe sebab langsir yang ada dah koyak. tu la silapnya 2 tahun lepas I gi beli langsir jenis material biasa bukan jenis blackout untuk bilik. walhal bilik tidur ni mengadap matahari naik. yang jenis blackout I beli hanya untuk living room ajer tu pun mahal giler lalalala. tu pun beli masa warehouse fella design. 10 kaki x 9 kaki ko bayangkan berapa meter nak guna langsir?? sila kira sila silaaaaa hihi :)

okay langsir kali ni I pilih warna biru yeayyy sangat suka. pastu day curtain pilih corak yang stripe. langsir siang pulak just plain. I ni memang jenis sempoi takde nak berbunga-bunga hehehe. 

langsir beli dan tempah kat Tewah. sebab suka dengan service mereka. layanan bagus jer walo I ni cerewet :). kali ni pilih jenis blackout harga RM12.80/meter lepas less. actually takde less tapi sebabkan bawak resit 2 tahun lepas tunjuk kat dorang so ada le less hehehehe pandai kann dorang jaga customer :). beli dan tempah di sini siap dalam masa 2 minggu. ikutkan tak sampai pun 2 minggu. tempah sekali langsir bilik Alya yang koyak jugak. pun amik jenis blackout harga yang sama beza warna ajer, pink. tu next entry la kot. 

tadaa!


cool tak? 


bantal hiasan depan sekali tu just tukar sarungnya ajer, beli kat Romantika RM15.00 sehelai. yang di belakangnya warna biru gelap beli kat Kaison RM7.00 sehelai. Pastu carik pulak fitted set warna putih gila payah hehe sebab time nak ni confirm takdek. lastly jumpa brand AKEMI RM69.90 so terus sambar 1 set. then teringat quilt set dari Aussino yang dah lama ada so takyah gatai nak beli baru. ni konon mission accomplish nak juga matching seperti idea dari internet. payah jugak kalo semua nak ikut kan? botak pala kakton hehehe :) tapi puas hati sebab tiba-tiba macam ada rama-rama dalam perut bila tengok bilik dah bertukar. 

takdelah tukar semua. just cat, langsir dan fitted ajer pastu sarung bantal hiasan. tapi berbunga-bunga di hati kakton nih hehehe :) oh ya frame picture tu lom sempat gantung sebab pinggang dah nak patah nih hihihi :)


 

atas dan bawah ni gambo bilik before make over. gelap dan suram je kan? hehe. mula-mula dulu memang nampak romantik tapi lama-lama bosan jugak. so kita kena ceriakan jugak bilik dengan warna yang kita suka. barulah bersemangat sikit nak mulakan hari baru *ehem*ehem* hihi :)


konon nak macam ni tapi macam tak sama je kan? adoi mau pitam I kalo nak carik semua benda yang sama macam dalam gambo ni. dapat yang hampir sama pun dah buat I rasa happy. rasa cool. blue is cool. giteww.
tanya cik abe "suka tak?" ofkoslah "sukaaaa" dia kata sambil jeling-jeling kat I hishh gatai :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...