Thursday, November 6, 2014

Di dalam dilema tapi makan still makan hihi :)

Assalam. 

Dah November ni. kejap je rasanya. macam baru je lagi awal tahun kan. 2-3 hari ni I dok mikir pasai sekolah Alya. next year dah Tahun 1. ada beberapa benda yang I fikirkan, sampai sakit kepala huhu. hati ni berbelah bagi. pro kontra dah fikir. tapi still belum decide. pastu viral pulak video budak kena buli tu adoiii lagilah seram. kenapalah budak-budak skang ni ganas-ganas? tak kira la budak lelaki ke budak perempuan ke, risau sangat ni.

Im still insist nak hantar Alya ke sekolah integrasi. banyak sebab kenapa I memilih sekolah ni. tapi ada 2-3 benda kena fikirkan dulu. harap-harap dalam masa terdekat ni I dapat jawapan huhu doakan kami ye :)

okaylah, selain share masalah I nak share lauk malam tadi. yelah, blog ni kan blog makan-makan. apalagi nak share selain makan-makan-makan-makan-makan hahahaha :) 

semalam masak sambal sotong taruk petai. teringin pulak nak makan. terasa-rasa kat tekak ni hehe sanggup meredah hujan mencari sotong dan petai. ada kedai tu sotongnya kecik-kecik pulak adoi patah balik gi kedai no 2 ada sotong tapi petai plak takdo adoiiiiiiii stress makk!

tapi nasib baiklah jumpa juga hehe ada rezeki anak tekak. bersungguh benar macam mengidam pulak ehh :)

sedapnyaaaa sambal sotong hehehe :)


yang ni masak hari selasa. sambal sardin. goreng ayam kunyit ngan ikan kembung. sempoi jer tapi memang licin. sempoi macam ni la yang laris hahaha :)


haaaa yang ni 1st time buat. yee mee atau claypot mee. simple juga takde susah-susah nak mencari bahan-bahannya. ayam, cendawan, sawi. tumis je bawang putih halia semua tu buh kicap manis dan sos tiram. masakkan kuahnya dulu. nak makan baru buh yee mee ngan sawi tu. senang bangattt!

lepas ni dah ada idea la kalo nak buat makan-makan hehehhe :)


5 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

ank aku suka mkn yee mee claypot tu...
so kt rumah aku buat je la resepi sendiri lbh kurang ko buat tu la kak ton...
plg simple pun buh sayo dgn telo je la..tiap² hari dia nk balun benda tu pn OK katanyaaa...sabo je lah!!

CikLily Putih said...

sedapnye yee mee, memang senang nak buat tapi malas je lebih hehehhe

:|: TinTa Kibod :|: said...

eh jap nk tnya...
sekolah integrasi yg balik pukul 4 lebih tu eh?

Hani said...

Hai Ayu
Aah integrasi - islamic school. 8-4.30 petang.
ada private ada under JAIS. tapi JAIS tu nun jauh kat sek 19 memang bukan pilihan kot hehe.

Hani said...

Hi CikLily,
tq singgah sini. aah memang senang nak buat takde step2 bagai hehe
sedap makan panas-panas kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...