Monday, November 3, 2014

Home sweet home; a beautiful weekend

Assalam.

Lastweek busy dengan course. dah tua-tua ni kena pergi course memang rasa malas. tapi gatai gi letak dalam appraisel so kena juga attend hehe. takpelah, sekurangnya menambah ilmu didada gituu hehe :)

Khamis dan Jumaat seharian di Leadership Centre. balik pun dah lewat so memang tak memasaklah kakton. makan aje la apa yang ada - burger ke kuetiew ke. mak letih mengadap jammed!

hehe kesian diorang kan. Alya macam biasa memang akan tanya masak apa makan apa. hari-hari without failed. kadang pening gak mikir. yang pasti dalam esbok mesti ada - ayam, udang, sotong, ikan kembung kecik-kecik. daging jarang-jarang. ketam pun sama. Alya since ada eczema memang dia sendiri takut nak makan sotong or udang. dia akan tanya "boleh ke makan ni mama?" kesian kan. tapi doktor dah bg tau eczema ni bukan bergantung kepada pemakanan semata. so dont worry boleh je makan seafood!

so Sabtu, dah abis berkemas melipat kain baju kuar kejap hantar barang then gi JJ Bukit Raja. beli apa yang patut then berkejar balik, tak koser nak ngadap jalan jammed sebab malamnya bola. hehe bola kat tempat lain tapi confirm Shah Alam yang jammed. hihihihi :)

so balik tu cepat-cepat kuarkan sotong dan ikan. puas mikir nak masak apa. kalo nak goreng sotong kang takde kuah plak. ikan tu memang nak goreng kunyit jer sebab nak suapkan Aryan. so buat je la sambal sotong sempoi. bawang, cili kering, halia blend. pastu tumis. pastu masuk sotong. buh air sket. takmo buat sambal pekat2 just nice berkuah ajer. nasib baik menjadi seperti dalam bayangan kakton hahahahaa :)


Ahad, a beautiful weekend. buat nasi goreng. sekali ngan bruch la ni. sebab nak kemas rumah. hoiii bilalah nak abis citer kemas rumah? memang takkan abis hahaha. kain dah siap lipat 2 bakul sekali angkat yang Sabtu punya dah jadi 2 bakul jugak adoiiiiii :)


pastu mintak cik abe gantung frame. alamak beli serba tak kena. dahla frame tak sama besar. pastu gantung macam tinggi sangat plak. tapi plan nak bubuh frame lagi bawah gambo bas tu. pastu susun rak novel yang beli kat IKEA RM59.00 tu. pastu buh frame 3 d beli Jusco macam comei jer gambo vespa tu kan. tunggulah dah siap deco family hall ni nanti I citer lagi ehh ..

semangat nak mendeko pulak dahhh hehe :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...